Kini heboh tersebar luas surat berkenaan Anwar dan Karpal di
Permatang Pauh kubu kuat Anwar. Dan Pulau Pinang ada lah tempat paksi kerajaan
Pembangkang pulak tu.
Jadi bila tersebar luas surat berkenaan “urus niaga” antara Anwar dan
Karpal Singh di seluruh Permatang Pauh maka jangan lah ada cubaan nak larang kerja sapu
sampah kebawah karpet pulak.
Dari dulu lagi rakyat prihatin duk Tanya kenapa wang Anwar
tak habis habis dan soalan tambahan pula “tak kan Rafizi tak tau, dia kan boleh
tau macam macam hal dalam bank”.
Bukan nak tuduh Rafizi tapi memang terbukti Rafizi memang
hebat mengesan wang lembu siap photostate lagi bukti sampai ada yang kena BAFIA
termasuk lah Rafizi sendiri.
Selain itu Rafizi juga boleh tau dalam SPR ada penyelewengan semua
siap bawa ke mahkamah lagi, maka tak kan lah hal akaun Anwar juta juta Rafizi
tak dapat kesan.
Kita mungkin boleh bantu jawapkan, mungkin kadang kadang alat
pengesan Rafizi gagal berfungsi.Tak semesti nya selalu berfungsi.
Kalau tak pun ia nya gagal berfungsi jika membabit kan puak
sendiri, kira selektif lah fungsi nya.
Dulu ada orang sebar kan jumlah wang Anwar di Singapura dan
luar Negara, maka itu pun gagal dikesan oleh Rafizi sebab radar pengesan Rafizi
sedang menilik silap puak BN dan UMNO maka mana boleh sekali gus boleh mengesan
penyelewengan puak sendiri.Apa ingat radar Rafizi milik Pentagon ke?
Kita mesti akur kadang kadang benda gagal berfungsi dikala di
perlukan, macam computer di pemilian CEC DAP, ia gagal berfungsi ketika mengira
jumlah pemilihan sahaja, bila tiada pemilihan ia berguna untuk Red Bean
menyamar pelbagai profile untuk tembak BN dan UMNO , hanya bila kira undi
sahaja Excell ke apa nama nya, gagal berfungsi maka kena lah kira dengan
tangan.
Ini semua salah ROS , DAP dan PKR mana pernah salah.
Jika SPR tu kena uruskan berjuta nama siap beralih sana sini pindah randah,
mati sana sini, pinda sana sini, DAP Cuma nak kira berapa kerat pun boleh
tersilap, jadi jangan lah marah DAP, marah lah sistem computer.
Oleh sebab bila kiraan semula ok tup tup yang kalah boleh
menang yang menang boleh kalah, ah tu
kerana kesilapan teknikal, seluruh rakyat kena terima, jangan soal banyak usah
suruh siapa siapa letak jawatan, atau nak buat demo Blackmetal ke blackheart
ke.
Hanya bila SPR kena sahaja baru boleh buat Himpunan
Blackmetal.
Jadi kira nya surat bertebaran urusniaga antara Anwar dan
Karpal rakyat semua jangan runsing itu hanya kabar angin dan orang dengki punya
cerita tak perlu di jawap ini semua salah UMNO.
Hari raya sudah hampir , kita semua mesti bermaaf maafan ,kegagalan
Rafizi mengesan kesilapan puak sendiri mesti dimaafkan.Jangan pula nak jadi
isu.
Hanya kalau BN dan UMNO sahaja boleh jadi isu, faham semua?
Bagus.
Lembu hanya minat pada lembu
ReplyDeleteUmno ni mmg sarkis la..eh tp bpe RM chuchuq lan dpt taip lwk2 sarkis ni?kalo riban2 satu lwk sarkis aku nk join jgak weh..blik sg buloh anwat aku fitnah wehhh..boile ek?bole ek?
ReplyDeleteMACAI!!
Delete