Wednesday, 4 October 2017

ECRL - Game Changer - "2017 Ada Lah Tahun Rel" - CEO SPAD





“The ECRL project also sets the tone for an economic spin-off effect and positive social impact for the east coast states. It will be a catalyst for economic equality between the west and east coast as it will stimulate investment, spur commercial activities, create ample jobs, facilitate quality education and boost tourism in Pahang, Terengganu and Kelantan.” Najib Tun Razak.- August 2017.

Pada hari pecah tanah projek East Coast Rail Link (ECRL- Rail Hubungan Pantai Timur) seluruh negara telah menyaksikan zahiriah  kepada maksud Transformasi Pengangkutan Awam yang di dorong sendiri oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada ucapan nya , DSNR menyatakan ECRL ini ada lah satu "Game Changer" kepada industri pengangkutan di Malaysia, selain ia juga ada lah "Mind Set Changer".




Ketua Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat En Mohd Azharuddin Mat Sah juga dalam satu temu ramah menyatakan tahun 2017 ada lah tahun Rel.

Ini kerana pembangunan projek ECRL dan juga HSR Singapura- Kuala Lumpur di jalan kan  serentak pada tahun ini (2017).

ECRL juga boleh di kira sebagai "shifting focus" dari pembangunan transportasi pantai barat kepada pantai timur.


Pantai timur pula ada lah Malay Hub.

Mungkin masa nya sudah tiba untuk pembahagian ekonomi kepada seluruh negara.

Dalam masa yang sama DSNR mengusahakan Pan Borneo atau pun Trans Expressway di Sarawak dan Sabah.

Jelas semua bahagian dalam negara di bangun kan link link serta jalan menghubungi satu daerah ke daerah lain.

ECRL yang menelan kos sekitar RM 55 billion di jangka siap sepenuh nya pada tahun 2024.

Dengan ujud nya ECRL ini , perjalanan untuk ke destinasi kedua arah di jangka kan dapat di pendek kan kepada 4 jam dari sebelum ini yang memakan masa 8 sehingga 12 jam.

Perjalanan di ukur jauh nya dari Terminal di Gombak sehingga Wakaf Baru Kelantan.

Pada fasa pertama dari Gombak ke wakaf baru terdapat 23 stesen dan pada fasa kedua dasri Gombak ke Pelabuhan Klang dan Wakjaf Baru ke Pengkalan Kubur.

Datuk Najib sempat memberi pengesahan bahawa siap nya seluruh projek di jangka pada tahun 2024.

Ramai juga yang tidak tahu projek ECRL ini juga menjadi "Land Bridge" jambatan darat kepada kargo dan barangan (goods).

Nisbah pengangkutan transportasi ECRL ada lah 70% barangan kargo dan 30% penumpang yakni di anggarkan membawa seramai 5.4 juta penumpang dan 53 juta tan barangan kargo setahun.

Pendek kata pendapatan atau pun revenue dari ECRL ada lah 70% barangan dan 30% tiket penumpang.

Apa yang menarik ada lah dalam pembikinan laluan sepanjang hampir 600 km ini sebanyak 19 terowong akan di tebuk melalui banjaran Titiwangsa di mana di anggar sejauh 48.5 km dan yang paling panjang ada lah 17.8 km.

Ketahui lah bahawa mereka yang menikmati perjalanan pada ECRL ini akan menaiki  koc keretapi yang membawa 600 penumpang sekali jalan dalam 8 koc.

Pada pengangkutan barangan pula 8 keretapi di guna kan di mana ada 45 wagon mengekori dibelakang nya yang ada lokomotid yang mampu memuat muatan seberat 3,500 tan sekali angkut.

Benar sekali maksud "game changer" dan "mind changer" kerana apabila telah ujud laluan ini mereka yang terbabit di Malay hub serta laluan nya boleh memikirkan untuk bermacam macam perubahan dari segi pekerjaan dan perniagaan.






Ini kerana sudha ujud satu lagi opsyen konektiviti dalam kehidupan mereka di kawasan terbabit laluan ini.

Benar lah seperti yang di sebut oleh En Mohd Azharuddin , CEO SPAD , tahun ini 2017 ada lah tahun Rel. Year of the Rail.

Sedang ECRL pesat di usahakan , HSR  Singapura - KL juga sedang giat berjalan.










No comments:

Post a Comment