Maka kini
Nuh A.s meneruskan kerja pembinaan
bahtera setelah ianya bersih dari kotoran najis akibat najis najis itu menjadi
ubat pemulih sakit kulit kepada masyarakat yang membuang najis di bahtera
itu.Maka tepat pada hari pertama bulan Rejab ( sixth month of the lunar
calendar) papan terakhir siap di pasang pada bahtera itu.
Maka
kelihatan lah hadapan nya seperti dada ayam (breastbone) , dan kemudi nya seperti ekor merak (peacock).
Kemudian
Allah memerintah kepada Nuh agar menjemput kesemua ahli keluarga dan pengikut
setianya yang sedikit itu menaiki bahtera kerana banjir besar akan tiba.
Allah
berpesan kepada Nuh akan tanda tanda akan tiba banjir.Seperti biasa sebelum
menurunkan bala Allah sentiasa memberi petunjuk kepada mereka yang dipilih.Allah
berpesan jika ketuhar yang kamu bakar roti itu tiba tiba terpacul air keluar dari
nya maka itu lah tanda nya.
Maka tiba
lah tanda itu pada satu hari , maka segera lah Nuh mengajak kesemua mereka
menaiki bahtera itu.Bahtera itu mempunyai 3 tingkat, tingkat terbawah ada lah
disedia kan oleh Nuh untuk segala binatang menjalar dan berkaki jantan dan
betina, tingkat kedua yakni tingkat tengah untuk manusia termasuk lah keluarga
Nuh dan pengikut nya.Dan tingkat ketiga teratas ada lah untuk yang berkepak
seperti burung burung.
Selain
keluarga Nuh, besama nya 80 manusia lain yang setia bersama Nuh.
Maka masuk
lah kedalam kesemua mereka manusia bersama binatang binatang itu , di luar pula
kaum Nuh yang “engkar” mengejek dan mentertawa kan Nuh.”Apa lah Nuh ini ,
kawasan kering dan tandus seperti orang gila dia naiki bahtera itu” kata
mereka.
Tetepi
sejurus ejekan mereka habis, air datang membanjiri, amat sedikir yang
mengetahui pada hari itu bukan sahaja air turun dari langit malah air juga
keluar dari segala lubang dari bumi,Erti kata air datang dari atas dan
bawah.Dan ini bukan air sembarangan kerana bersama air ini datang bala.
Ketahui lah
ketika mahu naik keatas bahtera anak Nuh bernama Yem atau pun Ken “an enggan
ikut sama, Nuh berkata “mari anak ku, ikut bersama ku” tetapi Yem menjawap “wahai
ayah ku, sedang semua orang tahu akan kamu ini gila, mana mungkin ada air
sedang kita ditanah tandus” kata nya. Nuh menjawap “lihat lah kamu akan awan
yang gelap dan hitam itu” Yem membalas , “ah itu perkara biasa hujan datang dan
pergi” kata nya.
Maka hujan
turun dengan lebat nya tiada henti henti bukan sahaja itu malah bumi seolah
olah menaburkan kemarahan nya juga melimpah air keluar dari setiap ceruk
pelusuk bumi.Maka bahtera pun terapong diatas air setinggi gunung gunung itu.
“So it ran
with them amids waves like mountains and Nuh called his son who was standing
apart “Embark with us my son, and thou not with the unbeliever” (Quran Hud 43) Namun anak Nuh bukan dari golongan yang
diselamatkan.
Ketika mahu
menaiki bahtera Nuh mengarah kan pengikut nya agar tidak membaca Bismillah Hirahmaan Nirahiim. Tetapi
membaca “Bismilahi Majraha Wa Mursaha” (In Allah Name shall it be it course and
berthing) (Quran Hud ,41)
Kerana tidak
wajar menyebut perkataan Rahman dan Rahim di kala Allah menurunkan bala
nya.(inappropriate)
Sama lah
juga dikala kita menyembelih binatang kita tidak sebut arRahman arRahim tetapi
menyebut Bismillah Allahuakbar.
Didalam
Quran jumlah surah sama dengan jumlah Bismillah Hirahman NiRahiim. Tetapi ada 1
surah tidak dimula kan dengan Bismillah
kerana tidak appropriate.Tetapi di satu surah lain pula ada 2 Bismillah yang
diselit kan ketika Ratu Balqis membaca surat dari Nabi Sulaiman yang bermula
dengan Bismillah HiRahman NiRahiim. Maka jumlah surah dan Bismillah tetap sama
akhir nya di ganti di surah lain.Begitu kuasa Allah menentukan.
Ketika
menaiki bahtera didalam berpasangan Iblis menarik ekor kaldai supaya dia tidak
dapat melangkah masuk dan Nabi Nuh pula tidak melihat Iblis lalu menjangka si
kaldai ini degil tidak mahu bergerak.Lalu Nuh dengan marah kepada kaldai lalu berkata
“Masuk lah kedalam wahai laknat” tanpa
Nuh sedar bahawa Ibis yang menarik ekor kaldai.
Maka
berapung lah bahtera diatas air banjir itu.Ketika Nuh membuat pemeriksaan
dibawah bahtera Nuh terlihat Iblis ada didalam nya.Nuh bertanya ‘siapa kah yang
mengajak mu masuk kedalam bahtera?’ maka Iblis menjawap “ketika kamu berkata
masuk lah kedalam wahai yang laknat , aku sangka kan kau bermaksud aku, kerana
siapa lagi yang di laknat jika bukan aku” kata Iblis.Maka sedar lah Nuh ketika
memarahi Kaldai itu yang dikata kan nya.
Ketika
bahtera berada diatas air menunggu hujan laknat surut ,3 jenis binatang diujud kan
Allah di dalam bahtera.Binatang ini tidak lahir didunia melain kan di atas
bahtera nabi Nuh.
No comments:
Post a Comment