Wednesday, 16 October 2013

SPAD Nak Dengar Pendapat Ramai Sebelum Naik Kan Tambang Teksi.



Jika beberapa hari sebelum ini kami kabarkan bagaimana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Kawasan Selatan (Johor)  membuat bancian dengan menyebarkan borang borang bancian di beberapa terminal bas seperti di Larkin dan Batu Pahat untuk mendapat bancian umum mengenai kenaikan tambang teksi dan kereta sewa, kini HQ SPAD pula ingin mendengar pendapat umum berkenaan kenaikan kadar tambang teksi.

Majlis untuk mendapat pandangan umum ini diadakan khas bagi semua penggendali teksi, pemandu dan pengguna.

Dibawah tajuk “Program Interaksi Bersama Pengguna dan Industri Teksi-Kajian Kadar Tambang Teski” ini SPAD amat berharap mendapat sebanyak mungkin “feedback” dari kedua pihak yakni penggendali dan penguna sebelum rumusan dan kemudian nya penetapan harga kadar kenaikan ditetap kan.

Harus diingat  kali terakhir kenaikan kepada kadar tambang teksi ada lah pada tahun 2009.



Jadi apa apa rasional berkenaan kadar tambang harus lah dengan berasas kan bahawa agak lama juga tambang tidak dinaikkan.

Program ini bukan setakak dihadiri oleh pegawai peringkat tinggi SPAD , malah Pengerusi nya Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga duduk diperingkat membuat dasar dan keputusan akan turut hadir bersama menyempurna kan majlis.

Selain pihak media yang bakal mengajukan pelbagai soalan berkenaan kenaikan tambang, pasti nya orang ramai yang hadhir tidak akan melepaskan peluang bertanya soalan bagaimana ,atau caramana perkiraan kenaikan akan dibuat atau pun asas asas harga kenaikan atau pun mungkin tidak dinaikan.

Selain dari pihak yang mahu menyoal kenaikan , pihak yang menuntut kenaikan juga pasti ada pendapat nya tersendiri.Justeru itu amat bertepatan lah majlis sebegini diadakan oleh SPAD.



Acara yang bakal diadakan diadakan pada hari Jumaat ini (18.10.2013) di Sime Darby Convention Centre pasti nya menunjukan kan SPAD sebagai badan tiada kepentingan baik bagi pihak penggendali teksi mahu pun pengguna mahu mendapatkan keadaan “win-win”  bagi semua pihak.

1 comment:

  1. SPAD sebelum tu tengok2 la dekat larkin tu yang penuh dengan ulat dan bas2 hantu. Penumpang naik dan turun diluar daripada terminal. Tolong yer SPAD

    ReplyDelete