Wednesday, 23 October 2013

Bukan Industri Filem Saje Ada Anugerah, SPAD Pun Ada Pemberian Anugerah Juga.



Rakyat Malaysia dah biasa sangat dengan anugerah tahunan yang amat di tunggu tiap tahun macam anugerah artis popular dan kemudian nya anugerah lagu popular dan juga filem filem popular.

Kini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pun bakal memberi anugerah nya tersendiri bagi industri pengangkutan di Malaysia.

Jangan ingat SPAD hanya tahu bagi saman sahaja.

Tentu sekali lah golongan yang layak dan sesuai ada lah mereka yang terbabit didalam industri seperti Rel, bas, kenderaan barangan macam lori dan tak ketinggalan teksi.

Kalau anugerah diberi kepada industri hiburan dinilai kepada mutu filem dan lagu juga dan juga kepada kepopulariti artis terbabit  maka industri pengankutan pula di ukur dari bentuk sumbangan dan pencapaian.

Majlis anugerah ini dianjurkan pada Malam Penganugerahan LPT Symposium 2013.

Tentu lah ada syarat nya bagi yang layak dan berminat untuk menyertai nya ni baca di sini -

(i) Pengendali hendaklah mengemukakan borang penyertaan yang diisi lengkap berserta dengan dokumen sokongan yang dapat dijadikan justifikasi pemarkahan oleh Panel Penilaian Anugerah berdasarkan Annex-  AA atau AB atau AC atau AD mengikut jenis Anugerah yang dipohon.

Kemudian nya  ,



(ii) Semua dokumen berkaitan serta borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 6 Nov 2013, jam 12 tengah hari  ke alamat seperti berikut:
SPAD Academy
Block D, Platinum Sentral, Jalan Sentral Stesen 2
Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur

By hand pun boleh tapi mesti hantar kepada kaunter sebelum tarikh tutup.

Peserta berminat boleh lah memilih kategori anugerah yang dirasai sesuai untuk diceburi sejajar dengan bidang pengangkutan mana yang sedang diusahakan.
Kesemua anugerah yang dipertandingkan dikategori kan kepada 4.Yakni -

• Anugerah Pengendali Terbaik (Best Operator Award)
• Anugerah Pengurusan Sumber Manusia Terbaik (Best Human Capital Management Award)
• Anugerah Inovasi Terbaik (Best Innovation Award)
• Anugerah Khas Pemandu Teksi Contoh (Best Taxi Driver Award)
Jadi pastikan faham dan tahu anugerah yang disasar kan.

Panel penilai yang dilantik akan hanya memilih satu pemenang dari setiap 1 kategori , kalau seri misal nya bilangan undi dari kalangan panel penilai akan dikira dan ia nya muktamad.Jadi komplen tak akan di layan.

SPAD pula akan kontek mereka yang menang di tiap kategori melalui official letter dan juga panggilan talipon sebelum atau pada 30 Nov 2013.
Peserta jangan lupa ikut garis panduan anugerah SPAD ini dan kategori nya , macam dibawah ini :-


Sesiapa yang berminat boleh mengisis Borang Pencalonan Anugerah Pengangkutan Awam Darat 2013 seperti di bawah ini-

Sila lah hubungi SPAD untuk keterangan lanjut dan jangan terlepas peluang menerima anugerah yang boleh di kira pertama kali dan prestij yang di anjurkan oleh SPAD.

Kita boleh lah menganggap SPAD sedang berusha mengiktiraf kerja kerja mereka yang terbabit didalam industri ini dan juga semacam satu pengiktirafan kepada mereka sambil itu hubungan erat antara penguasa dan pengusha boleh terjalin didalam mentrasformasi kan pengangkutan awam.

No comments:

Post a Comment