Wednesday 24 July 2013

“Mana Mahathir? Tadi Nampak Dia Mana Dia?”





Kata kata ini keluar dari mulut Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Ibni Al Marhum Sultan Hishamudin Shah yang ketika itu amat gering dan uzur ketika itu ada lah Yang diPertuan Agong Malaysia.

`Mahathir tadi ada di sini, ayah nampak, mana dia?'' Tanya Al marhum Tuanku kepada anaknda nya Ku Yah. 

Sebenar nya Mahathir ketika itu telah pun berada di Kuala Lumpur.Ya Mahathir ada di situ beberapa hari lalu ketika melawat Tuanku untuk mengajak Tuanku pulang ketanah air.Tetapi waktu ditanya kepada Ku Yah Mahathir sudah lama pulang.

Begitu akrab nya Tun Mahathir dengan Tuanku sehingga al marhum seolah olah Nampak kelibat Mahathir dikala sakit nya bertambah gering.

“Ketika itu, Almarhum tidak benarkan saya berenggang dengannya. Tuanku asyik genggam tangan saya, tidak lepas-lepas” ujar Ku Yah.

Dalam tercungap-cungap Tuanku menyambung: ``Aku tak nak mati di sini. Aku nak habis (mangkat) di sana. Rakyat tak bersalah, rakyat tak berdosa, ayah yang lambat-lambatkan tak mahu balik.''

Berkali-kali Tuanku ulang. Ini mungkin kerana Tuanku tersentuh hati apabila semua pemimpin yang menziarahinya menyampaikan berita bahawa rakyat di Malaysia sedang menantikan kepulangan Tuanku.

Maknanya, rakyat minta Tuanku pulang cepat. Sebab itu Tuanku menyalahkan dirinya sendiri.

Selepas itu Almarhum tiba-tiba banyak menyebut nama Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

``Mahathir suruh ayah pulang tetapi ayah tidak buat apa-apa keputusan. Sekarang ayah sudah baik. Mahathir hendak tengok ayah berjalan bila sampai.''

Kemudian saya terkejut apabila tiba-tiba Almarhum bertanya: ``Mahathir tadi ada di sini, ayah nampak, mana dia?''

“Saya rasa pelik” kata Ku Yah “ Sebab Dr. Mahathir memang tiada di situ, Perdana Menteri ada di Kuala Lumpur. Ketika itu, saya sedar inilah tanda-tanda akhir hayat Almarhum.”

Tuanku melenting sambil berkata: ``Awak tengok kan, ayah cakap dengan Mahathir tadi. Mana dia, pergi panggil dia?''

“Apabila saya kata Dr. Mahathir sudah keluar, Tuanku bertanya lagi: ``Kenapa dia pergi cepat, panggil dia sekarang?''

“Akhirnya, saya terpaksa berbohong menyatakan Dr. Mahathir pergi sembahyang demi untuk memastikan Almarhum senang hati”

(Kemudian Almarhum dibawa pulang ke Kuala Lumpur dan di bawa ke Hospital Gleneagles dan ini kisah yang di cerita kan oleh anaknda nya Ku Yah)

Saya masih ingat apabila Dr. Mahathir pada hari pertama datang menziarahi Almarhum dan berkata: ``Tuanku, tuanku... ini Mahathir dengan Hasmah. Tuanku sekarang sudah ada di Kuala Lumpur.''

Saya bersyukur. Pada hari kedua Dr. Mahathir datang lagi ziarah Almarhum selepas sembahyang tarawih.

Dr. Mahathir berpuluh kali cuba memberitahu: ``Tuanku, tuanku, ini Mahathir, Hasmah ada sama.''

Mahathir mengulangi perkataan yang sama walaupun Almarhum tidak sedar ketika itu. Malah anggota tubuhnya juga langsung tidak ada pergerakan.
Beliau berada di hospital itu kira-kira sejam.

Akhirnya, selepas 25 minit Dr. Mahathir keluar masuk bilik dan mengulangi perkataan sama, Almarhum menunjukkan respons dengan sedikit pergerakan badannya seperti menggigil. Manakala bibirnya terbuka dan terkumat-kamit perlahan seakan-akan mahu memberitahu sesuatu kepada Perdana Menteri.

Tuanku macam hendak bercakap tetapi tidak terkeluar suaranya. Air mata Tuanku pada masa itu berlinangan keluar. Dr. Siti Hasmah mengambil tisu dan mengelap air mata di kelopak mata Tuanku. Mungkin Almarhum menangis kerana hajatnya untuk memberitahu sesuatu kepada Dr. Mahathir tidak tercapai.

Saya bersyukur kerana akhirnya permintaannya untuk Dr. Mahathir berada di sisinya telah tercapai. Ia berlaku selepas Tuanku ``hendak sangat berjumpa Mahathir'' dan terkilan ``kenapa Mahathir cepat keluar'' pada malam Almarhum dimasukkan ke CCU (Sabtu) di Singapura.

Saya tahu Tuanku sangat sayangkan Dr. Mahathir. Apa-apa hal pun, Tuanku akan cari Dr. Mahathir untuk meluahkan perasaannya atau mengadu sesuatu. Selama ini Dr. Mahathirlah tempatnya mengadu.

Anak saya, Syed Budriz panggil saya dari hospital beritahu Almarhum yang dipanggilnya Atuk Tan sedang nazak. Tanpa berlengah-lengah saya pandu sendiri kereta berkejar ke hospital.

Apabila sampai, saya tengok bibir Almarhum telah pun lebam. Masa itu, Datuk Abu Hassan Din minta saya ajarkan Almarhum mengucap sepanjang masa.

Adik-beradik saya juga ada di sisi Tuanku ketika itu. Ketika itu, masanya sudah hampir tiba apabila mesin penyambung hayat menunjukkan bacaan melompat dari atas ke bawah. Daripada 34 ke 90, daripada 90 ke 20 dan 20 ke 102.
 
Ketika itu, apa yang boleh kami lakukan hanyalah berpelukan sesama adik-beradik di samping membacakan ayat-ayat suci yang didahului oleh Datuk Abu Hassan Din.

Dengan kemangkatan Tuanku Yang Di Pertuan Agong kemudian nya Negara kehilangan Raja yang sedang bertahta.





Perdana Menteri Tun Mahathir mengumum dan mengistihar kan kemangkatan Tuanku keseluruh Negara dalam keadaan sebak sambil menahan sedihnya pada pagi itu (tahun 2001) dan mengistiharkan cuti umum ke esokan hari nya.
Begitu lah kisah akrab nya seorang Raja bersama Perdana Menteri nya.



Al Fatihah untuk Almarhum Tuanku.


7 comments:

  1. Sy ingat, msa tu sy sekolah lg. Tun M msa hendak mengumumkan kemangkatan Raja, Tun M tahan sebak. Muka Tun sgt tenang tapi mata Tun M menceritakan sgalanya.. AL-Fatihah

    ReplyDelete
  2. saya melihat van jenazah al marhum lalu depan saya di ampang park

    ReplyDelete
  3. salam bro...tun memang ada d sana kan...antara orang nampak dengan tak nampak je kan...setakat singapura apalah sangat 'jauhnya dengan kl' kan...langkawi pun rileks je...ulang alik sampai set pol dia tak tau...pandai tun sorok...

    budakteranung

    ReplyDelete
  4. Sya sebak & menangis apabila mengetahui perkhabaran sedih ini pd ketika itu.. Sya buat pertama kali merasa kehilangan seorang Ketua Negara (Al-Marhum Tuanku, Yang Di-Pertuan Agong) pd ketika itu..

    Midi Yusof

    Wlpn Sya bkn rakyat Sel, tetapi sebagai rakyat Malaysia; sya terasa sgt kehilangan Al-Marhum Tuanku.. Al-Fatihah sya panjatkan buat Al-Marhum Tuanku.. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  5. Persoalan!! mengapa Tuanku NAMPAK Tun Mahathir ..baginda sorang jer yang nampak ,,ini sahih ..kerana Tuanku menyebut dengan yakin.."Tadi Ayah bercakap dengan dia,,pergi panggil "...Siapa sebenar diri TUN !!!saya sebut DIRI TUN.... dikala orang yang hampir mati ... TUN muncul hanya dilihat oleh orang berkenaan cari lah RAHSIA ini . mereka yang membenci TUN ketahui lah .... .ALLAH meRAHMATI TUN ...

    ReplyDelete
  6. the sultan and a leader that I dear most....

    ReplyDelete
  7. Ya kenalilah tun dgn lebih dlm...dia adalah insan yg sukar dicari ganti...sepatutnya ramai umat islam patut sedar perkara ni...serahkn pada Allah sahaja apa yg trpendam didalam hati.

    ReplyDelete