gambar hanya hiasan
Ini kisah seekor burung teragung yang pernah di cipta oleh Allah di bumi.
Burung ini ujud ketika zaman nabi Sulaiman as.
Ketika semua burung sedang makan cacing dan belalang maka tiba masa mereka semua berhenti makan dan pergi berkerumun kepada Nabi Sulaiman a.s. untuk mendengar syarahan agama nya.
“Ketentuan Allah ada lah takdir yang sudah dicatat kan dan tiada siapa boleh mengubah kan nya” kata Nabi Sulaiman kepada mereka semua.
Tetapi tiba tiba seekor burung menjawap “boleh, di halang ketentuan itu jika ada pandangan jauh dan perancangan yang baik”.
Setelah mendengar kata burung itu Nabi Sulaiman pun mencabar burung itu untuk membukti kan pendapat nya.
Burung itu memohon memberi peluang untuk membuktikan nya.
“Baiklah , ada seorang Raja yang tinggal di sebelah timur yang telah berjanji untuk mengkahwinkan anak nya kepada seorang anak Raja dari sebelah barat” kata Nabi sulaiman.
“Mereka telah dijodohkan dan ditakdirkan untuk berkahwin antara satu sama lain dan kini anak perempuan itu masih lagi kecil dan dalam buaian saksikan kepada aku jika kamu mampu menghalang jodoh mereka itu” tambah nya lagi.
Maka terbang lah si burung itu menuju ke negeri sebelah timur kepada istana Raja untuk merampas anak kecil itu lalu membawa ia jauh ke hujung dunia di sebuah pulau terpencil yang tidak di huni oleh sesiapa.
Maka anak kecil ini pun membesar lah bersama si burung ini sehingga lah sampai umur nya mencecah 14 tahun.
Anak lelaki siraja dari negeri barat pula kini sudah membesar dan sudah menjadi gagah perkasa serta tampan.
Pada satu hari dia pun mengambil keputusan untuk mengembara menaiki sebuah kapal bersama orang orang nya.
Dengan kehendak Allah setelah sekian lama berlayar maka dalam perjalanan nya ribut taufan datang melanda lalu kapal nya karam akibat di pukul ombak besar.
Maka mati lah semua orang orang nya melainkan anak raja itu sahaja yang tinggal.
Dia sempat berpaut pada sebuah kotak kayu yang terapong sehingga lah dibawa air terdampar pada sebuah pulau.
Seperti yang sudah didestini kan pulau itu ada lah pulau dimana burung yang mencabar Nabi Sulaiman membela anak angkat nya anak kepada si raja sebelah timur.
Setelah sedar lalu si anak raja barat ini berjalan jalan di pulau itu maka dia terkejut melihat seorang gadis yang sangat cantik di atas pokok yang paling tinggi di dalam sebuah sarang besar.
Lalu dia memanggil gadis itu turun kebawah , namun gadis itu memberi tanda yang dia tidak boleh turun.
Maka hari pun gelap dan burung hebat itu pun pulang lalu anak raja itu segera sembunyi di dalam kotak kayu kerana burung ini amat besar dan hebat dan dia amat takut.
Ketika burung itu sampai ke sarang nya dia melihat anak gadis belaan nya sedang menangis lalu dia bertanya kenapa , dan anak gadis itu berkata bahawa setiap kali burung itu keluar dia kesunyian dan membosankan kerana sarang terlalu besar dan tidak dapat melihat sekeliling.
Siburung tidak tahu hendak membuat apa dan dalam kebingungan.
Lalu anak gadis itu kata benda yang semacam kotak kayu dibawah itu elok untuk di letak dalam sangkar kerana dia boleh menguna kan nya untuk meninggi kan diri duduk melihat sekeliling.
Dengan pantas siburung terbang lalu mengaut nya dengan cengkaman kuku nya.
Maka terletak lah kotak kayu itu didalam sangkar bersama jejaka anak raja barat bersama si gadis itu.
Hari demi hari mereka bersama bergembira setiap kali siburung terbang keluar mencari makanan.Begitu lah jadi nya setiap hari mereka bergembira dan bersama.
Bertahun kemudian, Nabi Sulaiman memanggil burung itu mengadap nya.
Maka setelah mengadap Nabi Sulaiman berkata “Pasti nya takdir telah menentukan sebagaimana tercatit dan ditentu kan Allah mereka sudah dijodohkan dan si gadis sudah mengandung 4 bulan”
Lalu siburung berkata “seperti yang aku kata kan kepada mu wahai Nabi bahawa dengan pandangan jauh dan perancangan takdir boleh di halang”
“Baik lah” kata Nabi Sulaiman “sila bawa kan si anak yang kamu bawa bersama mu biar aku lihat”
Maka siburung pun kembali kesarang nya jauh di hujung dunia mahu mengambil anak gadis itu untuk mengadap Nabi Sulaiman.
Maka sebaik sahaja dia mahu mengangkat anak gadis angkat nya gadis itu berkata “kuku mu amat tajam dan cengkaman mu akan mencedera kan ku, alang kah elok jika aku masuk kedalam kayu ini dan kamu mengangkat ku”
Lalu siburung pun mengiya kan.
Maka dibawa lah kotak kayu berisi anak gadis itu tanpa di sedari nya didalam ada anak lelaki si raja barat.
Setelah sampai ke istana Nabi Sulaiman si burung dengan bangga nya berkata “nah kamu lihat wahai Nabi, ini lah gadis yang aku telah berjaya membesar kan jauh dari manusia di sebuah pulau yang tiada berpenghuni dan menghalang jodoh nya dari bertemu”
Apa bila di buka kotak itu didepan semua orang di istana , maka terkejut besar si burung itu apabila melihat kedua anak gadis dan anak raja barat sedang memegang tangan satu sama lain di dalam nya”
Apalagi jatuh malu dan tunduk lah dia.Maka faham lah dia tiada siapa boleh melawan takdir jika sudah di tentu kan oleh Allah.
Maka siburung pun tunduk dan minta izin untuk terbang jauh dari manusia dalam keadaan terhina kerana telah tewas dalam mencabar apa yang di syarah kan oleh Nabi Sulaiman.
Burung SAMRA , itu lah jenis burung yang kita bicarakan di sini.
Semenjak peristiwa itu burung Samra tidak lagi kelihatan dan terus pupus dari pengelihatan manusia.Di kabar kan dalam kitab lama ia ada lah burung yang terhebat yang pernah di cipta oleh Allah.
Pesan kami kepada semua, jodoh sudah dicatit dari azali, usaha mengurat dan memujuk hanya lah sekadar cara sahaja, jika Allah telah tulis siapa jodoh kita tiada siapa boleh mengubah atau menghalang nya.
No comments:
Post a Comment