Ramai yang melihat tetapi mungkin ramai yang menanggap ianya hanya sebuah lambang. Dan lambang ini pula digunakan oleh sebuah parti politik tertua di Malaysia yang dikenali sebagai “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu”(PEKEMBAR) atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai “United Malays National Organisation (UMNO) yang telah ditubuh lebih kurang 66 tahun dahulu pada 11 Mei 1946.
Ingin diingatkan disini, artikel ini hanya tertumpu kearahkajian untuk merungkai akan kewujudan keris hijau yang tertera pada bendera UMNO. Persoalan yang cuba diutarakan disini adalah, apakah makna tersiratdisebalik keris hijau ini dan benarkah ianya wujud? Mungkin ramai yang menganggap keris hijau ini hanya sebuah lambang pada bendera UMNO. Akan tetapi, berapa ramaikah ahli UMNO yang pernah bertanya, sekiranya ianya benar wujud, di manakah ianya disimpan dan apakah peranannya didalam perjuangan UMNO? Persoalan yang seterusnya, mengapa pula warnanya hijau kerana masyarakat Melayu itu sendiri sedia maklum keris buatan Melayu tiada pernah yang kita lihat berwarna hijau.
Setelah sekian lama mencari jawapan akan kewujudan keris hijau ini, penulis akhirnya dengan izinAllah swt dapat bertemu dengan pemilik cerita yang memahami sejarahnya. Beliau merupakan penyimpan rahsia khazanah Alam Melayu yang mana identitinya terpaksa disorokkan.
Dengan lafaz Bismillah, kisahnya begini.
Bak kata pujangga Melayu, Melayu dan Islam dalam konteks negara itu akan senantiasa beriringan bagaikan aur dan tebing. Sememangnya, Melayu dan Islam itu bagaikan isi dan kuku. Begitu rapatnya ikatan Melayu dan Islam, begitu jugalah rapatnya hubungan keris hijau ini dengan jati diri Melayu itu. Dan hijaunya pula yang jarang dapat dilihat pada keris-keris Melayu yang lain melambangkan betapa penting dan khususnya peranan Melayu itu didalam memastikan agama Allah swt itu iaitu Agama Islam tetap berdiri tegak di bumi bertuah ini dan Melayu nya itu tetap menganuti agama Islam dan bukan agama yang lain.
Inilah ikatan yang pastinya tidak dapat dipisahkan sejak zaman-berzaman. Secara tidak langsung, peranan Ulama dan Umarak itu telah sama-sama berganding bahu memastikan roh Islam itu senantiasa terpahat didalam jati diri Melayu. Dari lipatan sejarah, bumi yang bertuah ini dimana nama asalnya Tanah Melayu sudah puluhan tahun menjadi rebutan pihak luar untuk dijajah. Bumi yang pernah dikenali sebagai Semenanjung Emas ini memilik banyak rahsia menunggu ketibaan pemerintah Agong di suatu hari kelak. Pihak penjajah dari zaman Portugis, sehingga ke Belanda dan kemudiannya Inggeris telah lama mencuba untuk merungkai misteri ini. Walaupun mereka datang dari negara yang berlainan, tujuan mereka tetap sama iaitu demi memastikan bangsa Melayu di bumi bertuah ini dimurtadkan seiring dengan Perang Crusader yang dilancarkan oleh pihak Kristian keatas umat Islam diseluruh dunia hingga hilangnya Khalifah Islam yang terakhir iaitu Ottoman di Turki. Sekiranya Melayu itu berjaya dimurtadkan ataupun paling kurang di liberalkan pemikiran mereka, maka sudah pasti mereka akan dapat menutup misteri Alam Melayu ini dari menjadi pautan pada kebangkitan Islam akhir zaman.
Tetapi ironinya di Tanah Melayu yang bertuah ini, usaha pihak Portugis, Belanda dan Inggeris untuk memurtadkan orang Melayu itu tetap gagal walaupun beratus tahun mereka mencuba. Walhal jika diperhatikan apa yang berlaku di sekeliling Nusantara, dimana wilayahnya merangkumi kepulauan Indonesia, Singapura, bahagian selatan Thailand, Filipina dan Timor Timur telah berjaya dimurtadkan secara berperingkat. Wilayah Nusantara ini suatu ketika dahulu merupakan kepulauan rumpun Melayu yang beragama Islam bernaung dibawah Sultan-Sultan yang menjaga wilayah masing-masing. Akan tetapi, apabila pihak penjajah berjaya memisahkan peranan agama dari aspek pemerintahan beraja, maka sedikit demi sedikit kuasa Sultan itu dihapuskan dan akhirnya peranan Sultan itu sendiri hilang hingga tiada yang bertakhta malahan kini tiada yang bertanah. Dengan lenyapnya peranan Sultan, maka rakyatnya lama-kelamaan berjaya dimurtadkan kerana tiada lagi peranan penguasa Islam sebagai khalifah untuk umat Islam di rantau Nusantara ini.
Yang terselamat kini hanyalah Tanah Melayu, kini Malaysia dan sebuah negara kecil di utara Borneo iaitu Brunei Darulsalam. Tidakkah kita merasa pelik, kenapa bumi sekecil Tanah Melayu dan Brunei ini selamat dari ancaman penjajah yang bertuankan Freemanson dan Illuminati? Dan apakah khaitan ini semua dengan keris hijau yang dimiliki UMNO dan apakah peranannya dalam konteks Islam.
Nantikan siri ke-2 untuk merungkai misteri ini?
Nukilan 4S
salam bro...
ReplyDeleteerm...apa kalau kalau teruskan dengan kupasan mengenai logo UMNO dan siapa yang merekanya dan maksudnya terus...tak salah kan...
tak teringat nak tanya tun masa soal jawab...kalau jumpa tun secara personal cuba tanya tun..aku rasa tun tau n dia faham..kalau dia nak "buka" lah...
dengan kau tun 'buka' kot...
budakteranung
Thiis is a great blog
ReplyDelete