Saturday 6 April 2013

R.A.H.M.A.N (the untold story)




Ramai orang menghantar mesej dan bertanya berkenaan Teori RAHMAN.Lama dulu lagi kita sudah dapat soalan menyuruh cerita kan sedikit hal ini. Soal nya siapa pemilik teori ini? Dan kenapa pula teori ini ujud dan paling misteri nya teori ini tepat pulak tu.Bukan di cerita kan setelah nama M atau N tetapi sejak bermula huruf R lagi.

Kita Cari punya cari sehingga lah terjumpa seorang tua dalam lingkungan 70 han.Sebelum ni jumpa juga orang orang yang cerita kan nya tetapi tidak berapa tepat dan terang.Orang tua ni lah yang penulis dapat paling menarik ulasan nya.

Pak cik ni kata dia dapat cerita ni dari kawan dia keturunan Jawa , sudah meninggal kata nya.

Nama RAHMAN ni mula ujud di masa zaman Tunku lagi. Masa itu siapa pun tidak ambik peduli sangat, ia lah ketika itu semua hidup susah carik rezeki. Apa nak sebuk pasal RAHMAN ni.

Di kabar kan ada orang alim kata oleh sebab Tanah Melayu ini di jaga oleh wali qutb dan wali (penulis tak ingat pulak nama nya) maka bukan sebarang orang boleh menjadi pemimpin nya.Jika di pilih pemimpin itu maka ada lah sebab dan hikmah nya.Baik atau buruk.

Orang Jawa ini di kata oleh pak cik ni jenis orang alim dan jenis sentiasa suka puasa pati geni (tak berapa tahu sangat apa pati geni ni) jenis yang kiyai kiyai kata nya.

Tapi asal usul teori RAHMAN siapa yang mula kan masih kabur.Tapi cuba fikir kan ketika saya masih kecil pun saya sudah dengar , ketika itu PM nya ia lah Tun Abdul Razak Apa tah lagi pak cik ni dengar masa Tunku mula naik tahta Ketua Menteri yang kemudian nya di tukar kepada Perdana Menteri. Pada asal nya ada sedikit kecoh tentang nama Perdana Menteri, sebab ada yang mahu nama nya di tukar kepada Menteri Perdana dan bukan Perdana Menteri. (tu cerita untuk lain hari).

Okay, di kabar kan pada waktu itu sesiapa yang nama nya tidak muat, atau tidak masuk ke dalam nama RAHMAN tidak boleh jadi Perdana Menteri.Maksud muat di sini ada lah jika nama nya Abdul Rahman, maka nama Rahman nya muat.Jika nama dia Abdul Razak , maka Abdul nya muat.Begitu lah syarat nya.

Dan paling menarik pula nama yang di Pertuan Agong pertama nama nya pula Abdul Rahman.Siapa yang atur tu? Ok, selepas YD Agong nama Rahman, PM pertama juga bernama Rahman.Nama Rahman ni sifat pemurah nama Allah.Maka tentu lah sifat dan lambang nya pemurah juga.Selagi gambar YD Agung bernama Rahman ada di wang ringgit Malaysia selagi itu lah kekal melayu berkuasa.Jangan ada yang gatal tangan menukar kan nya.

Negara ini di kata kan di lindungi dari mala petaka , gempa bumi, gunung berapi dan taufan.Kadang kala taufan besar hanya lalu sahaja untuk ke Myanmar atau ke Filipin, dia segan untuk singgah atau hinggap sini. Malah kadang kala lalu tepi laut cina selatan sahaja.Sebab Ar Rahman tidak mahu Negara ini di usik.
Tsunami pun begitu juga dia hanya cecah hujung hujung sahaja sebab ada pemankin nya Indonesia atau pun Borneo.Kerana Negara ini terpilih untuk tujuan asal nya di akhir zaman. Maka kena di jaga.

Ok ,penghuni Negara ini pula semua melayu nya Islam, sedikit sahaja yang gatal nak agama lain.Malah kalau masuk ke restoren melayu tiada orang melayu tanya “awak melayu islam ke Buddha? Atau pun “awak ni melayu Islam ke Kristian?” terus masuk sahaja sebab gerenti melayu itu Islam.Kalau tidak percaya tanya lah dengan lebai PAS atau orang PAS, ada tidak mereka masuk kedai tomyam atau kedai restoren melayu tanya “ni kedai melayu kapir ke melayu Islam?” kalau ada harus di bawa ke Tanjong Rambutan.

Selepas nama Abdul Rahman, mengambil R, maka kini harus gelaran mereka yang bernama A, dan semua pun tahu si Abdul Razak pengganti nya, maka A dari Abdul Razak sudah memenuhi keperluan A. Selesai 2 abjad.Kini mesti lah H pulak , betul tak? Tetapi orang nombor dua bukan nya H, dia memilki nama Ismail. Dan dia pula bakal pengganti kerana dia ada lah timbalan Perdana Menteri.Jadi teori RAHMAN macam nampak tidak betul.

Tetapi Allah ada rencana nya, manusia berencana , Allah juga berencana , dan rencana Allah mengatasi segala nya, si pemilik nama I , kembali ke rahmatullah ,meninggal dunia akibat sakit jantung. Maka gugur lah si “I” dari senarai pengganti.Siapa pula selepas I? dengan kuasa Allah orang bernama Hussin Onn pula menunggu di sayap kuasa.Lalu dengan izin Allah si “H” pula menjadi Perdana Menteri Malaysia. Allah always has his way.

Maka bertahta lah si H menjadi pemimpin bumi Melayu ini.Apa selepas H? tentu lah M jika nama RAHMAN harus di sambung. Oleh sebab M ada lah “MIM” dan “MIM” ada lah berat sebutan nya , maka tentu lah si “M” ni duduk lama dalam sebutan RAHMAN. 22 tahun dia duduk di situ. Orang yang sudah keluar dari persada pemerintahan Negara , sudah tidak lagi jadi ahli UMNO kerana di buang oleh “R” kini dengan takdir Allah masuk kembali dan ambil tampuk pemerintahan Negara.Mahathir Mohamad Is the Prime Minister of Malaysia.Mari kita ulang soal, kerja siapa ini? Tentu lah kerja Allah SWT.

Maka duduk lah “MIIM” di situ sebagai Perdana Menteri.Dan orang nombor dua ketika itu juga nama nya berhuruf M , Musa Hitam nama nya, makna kata selepas M Mahathir tentu nya M milik Musa, tetapi Allah SWT nampak nya tidak mahu itu berlaku, maka gugur lah M kedua dari boleh menjawat jawatan Perdana Menteri.
Tentu lah ikut teori yang ujud berpuluh tahun sebelum nya selepas “M” mesti “A”. okay lah tu,Abdul Ghafar pun menunggu di tangga timbalan, selepas M Mahathir boleh lah A Abdul Ghafar mengisi nya, tapi tidak jadi,  A rupa nya ada lah saudara Anwar Ibrahim. A yang Anwar Ibrahim ini sudah berjaya mengagal kan A Abdul Ghafar dari jadi nombor 2. Dengan ketokohan Islam nya dengan sebutan ucapan seperti ulama dan kata kata jargon nya dan pernah menjadi Imam membaca khutbah , tidak silap lagi ini lah orang nya ia itu saudara al Sheikh Anwar Ibrahim. Sememang muat lah nama “A” masuk ke dalam RAHMAN.Lagi pun sudah hampir 17 tahun ada di dalam UMNO. Sudah jadi nombor 2 lagi pun.Allah sudah atur kan.Maka kita kena lah terima sahaja betul tak?.

Oh tidak, Allah mahu kan “A” tetapi bukan “A” yang ini.A yang ini pandai bercakap pandai berhujah, dan ia amat memikat hati manusia melayu dan bukan melayu, tetapi tidak memikat di sisi Allah.Ada yang hamba tidak tahu tetapi tuhan tahu.Maka “A” ini telah di keluar kan dari singgah di atas nama RAHMAN. Nama suci mana boleh orang tidak suci duduk di atas nya.Habis lah riwayat si A ini.Sejengkal sahaja lagi boleh jadi PM, orang putih kata “so near yet so very far” dekat tetapi jauh. Walau pun nama nya muat untuk huruf tetapi tidak sesuai untuk sifat.Gugur lah dia seperti gugur nya daun.

Maka selepas A ini gugur mesti lah A juga. Masyallah, kuasa Allah tiada tanding nya, diganti kan juga “A” yang dia tidak restu tadi dengan “A”yang dia restu , orang bernama Abdullah Ahmad Badawi amat muat untuk mengisi keksosongan “A”. Kalau Allah dah tentu kan , kita ni siapa nak soal, betul tidak? Silap ke tidak silap ke pilihan Mahathir it is what Allah al mighty wants. Qun fayakun. Pak Lah jadi PM.

Ketika Pak Lah jadi PM,. Pihak tertentu membuat onar, serangan demi serangan mahu gagal kan penganti nya yang dengan kuasa Allah memilki huruf N. Mohd Najib sedang tunggu di sisi untuk menaiki tahta.tetapi percubaan demi percubaan pihak Iluminati dan dajal mahu mengagal kan nya, usha di dalam negera dan dari luar Negara membuat pelbagai cubaan untuk elak nama RAHMAN menjaid lengkap.

Si N ini di serang di udara , di laut dan di darat.Di udara dengan kisah helicopter, di laut dengan kisah Scopene , di darat dengan kisah altantuya, tetapi semua ini hanya pertunjukan dan percubaan yang Allah mahu rakyat lihat kerja wakil dajal dan iluminati sedang berlansung ,Allah sengaja mahu biar kan untuk melihat betapa besar kuasa nya. ”kami yang memberi mereka kuasa dan kami yang mengambil kuasa dari mereka” buat lah macam mana pun, Allah mahu huruf N bernama Najib naik juga.Antara bantuan lain di dapati oleh N ada lah huruf “M”. Huruf M ini antara faktor huruf N dapat naik.Bantuan M dengan pelbagai helah dan kebolehan berusha mahu N naik, dan dengan Izin Allah N kini ada lah DS Najib “Satuuuuu Malaysiaaa” .

Peranan bumi melayu di akhir zaman Malaysia . Aisyalam (kitab lama) dan kenapa bumi ini di bela. Another story for another day.

7 comments:

  1. Aku tak tahu la penulis dpt dari mana cerita ni.. Tapi setahu aq masa zaman tun gafar baba baru keluar teori ni.. Yg keluarkn pn sekelompok pemuda dlm umno.. Itu pun masa anwar baru nak naik jd tpm.. Selepas tun gafar baba berundur.. Masa itu maseh memjadi teka teki sape yg akan mgambil huruf N.. Najib pun belum jadi menteri pelajaran lagi.. So dia pun bkn antara calon yg boleh jd pm.. Cerita ni aq mula dgr tahun 2004.. Satu malaysia pun tak tahu lg aq ase.. Soo.. Tak tau lah ade wali pulak mjaga malaysia ni.. Perkara baiak buruk semu dtg dr Allah.. Bkn dari wali.. Org yg dh mati sudah putus hubungan dgn org yg maseh hidup.. Bg aq kalau percaya sudah jd khurafat.. Siapa pun memerintah semua di tgn tuhan.. Teori tu lbh kpd kebetulan.. Lbh baik ikut quran dn hadith dr ikot teori mcmni.. Slh slp harap maaf..
    P/s: Daripada Hamba Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wali yg dah mati jaga Malaysia. RAHMAN aturan ketentuan Allah s.w.t. Mohd.Najib bin Tun Razak sesuai dengan huruf N bukan M? ni semua Andaian belaka, org moden cakap Theori, yg dengki cakap Theory Conspiracy.
      Apa2 pon Author ni bersangka baik dengan ALLAH, ISLAM, Melayu. Tapi along the way teorinya ada laaa masuk unsur orang mati masih boleh jaga negeri di dunia fana ni.

      Tapi teori dia ni dah publish di WWW dilihat oleh dunia. Siapa nak tanggung?

      Delete
  2. saya juga ada dengar ttg hal ini masa saya masih kecil mmg kerja tuhan mahu kan ini, dan teori ini berkenaan kerja tuhan.itu sbb dia jadi cerita.

    ReplyDelete
  3. kurafat lah kalau percaya wali ada kuasa nak menjaga malaysia..kan semuanya dibawah ketentuan allah..sepnjg bercerita x hbs2 sebut allah yg menentukan, allah yg merencanakan..tp bila bab malapetaka eg taufa, bla2.. boleh plak kata ada wali yg menjaga malaysia nie...contradict sungguhlah haiii hang nie..

    ReplyDelete
  4. allah yang nak wali tu zikir , mungkin. sbb org belajar tarikat kata mmg ada wali yg belum mati dan kerja dia berzikir.
    bukan nya wlai tu yg berkuasa. itu semua faham.

    ReplyDelete
  5. Tapi macam tak konsistent pulak.. Sebab nya..

    R = Abdul (R)ahman
    A = (A)bdul Razak
    H = (H)ussien
    M =(M)ahathir
    A = (A)bdullah
    N = (M)ohd Najib

    Sekejap ambil yg huruf depan.. Sekejap ambil yg huruf belakang.. (*__*)

    ReplyDelete
    Replies
    1.  di kabar kan pada waktu itu sesiapa yang nama nya tidak muat, atau tidak masuk ke dalam nama RAHMAN tidak boleh jadi Perdana Menteri.Maksud muat di sini ada lah jika nama nya Abdul Rahman, maka nama Rahman nya muat.Jika nama dia Abdul Razak , maka Abdul nya muat.Begitu lah syarat nya.

      Delete