Thursday 30 January 2014

Maka Nabi Ibrahim Pun Sedekah Garam kepada Seluruh Manusia




Maka Ibrahim pun tercampak lah Kedalam api.


Kepada mereka  yang terlepas siri yang lalu boleh lihat disini


Bersorak lah sekelian orang melihat Nabi Ibrahim tercampak kedalam timbunan kayu didalam api yang membara setinggi bukit itu.


Tetapi tahu kah mereka apa sebenar nya yang terjadi?


Sebaik sahaja Nabi Ibrahim tercampak kedalam, semua yang membara menjadi hijau seperti oasis dipadang pasir, semua hijau mekar dan subur, Irahim seolah olah didalam dimensi yang lain.


Malaikat tiba untuk melepaskan Ibrahim, lalu berkata “akan ku lepas kan kamu dari bencana ini” tetapi Ibrahim berkata “siapakah yang izinkan aku terletak kedalam ini? lalu malaikat berkata tentu sekali Allah, maka berkata Ibrahim jika ia izinkan aku tercampak kesini maka dia juga lah yang boleh melepaskan aku , aku tentu tidak perlu bantuan mu”


Malaikat penjaga angin juga mahu membantu dengan mengunakan kebolehan nya meniup angin memadam kan api, malaikat penjaga air mahu menurunkan hujan dan juga malaikat yang ditugas mejaga bumi mahu menelan bara api kedalam perut bumi semua di tolak oleh Ibrahim a.s.


Lebah juga datang berulang kali menghembus kan air kedalam api, lalu Ibrahim bertanya “apa kah yang engkau cuba lakukan?” Lebah menjawap “aku sedang cuba memadam kan api walaupun air yang mampu ku sembur sedikit tapi sekurang kurang nya aku mahu menolong mu””.




Dan Kerana ini juga lah Allah telah menganugerahkan kepada lebah apa yang keluar dari mulut nya akan menjadi ubat dan penawar kepada manusia dan seterus nya disebut secara lansung didalam alquran akan madu dari mulut lebah itu.


Burung bulbul (nightingale) juga mahu masuk kedalam api mahu mati bersama Ibrahim tetapi diberitahu bahawa Allah telah selamatkan Nabi Ibrahim didalam nya. Lalu dianugerah kan kepada burung bulbul ini mengetahui 99 nama Allah (ada yang kata 101).


Maka setiap kali burung ini berlagu atau berkecip sebenar nya ia sedang menyebut nama nama itu.Dan bunyi nya begitu syahdu.


Sedang semua binatang cuba membantu memadam kan api, si cicak pula sedang mengipas ekor nya untuk menambahkan  bara api.Maka oleh sebab itu dibolehkan membunuh cicak sehingga kehari ini.


Namrud tidak yakin oleh sebab sudah 3 hari Ibrahim dibakar.Bagaimana pula cara nya untuk melihat kerana api terlalu tinggi.


Harus diketahui Namrud ada membela beberapa ekor burung helang gergasi.Kesemua nya sudah dilapar kan sekian lama.


Maka diikat nya burung helang itu dan di umpan kan makanan dibawah mereka dibuat seperti bakul untuk Namrud masuk kedalam nya lalu seperti helikopter Namrud menaiki nya untuk melihat keadaan Ibrahim.


Alangkah terkejut nya apabila berada diatas dia melihat Ibrahim tidak apa apa malah seperti duduk didalam buaian dalam keadaan sejahtera.


Maka mahu tidak mahu dia membuat keputusan sebaik api padam Ibrahim akan dibebas kan.


Sebelum itu Namrud membuat keputusan supaya rakyat nya tidak meyembah tuhan kepada nabi Ibrahim , maka dia berkata mahu naik terus kelangit dengan burung helang nya bersama sama beberapa wazir dan membunuh tuhan nabi Ibrahim di langit.


Maka dia pun terus keatas.


Beberapa ketika kemudian sebelum dia memanah dia berkata Ya tuhan, usah la kau memalu kan aku dan terus memanah.


Allah menjawap sekelian orang yang berdoa walau pun dari mereka yang tidak mempercayai nya.


Sebaik sahaja Namrud memanah Allah memerintah malaikat mengambil sekor ikan dari laut lalu dan bawa nya ke langit.


Maka ikan pun diletak pada laluan panah Namrud , lalu berdarah lah hujung panah Namrud lalu dia berkata kepada rakyat nya ketika sampai kebumi “Nah aku sudah membunuh tuhan Nabi Ibrahim saksi kan darah ini” kata nya.


Maka si ikan pula berkata “Ya Allah apa kah salah dan dosa ku diperlaku kan begini?’ Lalu Allah berkata kepada ikan “wahai ikan mulai dari saat ini engkau ku halal kan di makan oleh hamba ku tanpa penyembelihan.”Telah ku tebus darah mu wahai ikan” kata Allah pada sang ikan.


Maka sehingga kini ikan tetap halal dimakan walau pun sudah mati ketika keluar dari laut.Itu anugerah Allah kepada jasa si ikan.


Nabi Ibrahim ada lah nabi yang paling kuat bersedekah dan suka memberi makan kepada sesiapa sahaja.Jika tiada siapa hadhir menjadi tamu pada rumah nya dia akan berpuasa,


Rumah nabi Ibrahim ada 4 pintu supaya senang dia melihat dari keempat empat arah akan kedatangan tamu nya.


Maka tersebar keseluruh pelusuk bahawa Ibrahim amat pemurah.


Pada satu hari datang seorang musafir dalam keadaan campeng kerumah Ibrahim setelah mendengar akan kisah pemurah Ibrahim ini.


Maka dia dijemput masuk untuk dihidang kan makanan.Namun setelah Ibrahim mengetahui bahawa dia seorang penyembah api(majusi) maka Ibrahim menghidang kan makanan tetapi enggan makan bersama nya.


Maka lelaki ini pun merajuk lalu beredar pergi,


Malaikat datang kepada nabi Ibrahim dan berkata bahawa Tuhan amat marah kepada beliau kerana layanan nya kepada musafir tu.Tuhan berkata sedang dia mencipta hamba nya dan memberi rezeki tanpa mengira hamba nya itu menyembah kepada nya atau pun tidak, siapa kah Ibrahim untuk menentukan siapa yang patut dan layak diberi makan.


Maka faham lah Ibrahim akan maksud malaikat itu, tanpa berlengah Ibrahim keluar rumah mencari lelaki itu selama 3 hari 3 malam.


Lalu dapat lah dia lelaki itu dan membawa nya pulang kerumah nya dengan mengendong.


Setiba dirumah Ibrahim menghidang kan makanan kepada lelaki itu dan mahu makan bersama nya.lelaki itu pun bertanya”ketika aku mula datang kau enggan makan bersama ku, kenapa kah kali ini kau sanggup mengejar ku dan melayan ku sebegini?’


Ibrahim pun menjawap “tuhan ku memerintah kan aku melalukan sedemikian” lalu lelaki majusi itu berkata “benar kah begitu?” Ibrahim menjawap “benar”.


Lelaki itu pun menangis dan berkata “sedang aku menyembah api berpuluh tahun sehingga kini jika aku menghulur kan tangan ku dia tetap mahu membakar ku, tetapi aku tidak mengenali tuhan mu dan dia telah memerintah kan kepada mu untuk melayan aku sebegini?’


Maka serta merta lah lelaki itu mahu ikut  bersama agama nabi Ibrahim lalu melafazkan “La ila Haillalah Muhamad rasulullah”.


Begitu lah sedikit kisah Nabi Ibrahim antara nabi pemurah.


Apa yang di perintah oleh Allah kepada api sehingga kini berkesan.


Api yang sepatut nya membakar Ibrahim terus mensejahtera kan Ibrahim dan keturunan nya.


Sehingga kini apa bila kita memetik suis api, ia membuka lampu , kipas angin air-cond dan komputer melalui balutan getah supaya kita semua sejahtera.Api begitu akur dengan perintah Allah.


Dan Pada Ibrahim pula dia tersangat pemurah dan memohon kepada Allah untuk memberi kan sesuatu kepada nya supaya dapat disedekah kan kepada seluruh umat manusia.


Lalu malaikat Jibrail datang membawa beberapa titik air kepada nabi Ibrahim dan berkata “Renjis kan air ini dan pegang lah kamu kepada kekuasaan tuhan mu”


Lalu Ibrahim pun merenjis kan nya lalu angin pun menyebar kan titisan air itu. Jika ia jatuh kepada laut maka menjadi lah dia garam didalam laut, jika dia tertetes kepada bumi maka jadi lah dia garam bumi.


Maka itu lah hadiah Nabi Ibrahim kepada kita, Garam. Sesudu garam dengan sesudu emas pasti sama berat timbang nya, walau pun emas sangat berharga , tetapi tanpa garam makanan tidak ada rasa.


Wallahualam.



11 comments:

  1. Replies
    1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

      KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


      KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

      Delete
  2. Salam...
    mohon perbanyakkan cerita mengenai rasul2 dn mukjizat mrk... amat2 rindukan cerita begini... Tmkasih....

    ReplyDelete
  3. mana dapat cerita nie?

    nabi Muhammad ada cerita ke?? hadith sahih dari siapa??

    ReplyDelete
  4. Beberapa kisah dlm kitab kitab kita berunsur israeliyat, baik pengajarannya tp diragui kesahihannya. Mudahnya, jgn dibenarkan tp jgn juga dinafikan.

    ReplyDelete
  5. setahu saya israeliat tidak akan mengagung kan nama Muhamad dan mengucap.

    ReplyDelete
  6. Tak tahu sahih ke Tak..X penah dgr ustaz2 crita pon..Mohon maaf

    ReplyDelete
  7. emm..mintak maaf..tapi cerita ni mcm hikayat2 melayu lama bila baca..dan tidak di sertai dengan sumber..berhati2..jangan bohong dengan nama allah dan rasul nya..dan berhati2 dengan para qusas..wallahualam

    ReplyDelete
  8. Tuan M Hafiz, memanglah ini hikayat nabi-nabi dari kitab-kitab lama. Tentu adalah dongengan dan khayalan, tetapi terdapat banyak pelajaran di dalamnya. Contoh: Bila Nabi Ibrahim membantah bantuan malaikat dan lain-lain makhluk kita memahami sangat keimanan Nabi Ibrahim hanya kepada Allah yang Maha Esa sahaja. Baginda sedar hanya Allah yang Maha Berkuasa segalanya.

    Cuba amati rukun iman dalam Islam yang menyatakan beriman kepada rasul dan nabi, beriman kepada malaikat dan kitab-kitab. Sebaiknya, sebagai contoh: Beriman kepada kitab-kitab Allah bahawa kitab2 itu mengandungi kata-kata Allah memberi amaran dan peringatan kepada manusia. Bukan hanya "beriman kepada kitab-kitab Allah".

    Kesannya kita akan mendewakan kitab, membuat azimat, membentuk darussyifa, menyanjung Quran melebihi kefahaman yang Allah maksudkan..

    MrDn

    ReplyDelete
  9. mengucap sebut nama rasulullah depan nabi ibrahim...nabi ibrahim dgn nabi muhammad siapa dulu?...konpius maaa

    ReplyDelete
  10. Maksudnya sudah di isyaratkan bahwa sebelum nabi muhammad dilahirkan dengan se-izin Allah SWT, nabi yang sebelum nabi muhammad-pun sudah diberitahu oleh Allah bahwa akan ada nabi akhir zaman yaitu nabi muhammad (rasulullah SAW )

    ReplyDelete