Sunday, 21 April 2013

Enemy At The Gate: Nama Tuhan Pun Tidak Selamat



.

Pepatah orang putih berbunyi “If you have friends like Singapore you don’t need enemy” atau maksud dalam bahasa Melayu nya “kamu tidak perlu kan Musuh jika kamu berkawan dengan Singapura”. mengapa perlu ada musuh jika sahabat mu sendiri berkelakuan seperti musuh. Namun begitu lah kenyataan nya.

Singapura amat bernasib baik kerana memilki sebuah parti proxy di Negara kita yang boleh membantu untuk mencapai cita cita masa depan nya.Walau pun di Negara jiran kita ada orang Melayu tetapi mereka tidak dapat kita jadi kan proksi untuk bangsa kita.

Ketika Tun Mahathir berkata orang melayu Singapura menjadi contoh untuk di lihat oleh orang Melayu Malaysia sebagai yang di tindas, maka ramai lah pihak melenting dan membidas kenyataan itu. Malah ada rakyat Melayu Singapura sendiri yang menjawap dengan mengata kan mereka semua maju, berjawatan tinggi tanpa perlu kan tongkat dan bantuan subsidi. Amat betul lah kata mereka , tetapi mereka lupa jika mereka berjaya menjadi engineer, doctor atau pun saintis sekali pun maksud Tun Mahathir ia lah mereka tetap melapor kan diri kepada orang atasan mereka yang berbangsa lain.
Dasar di dalam jabatan dan badan yang mereka kerja tetap di tentu kan oleh orang bangsa lain, itu lah maksud Tun Mahathir. Mereka bukan dalam pihak penentu kuasa dan dasar.

Lain pula keadaan di Malaysia, pihak jiran kita amat beruntung selain dari kaum sebangsa menjadi proksi nya, kaum melayu juga boleh di tunggang menguna kan sebuah parti yang berbaju agama tetapi pada hakikat nya mereka di tunggang oleh musuh agama nya sendiri. Ini ada lah akibat mereka di pimpin oleh  pemimpin yang amat kurang pembacaan nya terhadap perkara lain.Hal global dan universal bukan lah “forte” mereka selain hal haram halal, dan sekali sekala hal Hukum Hudud yang terang terangan hanya alat mencipta kebencian kepada pihak musuh politik yang seagama dengan nya. Tiada lansung niat jujur untuk melaksana kan nya.
Bagai mana boleh laksana kan hukum Hudud jika Tuan di dalam Pakatan itu sendiri ada lah anti Islam.

Orang Melayu Islam mula mendapat kejutan besar dan mula terbuka mata nya sedekad lalu sebaik sahaja timbul isu murtad Lina Joy, ini nampak nya ada lah isu monumental yang menjadi pembuka mata umat Islam yang berakal.

Apa yang mengejut kan di dalam kes Lina Joy ini bukan lah kehendak wanita itu sendiri untuk menjadi murtad, tetapi “what comes with it” yakni muncul nya jentera pembela dan gerakan sulit yang mula menampak kan kuku nya. Sedikit demi sedikit. Betapa di belakang nya ada beberapa buah badan NGO dan Individu berpengaruh yang bergerak secara sepadu.Itu lah yang jelas kelihatan.

Tetapi amat sayang, kes dan isu ini bukan nya pengejut kepada pihak dan badan di panggil ulama, malah mereka pula yang terus tersasar dan terus tersesat .Sedang orang marhaen masih berpendirian tegas mereka pula yang hilang punca dan arah.

Jika kes Lina Joy senyap begitu sahaja kemudian nya, tetapi serangan pihak “itu” masih berterusan. Hanya ucapan cara sepintas terhadap nama tuhan sahaja  oleh pemimpin tertentu sudah boleh buat umat Islam berpecah belah dan bercakaran untuk memberi hujah.

Nama “Allah” yang beribu tahun tidak mahu di guna kan oleh puak ini kini mahu di jadi kan sebutan harian pula, tetapi  kepada bahasa Melayu sahaja.Dan kita sangka orang pandai agama akan segera menghalang dan pertahan kan nya.Namun sayang, amat meleset lah tanggapan kita, mereka pula jadi jaguh mahu perdagang kan nya.

Mula lah mereka melatah seolah olah kebanyakan rakyat jahil di dalam bidang agama, di hujah nya memang Allah tuhan sekelian alam dan apa salah nya pihak ini menguna kan nya. Begitu la alasan mereka.Sedang kan tidak pernah sesiapa pun menafi kan tuhan Allah ini tuhan sekelian alam tetapi nama ini mesti di hadiri attribute tertentu.

Dengan attribute apa Allah mahu di kenali? Ia itu Ahad , satu dan tiada sekutu ,tidak beranak atau di peranakan.Apa kah jahil mereka mahu menyerah kan kepada yang mahu sekutukan nya dan mengangap tuhan bernama Allah ini miliki anak?

Jika seorang bernama Haji Hadi Presiden sebuah parti berlogo Islam dan juga seorang lain bernama Haji Hadi tetapi tukang kebun, apa kah sama attribute nya? Nama yang sama tetapi berlainan sifat. Ada kah itu Sama ?

Apa kah kaitan Singapura dengan ini semua? Oh memang jauh untuk di kait kan tetapi cubaan dari dalam membantu cubaan dari luar.Membarai kan apa apa sahaja yang berbau Islam dan melayu ada lah “main targert” mereka. Cubaan sedaya upaya dengan apa cara sekali pun sebelum masuk nya pihak “itu”.

Antara kaitan nya ia lah apabila sebuah parti berlogo Islam sudah terpikat dan jatuh cinta dengan sebuah parti yang anti Islam yang berpaksi  kepada parti dari seberang atas nama “undi”, “kerusi” dan “Putrajaya” maka semua boleh di gadai kan.Untuk mengembira kan tuan kepada rencana ini, nama tuhan pun boleh jadi bahan bidaan.

Tiada satu pun parti politik di dunia baik yang terjahat mahu pun yang terkorup pernah menjadi kan nama tuhan nya sebagai bahan “negotiation” .Ada yang membida tanah , ugutan tentera ,wang dan lain lain tetapi mengadai nama tuhan untuk di serah atas dulang kepada musuh nya belum ada lagi , hanya di sini dan hanya oleh sebuah parti yang unik dan pelik.

To be cont………

No comments:

Post a Comment