Iman tidak boleh diwarisi, tentu sekali kuasa pun begitu juga.
Jika ada anak mantan Perdana Menteri berada diatas ia ada lah atas kehendak ahli, kerana sistem UMNO membuat kan mereka perlu di cadang dan bertanding.
UMNO bukan seperti parti sanjungan PAS ia itu DAP di mana ayah memastikan kuasa diserah kepada anak dengan bertenggek dalam kuasa untuk memastikan ia nya berlaku,
Dalam parti DAP Kit Siang memastikan Guan Eng berkuasa dahulu dengan sistem ciptaan untuk mengelar kan bahagian bahagian dalam DAP di letak dalam kategori A atau B (seperti di dedah kan oleh bekas ahli DAP yang lari ke Indonesia).
Untuk memilih pula mereka harus menyata kan siapa yang mereka pilih didepan keluarga Lim secara terus, tentu sekali akan terpaksa menyata kan sokongan kepada keluaraga Lim, dan keluarga Lim akan istihar mereka di pilih oleh sekelian ahli CEC.
Dan parti ini amat di sanjung oleh PAS.
Kini ternyata DAP berbohong dan menipu dengan undi CEC nya.Dan PAS amat suka mendekati apa apa yang tidak elok, seperti parti yang menipu dan parti yang pemimpin nya melakukan maksiat dan ironi nya PAS mendekati mereka atas nama Islam.
Parti PAP pula , yakni parti pujaan DAP yang di Puja Oleh PAS mengamal kan dasar kuku besi untuk memastikan keluaga Lee di pilih.
Demi memastikan anak LKY di pilih, LKY melantik diri sendiri sebagai Mentor Minister sehingga sah anak nya di serah kuasa oleh Goh Chok Tong.
Begitu lah amalan parti parti yang sangat di sanjung oleh orang orang yang pandai agama dari parti PAS.
Kmbali kepada kisah UMNO pula , kini 2 orang anak mantan Perdana Menteri sedang bersaing untuk mendapat 1 dari 3 kerusi Naib Presiden yang ada.
Pelik nya , satu waktu dulu ayah mereka saling serah menyerah, tapi itu dalam liputan sejarah.
Kini anak mereka bersaing sama sendiri.
Masing masing mahu bertanding atas tiket sendiri , itu satu kepastian.
Setelah ayah Hishamuddin menyerah kuasa kepada ayah si Mukriz, ayah si Mukhriz pula memberi kuasa kepada anak Hussin melalui jawatan menteri.
Si ayah kepada Najib pula memberi pesan kepada ayah si Hishamuddin jika apa apa ”pangil lah Mahathir” melalui pesan “if you need any help call Mahathir”.
Nampak nya berangkai rangkai antara mereka.
Ketika DS Najib masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dia di serang melalui Udara, laut dan darat (Agusta, Scorpene dan altantuya) oleh pihak tertentu yang tidak mahu dia menjadi Perdana Menteri, Mahathir pula menjadi pembela dengan menghulur kan tengkok nya.
Serangan kepada DS Najib walaupun datang dari luar tetapi ramai mempercayai ia ada lah mainan orang dalam yang tidak mahu Najib menjadi PM.
Rasa nya ramai dapat meneka siapa kah orang ini.
Waktu berlalu begitu pantas.
Tahu tahu anak mantan Perdana Menteri kini sedang bersaing untuk merebut 1 dari 3 jawatan.
Yang pasti dan boleh kita lihat ada lah mereka ini naik bukan kerana ayah sendiri, tetapi oleh pihak ahli dan orang lain,
Dalam parti PKR anak naik ketika ibu dan ayah berkuasa.Dan begitu juga parti PAS dan DAP seperti anak kit siang anak Nik Aziz dan anak Karpal.
Jadi pembangkang hilang kelayakan mahu berbual tentang nepotisma.Kerana kain mereka sendiri koyak dan harus menjahit nya dahulu baru lah boleh bercerita tentang kain orang lain yang koyak.
Oh mungkin kami terlupa, pembangkang tidak didiik mengkritik diri sendiri atau sama sendiri,
Itu lah sebab nya jika Tun Mahathir mengkritik UMNO pembangkang amat suka menguna kan kritikan itu untuk tumpang membidas UMNO kerana mengkritik dan menegur sama sendiri tidak ujud dalam pembangkang.
Begitu lah unik nya parti bernama UMNO, pemimpin yang menjadi Ketua Menteri pertama dan Perdana Menteri pertama nya bernama RAHMAN dan YDP Agong yang pertama juga RAHMAN.
baca sini ( http://thechulan.blogspot.com/2013/04/melayu-kena-lah-tahu-r.html ) dan sini ( http://thechulan.blogspot.com/2013/05/teori-rahman-revisited.html)
Dengan perkembangan baru ini bertambah meriah lah suasana politik UMNO sekali gus suasana politik negara.
Mukhriz anak mantan sedang bersaing merebut kerusi bersama seorang lagi anak mantan di bawah kerajaan yang juga di pimpin oleh seorang anak mantan.
Mari lah kita berdoa yang terbaik sahaja lahir dari suasana pemilihan ini.
“Bukan kamu yang melontar wahai Muhamad, aku yang mendorong tangan mu untuk melontar” mari kita renungkan.
No comments:
Post a Comment