Tuesday, 7 July 2020

Yayasan Pembangunan Pondok Buka Lebaran Baru Dengan Tertubuh KPPM


Pada hari Sabtu yang lalu satu mesyuarat berkenaan Koperasi Pembangunan Pondok Malaysia (KPPM) telah berjalan lancar.

Koperasi atau KPPM ini ada lah Hasil kerja dan blueprint dari apa yang di lakar dari mesyuarat Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia beberapa bulan yang lepas.

Dari cadangan dan impian pada persidangan Lembaga Pengarah yayasan Pondok Malaysia (YPPM)  yang di pengerusikan oleh Datuk Dr Mashita Ibrahim  lalu terus menjadi kenyataan dengan di adakan Mesyuarat Agung pertama Koperasi yang bertempat di Sri Pondok , Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Dengan kehadhiran lebih 70 bakal ahli dari jangkaan awal 50 orang kadar minima keperluan yang di tetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) , ia menunjukan ada potensi untuk meraih kejayaan.

Pada artikel sebelum ini kami paparkan betapa YPPM mahu keluar dari kepompong pergantungan kepada pemberian dana pihak lain kepada satu yayasan yang boleh berdikari sendiri.

Maka jalan keluar yang di pilih oleh YPPM ada lah dengan membentuk badan koperasi PPM.
Bak kata “tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah” begitu lah kedudukan YPPM mahu keluar dari hal sebegini.

Ketika mesyuarat di ada kan SKM di wakili oleh Saudara Muhamad Amran Che Abdullah sebagai Penolong Pengarah Kanan Nasional A, SKM Cawangan Wilayah Persekutuan bagi memantau mesyuarat ini.




Di putuskan juga pada mesyuarat agung pertama ini bahawa Datuk Dr Mashita menjadi Pengerusi KPPM da Juhaidi Yean Abdullah sebagai setiausaha pertama nya dan Datuk seri Amir Hussien sebagai Bendahari.

Kita juga telah memberi tahu pada artikel yang lepas bahawa antara bidang bidang yang bakal di ceburi oleh KPPM ada lah bidang hartanah, telekomunikasi, peruncitan ,kewangan dan pelancongan.

Maka walaupun luas juga skop dan bidang yang akan di ceburi oleh KPPM , ia tetap memandang  juga dari skop pendapatan yang halal memandang kan KPPM berkecimpung atas jenama suci seperti pendidikan berkaitan agama.

Ketetapan juga telah di buat bahawa lembaga KPPM yang di pilih menetapkan bahawa yuran keahlian ialah RM10 sahaja, manakala nilai setiap satu saham KPMM ialah RM200. Di bawah Undang-Undang Kecil yang diterima pakai, ahli merujuk kepada individu dan bukannya institusi.



Jadi tiada jalan lain melainkan bekerja keras dan memastikan kejayaan.

Maka dengan ini warga pondok tidak kira apa kaitan mereka sama ada guru atau pelajar yang sah sudah lebih umur 18 layak mohon menjadi ahli dan membeli saham nya.

Jika koperasi koperasi lain yang di tubuhkan kita boleh lihat bagaimana kadar bayaran elaun dan upah diada kan, namun tidak pula di amal kan oleh KPPM yang baru di tubuh kan ini.

Seluruh anggota Lembaga nya bersetuju sebulat suara jawatan yang di amanahkan ini di pegang secara sukarela dan berkhidmat tanpa sebarang bayaran elaun. Ini atas srdhu kifayah kata ahli lembaga pengarah nya.

Cabarab selepas penubuhan KPPM tentu sekali ada lah bagaimana ia harus bertahan dan memberi pulangan kepada ahli nya, itu yang bakal di lakarkan selepas ini.

Pada hal ini kita lihat kenyataan Dr Mashita “Mulai sekarang, KPPM akan menjalankan kegiatan mempromosi koperasi dan menambah keahlian. Dengan penubuhannya, KPPM kini menjadi sebahagian daripada keluarga gerakan koperasi di Malaysia yang berjumlah 12,000 buah dengan bilangan keahlian mencecah lapan juta.”

Memang begitu pun , jika sesuatu perkara di letak kan kepada bahu yang mahu bekerja dan melihat perkara di luar kotak maka tentu sekali perkara begini dapat di hasil kan.

Tidak semesti nya jika berkait Pondok hanya berkait dengan hal akhirat, bahkan tiada perkataan akhirat di dalam quran yang tidak di mulai dengan perkataan dunia,

Kerana yang baik di akhirat ada lah terhasil dengan apa yang baik di laku kan di dunia lagi.

No comments:

Post a Comment