Saturday, 2 November 2013

10 Pagi Najib Istihar Hudud, 12 Tengahari Anwar Jadi PM.


"Saya dengan ini sebagai Perdana Menteri Malaysia mengistihar kan Hukum Hudud dilaksana kan di Malaysia".



Begitu akan di istihar oleh DS Najib jika mahu melaksana kan hudud.

Maka sebaik sahaja DS Najib istihar pasti saje , riuh gempita ahli Parlimen menjerit dan bising. Bukan kerana sokong tetapi kerana bangkang.

Dan paling utama bangun bangkang ada lah Kit Siang, Karpal dan Guan Eng, siapa mereka tu? Tak lain dan tak bukan Tuan kepada Parti PAS.

Lalu wakil PAS akan bangun dan marah mereka kerana membantah hudud di laksana kan.
Gitu kot senerio nya.

Maaf lah,usah berangan dan mimpi.Tu dalam dunia fantasi.PAS tidak akan buat begitu.

Perkara pertama terjadi ada lah komponen BN baik dari MCA, MIC dan segala isi dalam nya akan menarik diri dari menjadi komponen BN lalu DS Najib dan UMNO terkontang kanting tidak cukup kerusi untuk jadi kerajaan , lalu apa yang di istihar itu tidak "valid" malah "Null and Void" 

Jika bukan lagi jadi Perdana Menteri dan kerajaan apa yang di istihar nya pagi tadi ada lah  tidak sah dan di batal kan.

Itu bukti dia bukan pemimpin mutlak.

Apa terjadi kemudian? 

Dengan umur yang meningkat dan peluang menjadi Perdana Menteri semakin tipis, Anwar akan ambil kesempatan dan menjemput kesemua mereka yang keluar dari BN tadi masuk ke dalam Pakatan Rakyat dan dengan bijaksana , Anwar akan memanipulasi kan keadaan  dan berkata kepada komponen BN yang lari tadi bahawa UMNO tidak boleh di percayai dan telah mengkianati mereka lalu mereka istihar masuk Pakatan dan Anwar boleh lah menjadi PM yang tidak istihar Hudud.

PAS pula bagaimana ? PAS akan melompat ke BN / UMNO  kah ? untuk mencukupkan kerusi dengan UMNO untuk menjadi kerajaan bagi melaksana kan Hudud? maaf lah selagi tunggul kayu masih hidup perkara  itu ada lah mustahil. 

Malah Fatwa baru pula akan di keluar kan" mempertahan kan kuasa orang islam lebih penting dan Islam suka kepada kerjasama sebagai mana nabi gitu dan gini dan PAS akan terus dengan Pakatan Rakyat"

Hj Hadi pernah melakukan nya , seluruh umat Islam Trengganu pernah kena bohong dengan nya.Jadi apa masalah bohong lagi. Sebelum menang di Trengganu Hj Hadi pernah istihar "Hudud akan di laksana kan sebelum ayam sempat berkokok" tiada sedikit pun menyebut syarat syarat atau pun halangan, terusan sahaja mengku dengan riak dan takabur tanpa tapi tapi nya.

Akhir nya rakyat Trengganu melihat Hj Hadi menambah isteri muda lagi satu, Tadika Kemas di roboh, tanah di rampas, JKKK di naya, kakitangan pro UMNo di buang kerja atas alasan "anggap lah rezeki sampai situ sahaja" kezaliman berselindung sebalik agama. 

Hudud? tetap tidak di laksana kan nya, malah terkeluar fatwa baru "hudud hanya lah 0.001% sahaja dari syariat".

Bagi negeri Kelantan pula, rakyat mesti menerima alasan Ulama," Mahathir tak kasi", "Perlembagaan tidak membenarkan", "UMNO halang", "cik pah tak suka" ,En Karim tak mau" Bang ramli tak setuju" mesti di terima.  Kerana alasan datang dari ulama , maka ia mesti di terima dan di telan.

Namun jika kerajaan pusat yang memberi alasan tidak melaksana kan nya ia tidak boleh di terima.

Begitu lah gambaran bagi mereka yang mahu melihat petunjuk.Bagi yang sudah buta , perasaan diri lebih Islam dari orang lain hanya dengan menyebut Hudud sahaja sudah cukup. Tidak kira apa alasan.

Rakyat Malaysia terpegun dan terpesona menyaksikan dan mendengar pengistiharan Hukum Syariah negara Brunei darusallam  Oleh Sultan nya ,dengan hanya seidkit yang mahu menyoal kenapa baru sekarang? Kenapa dari dulu tidak mahu buat? 



Selepas alSultan mengistiharkan nya tiada gangguan parlimen, tiada gangguan parti politik kerana sistem pemerintahan negara  Brunei sudah begitu.

Malah tiada juga Majlis Peguam, SUHAKAM atau NGO ganas dan dibiyai untuk melawan nya.
Maka keluar lah kata kata dari rakyat Malaysia ,Brunei sudah Malaysia bila, kalau nak seribu daya , UMNO bila lagi dan pelbagai.

Tanpa sedikit pun memahami struktur negara Brunei.Dia Imam, Dia makmum dia juga lah bilal nya. Pemerintah yang mutlak yang tidak boleh di tewas kan dengan undi.

Ramai rakyat Malaysia boleh bicara berkenaan Hudud , tapi amat sedikit yang boleh membicara "cara" dan "bagaimana" ia boleh di laksana kan.

Bagi yang cetek akal dan mereka yang baru di peringkat bawahan soalan ia itu "Malaysia bila nak hudud".

Bagi yang sudah cerdik sedikit persoalan nya "macam mana nak buat dengan keadaan negara dan struktur nya yang sedia ada?" lalu cuba memberi nasihat cara cara dan bagaimana boleh dilakukan.

Malah bila tersepit tidak dapat menjawap mereka akan segera melabel kan yang bertanya sebaga "tidak Islam" "anti hudud" tolak Islam.

Mereka tidak dapat membeza kan persoalan "bagaimana hendak melaksana kan dalam sistem sedia ada " dengan "menolak hudud"

Mereka gagal faham, pemerintah mana yang boleh istihar hudud di Malaysia.Jika di beritahu senerio diatas tadi sebaik sahaja PM istihar kan nya dia akan di tumbang kan oleh sistem dimana "siapa yang lebih  banyak kerusi dia lah yang berkuasa".

Jika begitu bagaimana dia boleh istihar Hudud?

Ada yang beri pendapat kepada yang menulis ini, "Istihar kan MAGERAN, dan istihar kan semua parti politik batal dan tidak boleh ujud".


(Gambar tokoh dalam pentadbiran Majlis Gerakan Negara -MAGERAN setelah kabinet dan Parlimen di gantung))

Persoalan nya sanggup kan orang seperti Anwar , Kit Siang Karpal dan Hj hadi berdiam diri apabila mereka tidak mengetuai mana mana parti kerana hanya itu jalan negara boleh istihar hudud?

Tetapi, siapa pula yang berhak istihar? jika semua parti di batal kan DS Najib mewakili parti mana untuk istihar kan nya? Dia siapa?

Ada pula yang beri pendapat kepada yang menulis ini " biar YD Agong istihar kan nya dan biar tentera ambil kuasa.

Masalah kedua pula timbul, tidak kah tuan kepada orang PAS ia itu DAP akan lari ke luar negara lalu meminta bantuan Amerika kerana "kezaliman" Malaysia melaksana kan hudud? Siapa boleh jamin ini tidak  berlaku?

Sedang kan tuntutan COMANGO pun kita tidak dapat halang.Kerana sudah di jerut leher nya oleh komponen.

Bukan sahaja DAP akan buat begitu, malah Anwar Ibrahim juga dengan segera akan memohon bantuan negara asing dan kawan nya untuk "tawan" Malaysia kerana kezaliman dan "tidak demokratik" serta "tidak menghormati perlembagaan" kerana membubar kan parti Politik.

Dan PAS akan datang dengan fatwa "isle tu suci, menegak kan hukum Allah kena lah dengan jalan halal , tak boleh dengan cara zalim begitu" ada siapa  boleh jamin ini tidak akan keluar dari mulut orang tertentu dari PAS?





Hanya satu jalan sahaja negara boleh melaksana kan Hudud.Hanya satu.Mungkin.


Dengan  struktur  yang sedia ada. Ia itu PAS tinggal kan semua komponen nya dan UMNO tinggal kan semua komponen nya.Dan bersatu.Dengan jumlah kerusi kedua parti ini , negara boleh istihar Hudud dan masih kekal berkuasa.Kerana hanya yang berkuasa mutlak sahaja boleh istihar kan nya.

Hukum Allah paksi nya berlaku adil.Kerana tuhan nya adil, hukum nya juga adil.Dan cara mahu melaksana kan nya juga perlu adil.

Semua perintah Allah wajib dilaksana kan tetapi semua perintah Allah juga bersyarat, baik dari solat, puasa dan haji ia tetap bersyarat, tak cukup syarat tidak boleh.

Jadi jika mahu berbicara soal Hudud usah lagi di peringkat tadika ia itu "kenapa tak buat hudud" atau "Bila nak buat Hudud". Tu sudah basi dah muak rakyat mendengar nya.

Pergi lah keperingkat lebih tinggi, beri lah pendapat cara cara boleh ia di laksana kan, jadi lah alat memboleh kan nya dengan menasihati langkah langkah bagaimana  boleh di laksana kan.

Bukan memperli dan mengkritik sinis tapi sedikit pun tidak memberi menafaat cara ia boleh di lakukan,

Bagi yang menulis ini Hudud memang boleh di laksana kan jika kedua parti Islam bersatu tanpa bergantung kepada komponen nya.Komponen nak berambus pun kerusi masih cukup untuk kekal jadi kerajaan dan mempertahan kan Hukum Hudud.

Kita bukan negara Brunei Istihar Hudud waktu pagi, waktu petang masih jadi kerajaan, kita punya Perdana Menteri berkuasa atas ihsan undi dan kerusi, tak cukup kerusi dia tidak berkuasa.
Syarat utama UMNO dan PAS mesti bersatu, kerusi nya digabung kan.

Tapi bagaimana nak bersatu jika ada orang yang kurang ajar kepada perintah Allah berkenaan firman Allah "sesama Islam  itu bersaudara" apabila mahu meludah orang yang mahu datang berunding?

Perintah Allah boleh di pilih pilih bagi nya yang untung kan parti nya di anggap maha wajib sesiapa tak melaksana kan nya kafir dan dosa tetapi arahan sesama Islam itu saudara boleh di tolak kerana dia tidak suka.

(sudah dakwah ke? tiada dlam buku Jingga pun , sebaris pun tidak ada)

Sementara itu duduk lah kita atas sistem sedia ada jika kita masih belum bersatu.Jangan lah mulut berdegar degar konon nya nak Hukum Hudud di laksana kan tetapi di waktu sama menjadi talibarut kepada pihak yang menolak nya.Malah sekongkol dengan musuh Islam untuk berlawan sesama Islam.

Berkawan dan Tahaluf siyasi tanpa syarat dengan kafir tetapi berlori lori syarat nya sesama Islam.

Auta dan temberang itu hapus kan dulu.Tidak perlu tanya kenapa UMNO tidak melaksana kan hudud jika umat Islam sendiri jadi alat menghalang nya secara teknikal.

Jadi lah org cerdik, beri lah sumbangan laluan dan cara Hudud boleh di laksana kan,Jangan jadi terencat akal asik bertanya menonong. 


"Kalau PAS benar benar ikhlas mahu mengikut seperti Brunei saya cadangkan kepada PAS membawa usul ke Parlimen supaya hak milik kuasa di serah kembali kepada Raja Raja Melayu secara mutlak "-Zul Nordin ( soal nya PAS sanggup kah? )

(himpunan BERSIH sudah 3:0 , Himpunan mahu hudud dari PAS masih 0;0)



Islam tidak boleh berdamai dinegara ini kerana watak ini.


19 comments:

  1. ulasan yang membuka minda.

    ReplyDelete
  2. Aiiihh...banyak ulama kat Malaysia ni tak kan tak boleh kot..? Tak tahu macam mana laksanakan? Pelik...pelik....

    ReplyDelete
  3. Anwar ker rakyat yang berkuasa..? Satu strategi yang "baik" mengelak lepaskan tanggungjawab terhadap hudud...

    ReplyDelete
  4. Anwar tak berkuasa tp kalau Najib Istihar hudud , anggota komponen lari ke Pakatan, anwar lah berkuasa. Rasa nya awak tak baca abis nih.

    ReplyDelete
  5. bagus la topik ni buka minda bagaimana, sebab ramai asik sebuk nak hudud tp tak reti kasi cara dan jalan nya, rasa rasa nya la nik ajis lah penyebab tak boleh hudud dia halang perkongsian kerusi yg memboleh kan hudud di laksana kan.

    ReplyDelete
  6. topik ni bukan tuduh sape sape beb... dia jelas kan langkah dan cara yg bole di praktikakn dan apa yg bakal berlaku.yg nak komen tu pikir la cara mana boleh buat, jgn sebuk nak nuduh

    ReplyDelete
  7. Anon 7.28 ni tak faham dan tak baca habis ke? Ntah kemana tafsiran dari pembacaan dia ya?

    ReplyDelete
  8. Mmg pun puak2 pr ni mana reti nak baca sampai habis...memang la ulama banyak tapi jenis ulama terompah(anwar yang kata) sendiri yg halang umat islam bersatu macam mana nk buat hudud? Akai ada ka...

    ReplyDelete
  9. lol..bodo gile penulisan ni..
    smua cter pasai fantasi.andaian.xda makna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hudud pas pun satu andaian jika mereka perintah di putrajaya..klimaks fantasi ham Pas!!!

      Delete
  10. tp lojik. mmg najib bergantung pada jumlah kerusi untuk jd PM, betul la tu.
    mmg nik ajis penghalang hudud sb sekongkol dgn dap, betul jgak tu.
    mmg PM malaysia tak boleh istihar hudud sb dia jadi PM atas jumlah kerusi dgn org lain.
    anon 00:57 bengap

    ReplyDelete
  11. aku rase 50-50 la dgn pendapat ni.. kalau betol umno ni perjuang kan org melayu islam.. isytihar je la.. x kan la org melayu islam pas dgn pkr nk bangkang pulak.. bukan semua yang umno/bn buat kne bangkang.. tgk la sidang dun ke parlimen sikit.. bkn ikut sedap mulut je ulas bagi pendapat sendiri.. kalau ade yg bangkang undang2 islam dilaksana kn.. mase tu kite boleh tengok la sape yg betol2 nk perjuang undang2 islam ni di jalankan ke tak.. bukan bagi alasan macam ni.. tak boleh sebab takut nanti parti komponen lari.. depan tuhan nanti nak jawab macam tu?? -islahuddin idha nawawi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu dah xde masa nak tengok sape sokong or xsokong!! Masa tu dah huru hara parlimen kita!! Bukan masa nak experimen di parlimen tuan..ini soal daulat Islam di bumi bertuah silap percaturan hilang kuasa negara Islam ini..

      Delete
  12. Kelantan bila nak laksana hudud? Undang2 Islam Negeri tak perlu kelulusan Parlimen...

    ReplyDelete
  13. pas n pkr kuat spin.,.sumpah ak kenal cara mereka... awat xbuat...bila buat " puak2 depa"..ada sja alasan.. tgk cara samseng ala2 nk bunuh org masa kempen sg. limau la.. puak umno haram masuk kwsn pas , termasuk kedai kopi.. masuk nk kempen , ayat depa kuar "lau xmau tumpah darah......baik kuar".. nauzubillah,..taksub bak dajjal

    ReplyDelete
  14. Habis...tgk TV tak boleh...baca akhbar Nasional tak boleh, radio tak boleh dan fikiran orang ni disempitkan...hanya dengar dan turutkan kata ketua mereka... pekara yang benar pun boleh di spin.... Kepala dalang Anuar, Nik Aziz penyokong kuat... anuar kaki ramai..pasang kaki, pemimpin PAS banyak dah ada rahsia yg tak sedap di dengar...rahsia anuar simpan.... mana nak lari? terpaksa turut lah... Jadi...jadikanlah agama itu sebagai jaja pada orang... baca quran...tapi tak tahu maksud... berapa kali khatam quraan? dua tahun sekali...apa kandungannya t..? tak tahu... tahu baca aje... tapi tak tahu apa yang nak disampaikan dalam quran tu... Jom baca.....baca... nanti tahu...mana nak ikut....

    ReplyDelete
  15. hahahahahaha... penakut punya penulis blog... pesal komen aku hilang?? hahahaha takde telur punya orang....

    kebenaran itu pahit der... hahahahahaha... susahnya nak celikkan mata orang yg sengaja membutakan mata mereka...

    ReplyDelete