Tuesday, 3 November 2015

Obama Berkunjung Lagi 14 November - Sambil Perang Laut China Bakal Meletus





Kami pernah menceritakan apa akan terjadi sebelum Presiden Amerika Barrack Obama tiba untuk lawatan ke negara kita satu waktu dulu.

Kami menceritakan persiapan dan kerja kerja risik dan networking yang bakal di buat agensi keselamatan dan perisik Amerika yang melindungi Presiden nya di tajuk ini pada April 2014 : -


http://thechulan.blogspot.my/2014/04/sebelum-obama-datang-ini-terjadi-dulu.html

Sebelum ini kami sudah menceritakan berkenaan perang bakal meletus di sini [-

http://thechulan.blogspot.my/2015/10/perang-mungkin-tercetus-di-laut-china.html


Kali ini Obama membawa kes lebih besar selain hubungan bileteral dan perdagangan bersama Malaysia.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/obama-back-in-malaysia-this-november


Apa pun lawatan Obama kali ini di sah kan oleh datuk Awang Adek.

Dalam cerita awal dahulu seperti di topik sebelum ini kami tidak sebut jika boleh bahagian Protokol Presiden tidak mahu Obama di letak kan di kawasan terdengar azan.

Kunjungan kali ini seperti di jadual kan bulan November ini akan meliputi beberapa perkara berkemungkinan hal dan isu TPPA.

Namun paling nyata ada lah Amerika mahu jaminan Malaysia terhadap tindakan nya jika keadaan di laut China selatan menjadi semakin genting dan tension Esclate (ketegangan meningkat)

Di Malaysia rakyat sudah di pengaruhi dengan TPPA dan hanya memandang dari segi apa Malaysia akan rugi jika menanda tangani nya, dan sedikit sahaja mahu bercakap apa Malaysia akan beruntung jika menanda tangani nya.

Malaysia pula akan menyerah kan kepada pandangan Parlimen dan ramai NGO apabila mahu menanda tangani , tidak seperti jangkaan ramai konon nya Malaysia akan menandatangai seara melulu.

Seperti menteri berkenaan Datuk Mustapha memberitahu Malaysia mengira untung rugi juga dan mengira mana banyak nya manfaat atau mudarat.

Selain itu di beritakan Amerika sudah mengesahkan akan tetap berpendirian offensive jika negara China meneruskan tawanan pulau pulau yang di tuntut nya.

selain menghantar kapal litorral nya USS Lassen , di beritakan kapal induk nya dari teluk dan kawasan lautan lain juga sdah bersedia masuk ke "zero zone" pada bila bila masa.



Amerika juga dengan sokongan negara Filipina dan Vietnam akan meneruskan dasar membalas jika di halang.

Seperti di berita kan di sini -


Negara China pula demi maruah nya dan sejajar dengan kedudukan nya akan tetap menganggap pihak lain sebagai penceroboh jika di dapati melintasi lebih dari 12 nautical mile di kawasan perairan yang di tuntut nya.

Malaysia pula berpendirian baik dengan kedua Amerika dan China , malah kerana dasar ini lah kedua negara cuba memikat hati Malaysia.

Pada siri pertama topik kami seperti di atas kami mencerita kan persiapan agensi Amerika apabila Obama akan tiba, dan kali ini sama juga kerana dasar  “A threat to the President is a Threat to America’



Amerika sanggup membunuh dahulu pada sesiapa yang mengancam Presiden nya dan bertanggung jawap kemudian nya.

Menarik , kali ini lawatan Obama lebih penting dan menarik, Malaysia di harap dapat mengambil kesempatan pada keadaan Amerika berkeperluan kepada negara kita.

1 comment:

  1. woooii indon sengal...nomor togel tu kan haram..?? pergi la kempen kat blog blog indon sana....bodohhhh..!!!

    ReplyDelete