Thursday, 25 August 2022

MAHATHIR sedar penjarakan Najib “backfire’ , kini laksana “damage control”.

 


Oleh Sirajuddin Ahmad

Asal dapat penjarakan Najib sudah dikira satu kejayaan peribadi kepada Mahathir walaupun ia tiada keuntungan ‘material’ atau bawa ‘monetary benefits’  kepada rakyat.

Ini kerana Mahathir terlalu banyak agenda peribadi  untuk dilaksanakan , berselindung dibelakang isu yang dicipta nya sendiri supaya rakyat terleka.

MAHATHIR sedar penjarakan Najib “backfire’ , kini laksana “damage control”. — My NEWS ONLINE (my-news.online)

3 comments:

  1. PDRM sah gagal cari Jho Low dan Nik Faisal, Pengarang buku mulakan pemburuan Jho Low menggunakan semua kemudahan media sosial.

    Rakyat pun perlu viralkan di semua ruang medsos yang ada..!!

    Bradley Hope, pengarang bersama buku mengenai skandal 1MDB, telah memulakan carian di media sosial terhadap ahli perniagaan dalam buruan yang dikaitkan dengan kes itu.

    Menerusi Twitter, Hope berkata, beliau mahu memulakan pencarian baharu menjejak Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low

    Lim Guan Eng buat kejutan. Tak adil Najib dipenjara tapi Jho Low masih bebas, DAP gesa cari segera..!!

    Pasti nama kartel mafia Kerala akan disebut dimahkamah nanti..!!

    Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low perlu dikesan dengan segera bagi membawanya ke muka pengadilan, kata Lim Guan Eng.

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/24/ganda-usaha-tangkap-jho-low-kata-guan-eng/

    Pengerusi DAP itu berkata tidak adil hanya Datuk Seri Najib Razak sahaja dihukum penjara tetapi Jho Low sebagai dalang utama dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga perlu dibawa ke muka pengadilan untuk dihakimi.

    Hope menggesa orang ramai untuk menghebahkan pencarian Low kepada rakan-rakan di China menggunakan tanda pagar #whereisjholow #Malaysia.

    “Arkitek kewangan Najib, Jho Low masih bebas. DAP menggesa kerajaan Malaysia melipat gandakan usaha menahan Jho Low, keluarga dan sekutunya yang dikaitkan dengan skandal 1MDB bernilai RM52 bilion bagi memberi keadilan kepada 32 juta rakyat negara ini.

    “Ketika Najib berdepan hari-harinya di mahkamah, adalah tidak adil dan ibarat mempersendakan keadilan bahawa Jho Low, keluarga dan sekutunya yang dikaitkan dengan skandal terbabit, dibenarkan bebas berkeliaran begitu sahaja.

    Saya menuntut pihak berkuasa meneruskan usaha menjejak nama lain yang terbabit termasuk manusia digelar Jho Low dan Nik Faisal (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil), begitu juga Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (bekas Gabenor Bank Negara) dan suaminya,” kata Lim Gian Eng.

    Lagi link dibawa ini

    https://youtu.be/t02wDQEoJAo

    Menerusi Twitter, Wasap group, Telegram, Wechat, U-Tube dan media lain pengarang buku Hope berkata, beliau mahu memulakan pencarian baharu menjejak Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

    Sekiranya semua dipanggil tentu akan ada terpacul nama kartel Mafia Kerala. Perlukah PDRM menjejaki Zety dan Taufiq Ayman..!?

    Dulu IGP lantikan Tun Mahathir bernama Amit Bedul kata Jho Low dah tukar wajah jadi beruang.

    https://youtu.be/VMAe6eXDeC0

    Adakah Zety sudah bertukar jadi cipan, Taufik Ayman bertukar jadi ayam jantan dan CEO Astro bertukar jadi lipan..

    Jangan tunggu Hope memburu Jho Low elok kita kempen seluruh dunia viralkan dimana Jho Low berada. Bukan Jho Low saja patut diburu dan diviralkan di media sosial Nik Faisal pun patut diviralkan juga.

    Ini lah masa rakyat Malaysia bersatu dan berkongsi video mesej yang dihantar Jho Low kepada rakan dan keluarga melalui aplikasi pemesejan pada awal 2017 untuk memberikan petunjuk kepada warganet “gambaran Low terlalu sukar untuk dikalahkan”

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/24/di-mana-jho-low-pengarang-bersama-buku-1mdb-mulakan-pencarian-baharu/

    Ambil gambar dan video tak perlu pun tangkap Jho Low dan Nik Faisal.

    Mungkin mereka sedang enak enak shopping, makan restoren mewah atau berhibur isyarat itu sudah cukup jelas supaya rakyat tahu kegiatan fugitive ini dan siapa dibelakang mereka..!!

    Jom kempen buru Jho Low mana Nik Faisal..!!!

    #whereisjholow #Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Empat kali Smail Bera kena ‘boo’ bila nama disebut. Musuh depan mata. Musuh dan pengkhianat dari bumi Mat Kilau

    “Di mana Mail (Ismail)?” kerana beliau adalah satu-satunya pemimpin terkemuka parti yang tidak hadir dalam taklimat khas presiden hari ini, menurut laporan Malay Mail.

    Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata beliau bersama Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan kepimpinan lain, akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini yang perlu dihadiri Ismail Sabri.

    Ini suara dan keputusan Majlis Tertinggi, Perhimpunan Agung UMNO dan Perhimpunan Agung Khas UMNO,” katanya merujuk kepada keputusan yang dibuat parti.

    Hadir sama pada taklimat itu ialah keluarga Najib, termasuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, anak lelaki yang juga Ketua Pemuda UMNNO Pekan, Datuk Mohd Nizar and anak perempuan Nooryana.

    Smail Bera elok masuk GTA atau Bersatu.. Ini bukan musuh dalam selimut, Smail Bera musuh depan mata..!!

    ReplyDelete
  3. Syabas Nizar Najib Tun Razak tolak pemimpin bacul dan pengkhianat.

    Anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap ahli dan pemimpin UMNO tidak mensia-siakan pengorbanan ayahnya sehingga dipenjara.

    Selepas ayahnya dipenjara pemimpin ini berjumpa dengan Tun Mahathir bukan berjumpa pemimpin UMNO.

    Datuk Mohamad Nizar berkata, ayahnya betul-betul sayangkan UMNO yang dianggap sebagai parti keramat.

    Malah Najib sanggup berkorban asalkan UMNO dan Barisan Nasional kembali menjadi parti pilihan rakyat Malaysia.

    “Kalau masih ingat apabila kita mula-mula kalah dahulu dialah yang pertama ke hadapan mempertahankan parti. Dia juga tidak minta parti mempertahankan dia.

    “Dia sanggup dicaci, dikeji dan difitnah macam-macam tetapi dia masih teruskan. “Saya fikir jika ayahanda saya diberikan pilihan antara penjara dan selamatkan diri, beliau lebih rela pilih penjara daripada menjadi pengkhianat dan bacul kepada perjuangan parti

    Syabas Nizar Najib..tolak pemimpin si bacul pengkhianat dari bumi Mat Kilau

    ReplyDelete