Monday 9 August 2021

Terlepas Sahaja Jawatan Perdana Menteri, Maka Pupus Lah Parti Bersatu



Kekuatan Parti Pribumi Bersatu hari ini ada lah atas sebab mereka mewarisi jawatan Perdana Menteri secara “hijack” dari Tun Mahathir.

Tun Mahathir pula “hijack” jawatan itu dari Pakatan Harapan setelah tipu daya berjanji untuk menyerahkan jawatan itu kepada Anwar selepas tempuh dua tahun namun sebaik sahaja menerima tekanan saf kepimpinan Pakatan Harapan untuk akur kepada janji nya, Tun Mahathir membawa jawatan Perdana Menteri ke Istana dan menyerah kan nya kepada Yang Di Pertuan Agong , lalu YDPA melantik Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri interim.

Kemudian Sheraton Move di “execute” lalu Tan Sri Mahiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Sepatut nya Tun Mahathir menyerah jawatan Perdana Menteri kepada  Presidential Council  Pakatan Harapan , namun tidak berbuat sedemikian.

Itu lah sejarah bagaimana jawatan Perdana Menteri dapat diwarisi oleh Parti Bersatu hari ini.

Tun Mahathir kerap menggelar orang lain penyamun tapi hakikat nya dia menyamun jawatan Perdana Menteri dan juga MP2 UMNO seramai 14 orang.

Maka setelah dapat jawatan Perdana Menteri , pihak parti Bersatu pun mula lah “:scheme of thing” nya untuk terus kekal berkuasa.

Maka terjadi lah kerja menggunakan agensi kerajaan untuk menakut nakut kan MP umno dan lain2 parti untuk lompat dan beri sokongan kepada mereka.

Selain itu kaedah tawar menawar dan umpan juga diguna kan untuk mendapat cukup jumlah sokongan.

Hari2 kerajaan tidak stabil dan 24 jam cerita politik ada lah atas sebab pemerintah tidak cukup kerusi.

Kenapa jadi begini?

Mudah sahaja jawapan nya, ini ada lah atas sebab yang memerintah dipuncak ada lah parti Bersatu yang mendapat kekuatan hasil dari jawatan Perdana Menteri.

Parti Bersatu dapat bernafas atas sebab jawatan Perdana Menteri.

Terlucut sahaja jawatan Perdana Menteri, tiada siapa akan pandang parti Bersatu lagi.

Maka mereka “hang on to dear life” mengguna kan jawatan Perdana Menteri.

Tiada peruntukan atau perjanjian dalam PN bahawa jawatan PM mesti untuk mereka , tapi itu lah yang dimahukan oleh Bersatu sehngga selepas pru15.

Itu lah sebab nya Bersatu berkerja keras menggunakan badut2 dari umno untuk mendapat jentera umno dan kerusi umno.

Dan paling menjadi perkara terpenting ada lah jawatan Perdana Menteri mesti dijawat oleh Presiden Bersatu.

Terlepas sahaja jawatan Perdana Menteri dari Bersatu , maka akan pupus lah parti “fake” ini dari bumi Malaysia.

(Sumber artikel dari kolabrasi dgn https://my-news.online/)

 

No comments:

Post a Comment