Thursday 4 August 2022

Orang Melayu tidak perlukan Mahathir lagi, Mahathir yang perlukan orang Melayu.

 


Oleh: Sirajuddin Ahmad

Apakah umpama Mahathir cuba pancing undi dan sokongan orang Melayu dengan menubuhkan gagasan baru berteras agenda Melayu Islam?

Umpama nya seperti ayam jantan yang panjat reban pagi pagi dan berkokok dikala matahari terbit.

Itu lah umpama nya.

Ayam jantan itu selepas berkokok dia akan bangga diri dan jalan penuh riak dan takabur keliling kampung.

Dia sangka matahari terbit kerana dia berkokok.

Baca sini -Orang Melayu tidak perlukan Mahathir lagi, Mahathir yang perlukan orang Melayu. — My NEWS ONLINE (my-news.online)

1 comment:

  1. Gerakan Mahathir hanya untungkan DAP@LeeKwanYew.

    Undi Mahathir dan gagasan bermakna Undi untuk Kemenangan DAP, Lee Kwan Yew dan Singapura.

    Gerakan Tanah Air, pimpinan Dr Mahathir Mohamad ‘hanya cantik di atas kertas’ tetapi sukar memberi impak kepada politik tanah air kerana dianggotai ‘kumpulan picisan’.

    Gagasan ini tidak kuat pengaruhnya dalam menarik simpati orang Melayu Islam. Pengerusi Pejuang itu yang cuba menjatuhkan parti Melayu Islam lain khususnya Umno hanya akan memecahkan lagi undi kaum itu, dan memberi manfaat kepada DAP.

    Malah anak anak Tun sendiri menolak perjuangan Islam dan Melayu dan parti parti Melayu. Anak nya aktif dalam gerakan LGBT, COMANGO dan Seksuality merdeka.

    “Hakikatnya, ia akan memecahkan lagi pilihan undi orang Melayu Islam. Mahathir sedar bahawa landskap politik semasa didominasi oleh parti Melayu Islam.

    Mahathir menguasai PKR melalui Rafizi Bin Ramli bersama angkatan baru dalam Parti PKR. Maka Brother Anwar Bin Ibrahim jangan perasan PKR masih dalam genggaman Brother lagi.

    Blok Azmin yang menyepi sepanjang berkuasa belum menampakkan gerakan kumpulannya dan besar kemungkinan akan menyertai Tun demi survival politik yang makin suram. Parti Mak Lampir Zuraida belum dapat hala tuju setelah cubaan menyertai BN ditolak.

    Awas Gerakan Tindakan Rakyat adalah gerakan yang mirip kepada tuan besar diselatan tanahair DAP@LeeKwanYew. Seperti biasa Parti PAN adalah satu satunya yang menonjolkan diri sebagai barua DAP@LeeKwanYew.

    Jika Tun berjaya pecah undi Melayu, maka DAP@LeeKwanYew yang akan menang dan untung. Mungkin ini rancangan sebenar Tun, sebab ramai kroni-kroni dan taikun-taikun yang sokong dia juga sokong DAP@ LeeKwanYew.

    Mahathir, kroni-kroni dan taikun-taikun Cina proksi DAP@LeeKwanYew ini tidak kisah akan kesusahan rakyat atau orang-orang Melayu.

    “Semasa Mahathir berkuasa, beliau berkata, jangan iri hati kepada orang kaya dan apabila rakyat susah dia suruh rakyat ikat perut dan jangan harap bantuan kerajaan.

    PAS dan UMNO perlu buang ego masing masing demi Islam dan Melayu demi memastikan kerusi milik Melayu dipertahankan seratus peratus. PAS dan UMNO sudah disucikan semulajadi apa bila semua pengotor pengotor dalam PAS dan UMNO berambos dari parti masing2.

    Semua pengotor dalam PAS seperti aliran syiah, pluralis dan liberal sudah berambos dalam PAS. Semua pengotor dalam UMNO seperti pluralis murtad, peliwat, gay dan perasuah sudah berambos ada yang tubuhkan parti PKR dan PejWang.

    Siapa yang undi Mahathir dan gagasan parti baru dia ini akan undi Singapura, taikun Cina proksi DAP@LeeKwanYew.

    Undi Mahathir dan gagasan bermakna Undi untuk kemenangan barua Melayu dalam DAP, Lee Kwan Yew dan Singapura.

    KHALAS

    ReplyDelete