Tuesday 3 March 2015

Kisah Wali - Gugur Najis Kaldai Pertama Di Baghdad Orang Tahu Bishr Sudah Meninggal


Orang Islam di Malaysia sejak kebelakangan in amat tercari cari watak dan tokoh untuk mereka puja dan dijadikan sandaran sebagai idola mereka.

Dalam kedudukan desperado ini ada juga puak yang cuba menjadi kan watak watak sebagai tokoh yang yang luarbiasa walaupun tokoh itu sebenar nya biasa sahaja dan merupakan kategori kebanyakan.

Jadi demi mahu up kan tokoh itu maka mereka mencipta cerita perkara perkara hebat dan luar norma untuk bukti bahawa orang ini ada lah terpilih dan tokoh. Tetapi, akhir nya terbukti kenyataan bahawa dia hanya orang biasa yang sama sahaja taraf seperti orang lain.

Manusia tidak mewalikan, Allah yang mewalikan. Ia datang secara spontan dan dengan izin, tanpa di duga terlihat lah apa yang Allah mahu melihatkan.



Satu ketika dahulu di negeri Kelantan seorang Ulama mahu menumpang sebuah bot dan memohon penambang itu supaya tunggu dia solat sekejap di surau berdekatan, si penambang berkata “tidak mengapa lah tuan, naik sahaja bot yang lain  saya sudah mahu pergi”  maka si ulama itu angguk sahaja tanpa marah atau  maki hamun.

Dia pun pergi mengerjakan solat, setelah dia selesai pergi lah dia ke tebing sungai dengan sangka nya menunggu bot lain, tetapi kelihatan bot tadi belum bergerak kerana enjin nya masihh belum dapat di hidupkan walau di cuba  berkali kali.

Sebaik sahaja dia tiba di bot itu baru lah  mahu hidup enjin nya, lalu ulama itu terus menumpang naik. Itu lah ulama, kekeramatan nya bukan di cipta oleh penyokong atau pun pengikut, dia terjadi sendiri.Bot tidak bergerak selagi dia belum habis solat.

Mari kita lihat kepada perilaku seorang wali dahulu kala dan kisah berkenaan nya, kita ambil kisah dari kitab Tadhkirah Al Auwliya oleh farid Al Din.

Jika kita pernah dengar nama Imam Ahmad Ibn Hanbal, maka tentu kita tahu siapa dia, seorang ulama yang sangat hebat dengan ilmu nya.

Namun Tuan Ahmad Hanbal ini yang mempunyai ramai pengikut dan anak murid tetap sering melawat seorang lelaki bernama Bishr Ibn al harith.

Pelik bukan, seorang imam besar tetapi sering bersama dengan seorang biasa sehingga murid nya sering tertanya apa yang membuat dia sering melawat lelaki bernama Bishr.

Bishr ini kaki mabuk dan suka minum arak, pada asal nya. Sehingga di ceritakan pada satu hari dalam keadaan mabuk  dan berjalan  hoyong hayang  seperti biasa dia dia terjumpa sekeping kertas di atas tanah yang tertera perkataan “Bismillahir Rahmaan nir Rahiim”, lalu henti dan dia mengutip nya.

Dalam keadaan mabuk dan wang sedikit yang ada pada nya, dia membeli minyak attar dan dan bunga ros dan mewangi kan kertas itu lalu sampai di rumah nya menyimpan kertas itu di tempat yang tinggi di rumah nya.

Pada malam itu seorang alim telah bermimpi dalam mimpi nya terdengar perkataan berkenaan Bishr .

Orang alim itu terdengar kata kata ini kepada Bishr “ Kamu telah mengharumkan nama ku, aku akan harumkan nama mu, kamu telah mendaulatkan nama ku, aku akan mendaulat kan nama mu, kamu telah menyucikan nama ku aku akan menyucikan nama mu’.

Dia sedar dari tidur dan berkata “oh Bishr kaki arak tak mungkin mimpi ini untuk dia aku mungkin sudah silap “ lalu si alim ini tidur kembali.

Lalu dia mengambil wuduk dan sambung tidur kembali. Namun, mimpi itu datang lagi berulang kali dengan perkataan yang sama.

Pada keseokan hari nya , dia pergi tanpa lengah mencari Bishr apabila bertanya pada seseorang mereka akan jawap “dia di mana lagi juga bukan pada majlis minum arak”.

Bila sampai di rumah yang Bishr sedang minum bersama sahabat nya , si alim ini memanggil Bishr  dengan berkata “beri tahu Bishr aku hendak sampai kan sesuatu”.

Bishr pula dalam keadaan mabuk bertanya “Pesanan dari siapa?”

Lelaki alim itu menjawap “pesanan dari tuhan mu”

Bishr terus berkata sambil menangis “akhir nya akhir nya” lalu memohon untuk berkata kali terakhir kepada kawan kawan minum nya “aku telah terima panggilan, aku akan pergi dan kamu tidak akan melihat aku dalam keadaan ini lagi”.

Maka mulai hari itu dia terus hidup dengan segala kesucian dan membawa diri sendiri.

Ketika di tanya kenapa dia tidak memakai apa apa kasut atai selipar, Bishr akan menjawap “Ketika aku di hidayah kan Allah pada saat itu aku sedang berkaki ayam, maka aku akan terus begini “.

Ahmad Ibn Hanbal ketika di tanya kenapa sering pergi berjumpa Bishr sedang dia lebih tinggi ilmu nya dan lebih ramai anak murid nya, Imam Ahmad menjawap ‘dari segi ilmu aku lebih tinggi dari dia  , tetapi dia mengenali Allah lebih dari aku” .

Ahmad ibn Ibrahim pula  menceritakan “Bihsr berjanji akan datang berjumpa kami tetapi tidak muncul kami solat zuhur pun dia belum tiba , kami solat asar pun dia belum tiba lalu kami berkata apa kah janji Bishr ini?

Kemudian terlihat Bishr tiba , sebaik sahaja tiba di sungai Tigris Bishr berjalan di atas air lalu berjumpa kami dan bertukar ilmu sehingga subuh, kemudian  dia berjalan atas air untuk kembali.

Bishr berpesan kepada sahabat nya “usah kabarkan kepada sesiapa apa yang kamu lihat aku lakukan tadi (berjalan atas air) lalu sahabat itu tidak bercerita dan memegang rahsia  sehingga Bishr sudah meninggal dunia.

Bishr pernah menyampaikan pelajaran dan kemudian sempat bercerita “pernah aku berjumpa dengan Rasullulah dalam mimpi ku, berkata baginda Bishr tahu kah kamu kenapa kamu di pilih (jadi wali) ? “Tidak tuan” jawap Bishr, “ia kerana kamu telah mengikuti sunnah ku dengan baik memberi nasihat yang baik dan mencintai ku serta keluarga ku, maka atas sebab ini tuhan telah menaik kan maqam mu”.

Ketika di katil sedang uzur seorang lelaki datang melawat nya dan bercerita tentang kesusahan nya, Bishr pun memberikan lelaki itu baju yang sedang di pakai nya, dan meminjam baju orang lain sebagai ganti. Dengan baju pinjam itu lah dia menghembuskan nafas nya.

Telah di kisah kan selagi Bihsr masih hidup tiada kaldai melepaskan najis nya di lorong lorong di jalan kota Baghdad, sang kaldai seolah olah menghormati Bishr yang sentiasa berkaki ayam. (barefooted).

Satu hari seorang lelaki yang ada se ekor kaldai terlihat kaldai nya melepaskan najis di jalan , lalu terus dia berkata “ Oh Ya Allah, pasti nya Bishr sudah meninggal dunia”

Ini kisah seorang wali, dia tidak di walikan oleh manusia, tetapi di wali kan oleh Allah.



1 comment:

  1. Waliullah itu adalah ;
    1. Org org yg beriman dan bertaqwa,
    2. Dan bila kita melihatnya, mengingatkan kita kpd Allah swt,
    3. Serta sempurna amalan amalan wajib dan fardhunya, ditambahtambah pula dgn amalan amalan sunat sunatnya utk taqarrub kpd Allah swt.
    Sehingga bertepatanlah firasat, amalan dan akhlaknya dgn apa yg dikehendaki dan diperintahkan Allah swt.
    WaAllahu'alam !

    ReplyDelete