Maka Nuh A.s
menerima perintah Allah melalui malaikat Jibril dengan penuh kesungguhan , kita
telah tahu bahawa Uj cicit nabi Adam telah meninggalkan sejumlah longgokan kayu
yang banyak walau pun ketika merajuk dia mengambil sebahagian besar kayu yang
di kutipnya sebagai tanda protes kepada janji Nuh A.s. Uj tidak melihat kepada
kebenaran bahawa dia telah kenyang tetapi terhasut kepada bisikan Syaitan yang
Nuh menipu nya.
Ketika Nuh
mula mahu membina bahtera itu, Nuh dianggap sebagai orang gila kerana mana
mungkin kawasan yang tandus dan jauh dari pesisir laut mahu pula dibina bahtera
oleh Nuh.
Malaikat
Jibril memberi panduan kepada Nuh cara dan rupa bentuk bahtera yang mesti Nuh
bina, boleh di kata kan Jibril menjadi akitek kepada Nuh dan Nuh A.s sebagai
carpenter sahaja.
Jibril
mengarah kan Nuh A.s cara membina plank kayu untuk bahtera itu menguna kan
124,000 papan kayu.Setiap papan kayu di ukir (inscribe) 124,000 nama nabi yang
pernah didatangi oleh Allah mulai dari tercipta nya bumi sehingga hari kiamat.Pada papan kayu terakhir dicatit nama kekasih
serta junjungan kita Muhamad Al Mustafa.
Pada 4 papan
kayu tambahan di catit nama 4 Khalifa (rightly guided Khalifa) Saidina Abu
Bakar, Umar Uthman dan Ali.Pada 2 lagi keping papan diletak diatas bumbung
bahtera dengan dicatit nama Hassan dan Hussien.Dengan restu Allah nama nama ini
sebagai panji kebenaran membawa berkat pada bahtera nuh A.s.
Daripada ini
pelajaran yang kita dapati ada lah bahawasanya Allah akan melindung mereka yang
didalam jiwa nya ada sifat kasih sayang dan menghormati mereka yang Allah
sayang.
Pada kerja
Nuh A.s ini dia mendapat cemuhan dan ejekan dari mereka yang memuja tuhan
Zahaq. Bukan sahaja cemuhan dan ejekan malah mereka berpakat beramai ramai mulai
hari ini tiada siapa harus membuang hajat dirumah mereka selain mesti membuang
nya dibahtera Nuh A.s, sehingga begitu Nabi Allah ini di hina.
Nuh A.s
sudah sampai keperingkat kecewa dan patah semangat namun Allah memberitahu
supaya Nuh jangan berputus asa dan berjiwa resah kerana Allah mempunyai rencana
nya sendiri kepada mereka yang engkar.
Maka penuh
lah bahtera Nuh dengan najis dan bau hamis terhasil dari perbuatan mereka yang
engkar itu.Bau nya sungguh tidak terperi dan bahtera di penuhi dengan ini semua
apatidak nya bahtera Nuh A.s sudah dilakukan seperti tandas awam.
Manusia
merencana Allah juga merencana.
Pada suatu hari kawasan dan kampong Nuh A.s di
jangkiti wabak dan penyakit yang belum pernah dirasai oleh siapa siapa pun.Pada
siapa yang di jangkiti penyakit pelik ini kulit nya mengelembong seolah lah ada
nanah dan jika ia pecah maka bau busuk akan keluar.
Penyakit kulit
ini merebak kepada seluruh kampong.Dan kepada sesiapa yang dijangkiti mereka
akan kelihatan hodoh dan buruk.Oleh sebab jengkel nya wajah dan kulit mereka
yang terkena penyakit ini maka mereka semua menyorok dan sembunyi diri malu
untuk menunjuk kan wajah mereka.Mereka keluar hanya untuk membuang najis
dibahtera nabi Nuh.
Pada satu hari
seorang lelaki , agak nya akibat terlalu tidak tahan mahu membuang najis di
bahtera nabi Nuh maka dalam gopoh nya dia tergelincir dan jatuh dalam bahtera
nabi Nuh yang di penuhi najis itu.Amat jijik dan busuk diri nya, lelaki ini
juga ada lah salah seorang yang dijangkiti penyakit misteri yang terkena pada
seluruh kampong.Akibat jatuh nya tadi, dia terjerumus kedalam longgokan najis
dan seperti tengelam di dalam nya.Begitu jengkel tetapi dapat juga akhir nya
dia keluar dari licin dan busuk najis itu, Nah!!! Sebaik sahaja dia keluar dari
longgokan najis dari bahtera Nuh, dia dapati penyakit kulit nya sudah hilang
dan habis semua tanda tanda jijik dari badan nya.
Maka berlari lah dia kekampong dan menjerit “aku sudah pulih ,aku sudah pulih” lalu
orang kampong bertanya bagaimana dan cara mana dia dipulih kan lelaki itu
mencerita kan ubat dan pemulih nya ada lah dari najis di bahtera Nabi Nuh.Maka seluruh
kampong pun berlumba masuk kedalam bahtera yang penuh najis untuk membersih kan
diri dengan segala najis dan air kencing mereka sendiri.Jika bahtera sudah
penuh mereka yang datang kemudian akan sekup dan sapu najis dari celahan kayu
asal kan dapat sapu sudah cukup untuk menghilangkan penyakit pada kulit mereka.
Bukan kah
ini kerja tuhan mu bernama Allah? Dari tempat membuang najis menjadi tempat
mengubati penyakit.Bukan kah Nuh sedeh mengadu diri kepada Allah bahtera nya di
najis kan dan di kencing kan lalu Allah berpesan usah berputus asa wahai Nabi
Ku dan ini cara Allah menyelesaikan masalah kepada nabi nya.
Maka habis
licin segala najis dalam bahtera nabi Nuh.
Pada
pelajaran kali ini kami ingin berpesan bahawa doa seseorang hamba kepada khaliq
nya ia itu Allah lebih kuat dari dentuman bom atom atau pun bom nuclear.
Sebaik sahaja
kamu tadah tangan memohon doa, sebenar nya doa kamu sudah ditunai kan, Cuma ia
nya tidak didalam bentuk yang kamu mahu kerana Allah lebih mengetahui apa yang
baik untuk kamu.Tambah lagi kamu tidak didalam kedudukan kasyaf yang tinggi
untuk meleraikan apa maksud sesuatu yang berlaku kepada kamu.
To be cont…
No comments:
Post a Comment