Tuesday, 15 October 2013

TS Muhyiddin Tak Mau Jadi PM?



Dalam semua calon dan ahli UMNO yang sedang bertanding peringkat atas ia itu dari level sayap Wanita , Puteri dan Pemuda UMNO dan sampai lah ke jawatan Naib Presiden semua nya tahu dan anticipate impak domino yang bakal melanda parti  beberapa tahun akan datang.

Domino yang di maksud kan ada lah reverse domino ia itu bukan satu jatuh semua jatuh tetapi satu naik yang lain akan naik juga.

Posisi yang sedang di"target" sebenar nya ada lah jawatan Timbalan Presiden.Itu sebenar nya posisi yang di idamkan oleh beberapa individu yang berpotensi pada peringkat Naib Presiden dan mereka yang mahu bertanding diperingkat itu.

Dikabarkan bahawa penyanding jawatan Timbalan Presiden ia itu TS Muhyiddin Yassin tidak berhasrat mahu menjadi Perdana Menteri lalu difaham kan akan meletak kan jawatan pada satu masa beberapa tahun akan datang.

Kami juga masih ingat kata kata Tan Sri Muhyiddin "saya percaya pada takdir" satu waktu dulu.

Maka apabila TS Muhyiddin berbuat sedemikian maka akan tinggal "gap" atau jawatan kosong yang pasti nya mereka yang sedang berada diatas lah yang paling layak untuik menjadi candidate jawatan itu.

Umur TS Muhyiddin yang beberpa tahun lebih senior dari Perdana Menteri DS Najib mungkin tidak mengizin kan beliau menunggu lebih lama dari 2 penggal.



Kami di TC pernah mendapat tahu dari beberapa sumber bahawa TS Muhyiddin sememang tidak berminat dengan jawatan PM.

Dahulu kala apabila ada seorang yang menulis konon nya ada konspirasi bahawa TS Muhyiddin ada rencana mahu "topple"kan DS Najib ia nya di pandang sebagai rencana nakal dan seolah olah mahu meraih perhatian., kerana sesiapa yang rapat dengan ruang legar kuasa pasti mengetahui bahawa TS M tidak berminat.

Boleh dikata kan TS Muhiyiddin lah salah satu watak yang memainkan peranan menolak DS Najib naik keatas ketika era "level 4" dulu dan gangguan pihak ketiga yang mahu menggagal kan DS Najib menjadi Perdana Menteri.



Kini ahli UMNO harus faham kenapa pertandingan Naib Presiden kali ini akan sengit dan "tense".ia nya bukan setakat ambil posisi waktu ini tetapi juga meletak kan diri pada posisi strategik apabila TS Muhyiddin umum undur diri.

Itu lah agak nya, calon calon baru nampak sebagai kacau daun kepada calon Naib yang sedia ada.

Ini semua ada lah rumusan blog ini sendiri dan ada lah sedikit sumber dari beberapa pihak tetapi apa pun ini semua hanya analisa dan sebagai analisa ia terbuka kepada analisa bertentangan dari mana mana pihak.

Politik bukan lah "exact science".Malah ia juga bukan seni tetap.Ia ikut waktu dan keadaan dan paling penting ia mengikut jadual dan takdir.

Kerana sudah pasti lah yang terakhir sekali Allah lah sebagai penentu.






1 comment:

  1. Kepada semua penganut Buddha ...
    YIP KUM FOOK (LAWYER, MCA GOMBAK) menghalau Sami-sami Buddha keluar dari kuil atau SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
    Dia menggunakan samseng untuk mengusir Sami-sami Buddha itu dan juga memanggil polis untuk mengganggu Sami-sami Buddha di kuil dan YIP KUM FOOK (LAWYER) tidak menghormati Buddha dan Sami-sami Buddha ……Yip Kum Fook & Associates No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
    Thanks
    Ng, Kepong

    ReplyDelete