Friday 2 August 2024

Kisah T99 Episod 10

 



Pada satu petang yang indah, diatas sebuah pentas disebuah dewan di PWTC, seorang tua telah meneguk air dari gelas dihadapan nya.


Selepas meneguk air dia pun sambung ucapan "saya dengan ini , ingin memaklumkan, perletakan jawatan saya sebagai Presiden dan juga semua jawatan dalam kerajaan".


Pada mula nya seluruh deaan senyap dan sunyi, ini kerana semua orang salam dewan velum dapat "comoreheb"apa yabg diucapjan itu.


Setelah hampir beberapa minit, baru lah seluruh dewan sedar bahawa sosok yang berdakap itu rupanya memaklumkan dirinya berundur dari semua jawatan dalam parti dan politik.


Apalagi, suasana menjadi kalamkabut dan menjadi huru hara.


Dalam ketika itu juga terdengar suara Pak Lah "tarik balik tarik balik".


Saat iitu juga beberapa orang yang berada dipentas menyerbu dan ķerumuni T99 , ternasuklah seorang Mak Cik sehingga tumit kasutnya patah.


Antara yang awal serbu T99 selain Mak Cik AP adalah bakal pengkhianat umno Dari Johor.


"Why Why" terdengar suara Mak Cik.


T99 pun jawap "Dah lama dah".


Dewan tergamam.


Yang menulis ni pun waitu itu ada bersama kawan sudah siap nak balik rumah terus tidak jadi.


Sekumpulan pemuda umno yang ada diluar dewan menyanyi "ini lah barisan kita...".


Begitu dramatik .


Akhirnya rundingan dibuat dan "exit plan" dilakar dengan pelbagai syarat.


Dalam hendak berundur pun bagi macam macam syarat.


Tapi hari ini dengan izin Allah semua terbukti bahawa peristiwa tahun 2002 sekadar sebuah drama terancang.


Tuan empunya badan tidak pernah pun mahu undur diri dari politik walau satu saat pun.


Kepentingan terlalu banyak untuk dijaga. 


Apa yang diperlukan ada lah seorang yang berkuasa yabg boleh diremote.


Apabila melepaskan jawatan kepada Pak Lah T99 berharap Pak Lah akan akur dan bantu naikan anak nya.


Namun , dalam kandang Pak Lah ada Khairy , yang sendiri mahu naikan dirinya sendiri.


Maka melihat hal ini, T99 beranggapan Pak Lah tidak boleh di pakai dan harus dinyahkan .


Maka scheme of things untuk jatuhkan Pak Lah dilaksanakan.


Sambil itu Pak Lah juga contribute kepada kejatuhan nya sendiri tanpa disengajakan.


Khairy dibiarkan bermaharajalela dengan ambil kesempatan Pak mertua nya jafi PM.


Terlalu ghairah mahu mencapai cita cita mahu jadi Perdana Menteri pada umur 40 tahun telah diumumkan oleh nya pada satu kenyataan.


Ini menyumbang kepada kebencian dari beberapa faction lain dalam umno.


Pernah menjadi isu besar apabila pejabat Khairy ada dalam PMO.


Atas tekanan, Khairy terpaksa keluar dari PMO.


T99 juga pandai ambil peluang dari keadaan.


Melihat agenda naikan boboy gagal kerana ada Khairy, maka T99 manipulasikan kisah budak tingkat empat dan kisah Khaury akrab dengan "budak Singapura "


Budak Singapura yang dimaksudkan itu adalah Kalimullah.


T99 turut serang Kalimullah.


Kalimullah dan Khairy dibantu oleh wartawan Brendan Periera.


Tapi tidak cukup kuat, kerana T99 miliki bloggers yang hebat ketika itu.


Bloggers T99 serang 3K yang terkait Pak Lah.


Khairy, Kalimullah dan Kanaluddin , anak Pak Lah.


Keadaan tambah menyukarkan Pak Lah kerana timbul isu Ular lidi telan Ular sawa dalam isu ECM Libra.


Muncul pula isu Khairy dapat dana beli saham dari Kalimullah, lagi lah parah.


Yang menulis ini, berpihak kepa Team T99 ketika itu kerana tiga orang bloggers tersohor yang serang Pak Lah dan Khairy ada lah kawan baik penulis.


Tujuan T99 demonise Pak Lah ada lah langkah langkah kearah meyakinkan ahli umno bahawa Pak Lah "must go".


Seperti kita kata, sebelum jatuhkan Najib dengan 1mdb, kisah Rosmah belanja mewah, kisah cincin, kisah Altantuya mesti dimain kan.


Ini untul build up hatred dan bina momentum kebencian.


Orang melayu terkenal bodoh dan buat keputusan ikut perasaan benci.


Jika seorang banyak bantu orang atau bantu banyak tahfiz tertapi tersilap sikit , yang silap sikit itu lah yang orang melayu pandang.


Kembali kepada topik, maka tiba hari untuk menyuruh Pak Lah Undur , Pak lah pun akur dan Najib pun ambil alih.


Dalam hati T99 peluang lagi sekali untuk capai hasrat dan cita cita dipasang.


Kenapa T99 perlu orang lain untuk bantu cita cita nya naikan anak?


Mula mula Pak Lah, selepas Pak lah tidak layan sebab ada Khairy, Najib pula.


Mudah sahaja.


Cuba lihat kepada negara seberang yang T99 serah Pulau Batu Puteh.


Lee Kuan Yew boleh lantik anaknya Lee Hsien Loong menggantikan nya dengan mudah.


Mendiang cukup kuat , namun, beliau tidak mahu tercatit dalam sejarah Singapura buat selama lama nya bahawa LSL dilantik oleh bapa nya sendiri.


Apa yang LKY lakukan adalah melantik orang lain menggantikan nya dan memastikan orang itu melantik anak nya.


LKY lantik Goh Cok Tong dan pastikan GCT kemudian lantik anak LKY , Lee HLoong jadi PM.


Maka tercatit lah dalam sejarah Singapura LSL dilantik oleh GCT dan bukan oleh ayahnya dalam amalan nepotisma .


Untuk pastikan transition berjalan maka LKY ambil posisi sebagai Mentor Minister.


Maka begitulah juga dengan T99.


Ok, Pak Lah sudah undur, Najib pula ganti,


Apa jadi kepada Najib bila tidak bantu memangkn boboy?


Najib izinkan Khairy lawan Boboy.


Perlu ke kita cerita? 


Faham ke tidak maksud "Perjuangan belum selesai "?


Nanti kita sambung.

1 comment:

  1. Badminton sumbang gangsa

    Badminton Thailand tunggu pingat emas atau perak

    Nak tau kenapa Thailand maju dalam bidang badminton...?

    Sebab pemain badminton Thailand berguru dengan misbun di Nusa Mahsuri


    Itu Malaysia Papangang tak nampak sebab bodoh bangang dengan Type C

    ReplyDelete