Monday, 4 November 2013

Selain Laksana Hudud, Brunei Juga Menjadi Pengkalan Tentera Amerika?




Alhamdullilah negara Brunei Darusallam telah mengistiharkan Hukum Hudud walau pun boleh di kira agak lama dari sepatut nya kerana kesemua kehendak agama Islam telah cukup syarat nya dimana Maslahah Ammah nya ( Keperluan orang banyak) , Maslahah Hajijiyah (segala bentuk perbuatan dan tindakan yang tidak terkait dengan dasar yang lain (yang ada pada maslahah dhoruriyah) dan juga Maslahah Tahsiniyyah  nya semua telah lengkap.

Dimana kesemua syarat dan kehendak diatas di sorok dan amat jarang di sebut oleh ulama PAS atas sebab sebab kepentingan Politik.

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
Artinya:“dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”.(QS.al haj:78)

Walaupun di Malaysia tuntutan NGO COMANGO yang berpaksi kan puak pro-Pakatan dimana PAS ada lah salah satu pendokong nya ,yang jika berjaya didapati oleh mereka akan melawan kehendak syarat melaksana hudud ia itu Maslahah Tahsiniyah dimana perkara asas lelaki berkahwin dengan wanita tentu sekali berlawanan apabila memboleh kan lelaki berkahwin dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.

Jadi amat pelik apabila PAS sudah lah menjadi sebahagian dari agen yang memperkuatkan NGO itu melalui sokongan nya kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat tetapi di waktu sama melaungkan Hukum Hudud yang syarat nya amat berlawanan dengan apa yang PAS sokong.

Pelik tetapi benar.

Berbalik kepada negara Brunei ini, dengan pemerintahan seperti negara Arab Saudi pemimpin mutlak nya yang tidak perlu kan MCA atau DAP untuk berkuasa dan boleh mengistiharkan nya bila bila dia suka tanpa akan di turun kan dari kuasa kerana tiada sistem siapa ada kerusi banyak dia lah yang jadi pemerintah.

Selain mengistihar kan Hukum Hudud, pemimpin Brunei juga telah memilih negara Amerika sebagai pelindung dan penaung nya.

Sedang di Malaysia baru menyewa APCO sudah cukup menjadi bahan ejekan serta bahan kritikan apatah lagi menjadi kan Amerika sebagai penaung negara ini.

Jika pembatalan Presiden Obama ke Malaysia dan Filipina di beritahu oleh wakil Duta kepada pemerintah Malaysia, tetapi perkara sama tidak berlaku kepada negara Brunei , malah Presdien Amerika Barrack Obama sendiri yang menalipon Sultan Brunei.



Ketika peristiwa serangan peceroboh Sulu di Lahad Datu Sabah, banyak perkara mula timbul, antara nya dipercayai CIA menguna kan talibarut nya dari Malaysia berpakat dengan Nur Missuari untuk menghasut dan menguna kan si Kiram supaya menuntut Sabah agar dengan tuntutan itu negeri Sabah akan duduk di bawah telunjuk Amerika melalui proksi baru nya.



Tindakan yang diambil itu mempunyai 2 hasrat, satu nya dimana  seorang pemimpin Malaysia amat geram dengan negeri Sabah kerana jumlah kerusi nya sentiasa membuat kerajaan BN menjadi kerajaan.Lalu niat menjadi Perdana Menteri akan sentiasa gagal, lalu dengan membantu penyerahan Sabah musuh politik nya akan kekurangan kerusi sambil kehendak "Tuan" nya dapat di layan.

Jadi in short ,sambil membantu kehendak "tuan" nya, ia juga dapat menghancur kan kerajaan BN dari berkuasa.

Alhamdullilah cubaan itu gagal.

Kenapa Amerika perlu kan Sabah dan apabila sudah tidak dapat tawan Sabah melalui Kiram kini Brunei pula ?


(dengan kehendak Allah kapal tentera laut Amerika  ini terkandas dan telah di dismantle kan oleh Amerika di laut cina selatan berhampiran negeri Sabah, persoalan apa di buat nya di situ?)

Tidak lain dan tidak bukan kerana ancaman negara China.Itu lah sebab nya.

Selain itu Amerika juga mengunakan Singapura untuk menawan Malaysia melalui proksi nya agar dapat menguasai Selat Melaka.

Jika Ulama PAS amat rapat dengan AlQuran seperti yang didakwa tentu sekali orang yang mereka perlu jauhi ada lah pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim, namun orang yang ada banyak Ilmu agama tidak semesti nya golongan yang diberi petunjuk.Bak kata pepatah, Ilmu ada Iman tak ada.

Kini apa pula perancangan Amerika setelah Brunei secara senyap menjadi allied kepada Amerika ?

Ada kah kerana puak Yahudi sudah mengenal pasti kawasan kebangkitan Islam d akhir zaman akan datang dari sebelah sini? melalui kitab kitab lama mereka lalu kawasan ini perlu di pantau dengan kadar segera? Supaya kebangkitan itu dapat di bendung?

Sama sama lah kita tunggu.



19 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Asbab barua dari kerela la Malaysia mampu mendabik dada di mata negara Islam! Komen macam harami..

      Delete
  2. Sketsa ape ni??mane punya fakta kau kutip..negara kau dah tak bagus..kau nak kondem negara orang.....haha.....macai

    ReplyDelete
  3. catatan ini adalah utuk kita berfikir. Terpulang pada yang mempercayainya. Pada saya bila kita menidakkan berilah alasan yang kukuh. Tak semestinya kita mengetahui semua perkara. Pentingnya Islam menggalakkan kita belajar/menerima perkara samada perkara itu benar atau salah adalah untuk diri kita sendiri dapat membeza.

    ReplyDelete
  4. Utk editor-----> tentera Dajjal Laknatullah!..Gi agongkan sistem demokrasi berpaksikan barat dlm idealogy kapitalisma!!!...Jgn sesekali membuat sebarang fitnah!..Kenapa?..Dh TAKUT?..Rakyat Malaysia dh SEDAR PERLUNYA HUDUD & ko tu dh jd musuh Islam yg NYATA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. editor bodoh beb. bangang buat cerita xde bukti. otak tarak.

      Delete
  5. ko nak cakap bukti kukuh, penulis blog pun ada bukti kukuh ke? ke sekadar menulis ikut perasaan? bodoh.

    ReplyDelete
  6. ingat, rasulullah pun dulu pernah buat perjanjian dengan non muslim. siapa kata negara islam tak boleh buat perjanjian dengan negara non muslim? bodoh gila.

    ReplyDelete
  7. Bodoh la ni admin!

    ReplyDelete
  8. Admin bodoh at least di boleh menuis dan bagi rujukan yang kau dok sedap mgata org bodoh apa yang kau hasilkan... xder apa kan.. mmg otak pembangkang malaysia adalah yang paling lemah dari segala pembangkang dlm dunia ni ... senang di manupulasi oleh org mcm bang Non..

    ReplyDelete
  9. Nak komen tu komen je la... Yang pegi sumpah seranah tu pe hal?
    Klu tak suka jangan baca.
    Buat artikel sendiri-baca sendiri-puji sendiri-maki sendiri.... kaaannn.....

    ReplyDelete
  10. Kerajaan, Barisan Nasional;
    Pakatan Pembangkang...Emotional...

    ~keep calm & rasional.

    ReplyDelete
  11. iman ada kot tapi ilmu nak kenal tipu muslihat org tu kurang ada

    ReplyDelete
  12. Org2 yg merasa bijak pandai jgn dilayan....Biarkan mereka 'gah' & perasan dgn ilmu kebodohan dan ketaksuban mereka yg tidak mahu menggunakan akal tapi bangga kononnya mereka beriman..... Org bodoh mmg tak sedar dirinya bangang.....

    ReplyDelete
  13. Pelaksanaan si brunei dan arab saudi itu benar seperti ditulis oleh editor jika dibandingkan dengan malaysia. Saya sokong hudud tetapi biarlah bersesuaian dimana orang Islam dan bukan Islam akan dapat hukuman sama. Dan jika tidak boleh makanya tidak sampai masanya lagi. Benar seperti tertulis didalam Quran...saya tidak menafikan tetapi jika orang Islam dihukum mengikut hudud manakala bukan Islam mengikut civil akan mengundang dua perkara. 1. Semua yg ditangkap mengaku kafir. 2. Makin ramailah kaum musyrik dimana sekarang ada 200k. Dengan adanya hudud mereka ini lebih laju menukar agama. Iye betul hukuman pancung. Tetapi itu pun jika setelah kita pujuk mereka masih berkeras. Adakah sesetengah daripada kita ini berani menentang kaum bukan Islam didalam Malaysia? Belum dikira dunia lagi. Sedangkan yang baru sahaja mati tu sorang je tetapi 61% masyarakat melayu hanya setengah menentang beliau. Dan mereka yang melawan ini bukan pahlawan hudud pun. Tetapi bangkit melawan bila gendang perang kapir harbi dah palu. Sedih tengok pahlawan hudud yg nak sangat hudud ni senyap je dengan alasan org kapir kata xpe tapi org islam yakni umno mesti ditentang. Ikut kitab mana yg kamu ikut? Quran dah sebut 2 jenis kapir. Satu kapir yg tidak menentang jadi kita diam. Kapur harbi wajib kita tentang. Balik2 umno kapir. Umno dikapirkan oleh pemimpin kamu. Siapa yg kita ikut? Rasulullah atau tok guru? Jangan double standard. Bila umno buat kapir. Tak patuh pada Islam jadi tolak agama. Tolak agama = kapir. Formula itu ada ke dlm Quran? Jika kapir makanya ke neraka la kan? Tetapi tentu kamu tahu neraka ada peringkat2nya utk jenis2 dosa dan apa yg kamu tuduh umno buat ada didalam 9 peringkat itu. Jadi merwka tidak kafir bukan? Tetapi jgn lupa golongan yg syiriknya hanya kerana menunjuk2 amalannya. Dimana duduknya mereka yg mengkafirkan orang yg tidak kafir? Apakah cara utk menandatangani masalah bila kita sangsi tentang seseorang. None of those mentioned have been done.

    ReplyDelete
  14. Blog yang terus condemnd tanpa bukti kukuh tuduh mcam2 pemimpin itu ini, nampak tak berilmiah. Langsung tak buat orang berfikir dan bila fikir pun, banyak yang tidak logik. Apa2 pun, tak payah tngok orang atas, tak payah tengok negara luar tapi yengok diri sendiri nanti bila Allah tanya kenapa tidak laksanakan suruhan nya, apa mau jawab?fikirkan..

    ReplyDelete
  15. Dalam negara sendiri tak nak buat hudud... bila negara lain buat hudud mula lah nak sibuk kutuk negara orang....

    ReplyDelete