Friday 10 January 2014

The Arrival - Ulama Akhir Zaman




Dalam sebuah kitab lama tulisan seorang ahli sufi terkenal kami terbaca ini :-


Sheikh almashaik (guide of the guide) Yahya Muadh Razi (r.a) has said abstain  from the company of 3 categories of people : Heedless Ulama (Ulama al-Ghafillin) flattering dervishes (Fuqar al madahin) and pretentious (ignorant) sufis”


Dari 3 jenis orang yang di sebut ratusan tahun lalu dalam ceramah nya kami berminat dengan yang pertama ia itu Ulama tidak jujur dan tidak betul dengan ilmu nya.


Yang menulis kitab yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris oleh Maulana Wahid Bakhsh Rabbani ini ada lah Syed Ali Uthman alHujweri(alfatihah untuk nya).



 [Ali Hujweri s/o Muhmmad Usman s/o Abul Hasan ali, who was son of Abdur Rehman s/o Shah Shuja s/o Abul Hassan Ali s/o Asghar s/o Daud s/o Imam Hasan who was son of Hazrat Ali-makam nya sentiasa di kunjungi)


Kini apa yang di tulis oleh beliau ratusan tahun lalu menjadi kebenaran.


Di tambah dengan mereka yang “pretentious” berlagak sufi dan zuhud tetapi penuh kejijikan.


Dahulu kala mereka yang mahu menuruti ilmu agama yang lebih dalam dan sulit terpaksa melalui beberapa latihan termasuk memakai pakaian jubah bertempel dan berjahit tetapi bersih.


Tujuan nya supaya sipemakai sentiasa dalam keadaan rendah diri dan membuang sifat raik dan takabbur.


Tetapi itu dulu kala , dan bukan nya zaman ini.


Akibat negara kita Malaysia memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu belajar agama kebebasan belajar maka negara mengeluarkan terlalu ramai lulusan agama.


Akibat lulusan agama terlalu ramai mereka mula mencari tempat dan ruang.


Itu pun kerajaan kita yang amat baik memberi gaji tetap kepada lulusan agama untuk bekerja ,yang mana banyak pekerjaan bergaji tetap untuk orang beragama tidak ada pun dizaman nabi.


Selain itu mereka mendapat tempat tinggal dan quarters.


Ini semua ada lah kebaikan dari uli amri yang mereka keji.


Tetapi benar kah kebaikan itu datang apabila ramai lulusan agama? yang  bersepah dan merata rata dalam negara kita?


Jawapan nya sudah ada di depan mata. Jawapan  nya tidak juga.


Apabila mereka sudah ramai maka perebutan tempat dan mahu menonjolkan diri sesama mereka sudah mula ujud.


Jika mahu berlumba menonjol kan diri sahaja tidak mengapa didalam keadaan sehat, tetapi amat malang apabila mereka menjadi alat pihak musuh dan kafir dan menyerang sesama sendiri.


Mereka kini menjadi liabiliti dan bukan nya asset kepada umat Islam.


Malah kerana mereka lah umat Islam didalam keadaan perlu berkompromi dengan pihak bukan islam .


Oleh sebab label dan logo yang mereka bawa maka sebahagian dari masyarakat yang majoriti nya hanya ada pelajaran asas agama cepat sahaja menjadi lauk dan “mangsa” tipu daya mereka.



Dahulu kala jika umarak mahu dinasihati maka si ulama mencari jalan terhalus dan terbaik, antara nya menarik sisi baju umarak sambil berbisik dan menegur.


Tapi itu dulu, ketika si penasihat tiada kepentingan pada kuasa.Kini mereka juga sebagian dari pihak yang mahu kuasa maka teguran bukan lagi datang dalam bentuk halus, ia datang secara kasar dan membunuh.


Di sebuah negeri di Malaysia apabila ia diperintah oleh orang bergelar ulamak , segala yang tidak baik ujud dalam pemerintahan nya.


Dari membela orang berkalwat sehingga la membela orang meliwat.


Selain itu ulamak itu juga mengujud kan segala bentuk perkara yang rasullulah larang dan agama tegur.


Rasullulah berkata “jika fakir itu manusia sudah pasti aku membunuh nya” ia kerana fakir mendekati kufar.


Tetapi tidak pula dengan kepimpinan ulamak ini Fakir di kata nya takdir.


Bidang dalam bukan keahlian nya diceburi atas nama Islam dan politik tidak boleh di pisah kan.Namun politik nya melebihi agama nya secara melampau.


Amalan assobiyah membela puak sendiri menjadi jadi di bawah kepimpinan nya.


Dari wanita sekedudukan , ustad 3 pagi ,pemimpin bilik 121 dan peliwat bersiri semua nya dibela.


Jika agama menyuruh jauhi maksiat, terbalek pula dengan orang ini ,pelaku maksiat pula menjadi kawan baik nya.


Sesiapa menempelak akan di tanya apa kelulusan sipenempelak atau “aku ulama kau siapa?”


Isu terbaru, hanya satu lontaran batu dari si kaffir laknatullah kepada umat Islam , ia itu Kalimah Allah, maka habis porak peranda semua umat Islam.


Perang mulut pun terjadi sesama mereka yang bergelar ulamak , hanya kerana telah berpihak dari segi politik.


Si kaffir pula senyum tergelak kerana mengambil kesempatan dari kamelut ulamak berpihak.Selain itu si kaffir  mengambil kesempatan dari ketagihan mahu kuasa dan jawatan Perdana Menteri dari orang orang tertentu.


Sedang si kafir menikmati kereta mewah nya si Islam pula berperang sesama sendiri.Selain itu si kafir melahap harta negara dengan projek berbillion ringgit sambil si pandai agama menembak satu sama lain.


Kami pernah terbaca berkenaan ulama Su atau pun al’su.


Amat malang kerana sedikit sahaja  ulama dalam negara mahu bercerita berkenaan ulamak jenis ini, agak nya mereka tidak mahu rakyat tahu siapa itu ulama al’su.Kerana khuatir soalan akan datang dari penonton siapa kah mereka ini, lalu risau bahawa ciri ciri itu ada pada mereka.


Jika dahulu kala ulama itu di sebut sahaja nama nya orang berpusu mahu kan doa nya atau pun mahu kan keberkatan doa nya.Tapi sekarang ini sebut sahaja nama ulama soalan pertama ada lah “dia orang UMNO ke orang PAS?”


Ini kerana ulama berpolitik belebihan terlalu lama dan tak henti henti berpolitik baik atas mimbar mahu pun di mana mana sahaja ada peluang.


Agak nya ramai yang ketinggalan ilmu agama kerana ulama ini tidak ajar agama selain mengajar parti apa harus di undi dan parti apa harus di jauhi.


Dahulu kala seorang ulama itu  terkenal dengan berapa ramai umat kafir yang sudah di islam kan, kini ada yang tekenal kerana sudah berjaya mengkapir kan seramai umat Islam.


Selain itu ada ulama yang terkenal dengan menghabis kan wang dan harta nya untuk membina masjid, tapi di waktu ini yang membina masjid pula yang di hina dan ulama yang mengumpul harta dan ulang alik umrah kerana berlebihan wang pula yang di sanjung selain menambah kan koleksi isteri.


Kita boleh lihat bagaimana seorang pemimpin besar yang di gelar sekular dan konon nya tidak islamik menguna kan kepintaran nya mencipta pelbagai perkara untuk mengujud kan pekerjaan supaya lahir ramai pembayar zakat.


Dan kita boleh lihat bagaimana seorang ulama menjadi pemimpin puluhan tahun berjaya melahir kan penerima zakat dan penerima sumbangan bantuan kebajikan dan ramai penggangur.


Sedang rasullulah berkata tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang di bawah,bermakna pemberi lebih baik dari penerima , si ulama ini pula dengan bangga nya berkata ia semua nya takdir dan ketentuan.


Sedang Allah berfirman tidak akan ubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak mahu ubah kan nasib nya.


Apa yang mahu kami sampai kan di sini ada lah keadaan begitu teruk diwaktu ini kerana ulama bukan lagi tempat pembela agama , malah mereka lah alat kepada musuh agama dengan memberi pelbagai alasan murah dan menjijikan.


Kini musuh sudah tahu , hanya menjerut leher ulama maka dapat lah jerut sebagian dari umat Islam.


Kalimah Allah pula terpaksa di pertahan kan oleh orang biasa dan bukan lulusan agama , jika ada pun ulama yang mempertahan kan nya akan di tempelak dan di cabar oleh ulamak penjual agama ini.

Islam tidak selamat di tangan mereka.


Mereka bangga menyebut mereka tidak melayu tetapi mereka Islam , didalam
waktu sama mereka istihar mereka hanya juang Islam tetapi menyebut nya dalam bahasa Melayu, kerana mereka tiada bahasa Islam.

Bahasa bangsa yang mereka tempelak yang mereka terpaksa guna kan.


Mereka terlupa bangsa di ujud kan oleh Allah dan pertahan kan bangsa yang beragama Islam menjadi wajib asal kan tidak pertahan kan yang melanggari agama.


Fitnah yang keluar dari mimbar sudah kembali kepada mimbar, siapa yang suka keluar kan fitnah tanpa bukti dari mimbar jika bukan puak mereka?


Islam itu tegur menegur, dan mesti ada kelompok yang menegur satu kelompok tidak di sebut yang menegur mesti ulama atau yang di tegur mesti bukan ulama


Jangan pula cepat melatah apabila negara Brunei melaksana hudud setelah sekian lama menjadi pemerintah mutlak, tanpa gangguan jika melaksana kan hudud dari dulu.


Apa yang di surface tidak semesti sama dengan apa yang bergolak di bawah.
Ada perkara yang lebih dasyat yang kita tidak tahu mengenai negara itu.

Kenapa ia di istihar kan tiba tiba, dan mengetahui apa apa yang berkenaan hudud pasti mendapat tepuk tangan dari unsuspecting muslim.

(kenapa ia tersadai walau pun canggih ada alat kesan bawah kapal? kerana tuhan mahu yang bijak berfikir sedar dia menuju ke negara mana dan untuk apa)

http://thechulan.blogspot.com/2013/11/selain-laksana-hudud-brunei-juga.html


Orang Islam cepat terpedaya dengan logo, lambang dan luaran.


Akhir sekali , sudah sampai kah mereka yang di kata kan ulama akhir zaman?

Tanda tanda amat jelas , jawapan ada di tangan kita semua.

12 comments:

  1. terima kasih.. artikel anda memang setepek kat ustaj dan ustajah mee segera... hatta ularmak politik sekali

    ReplyDelete
  2. Bagus artikel ini kerana berkaitan dengan realiti yang terjadi sekarang ini.

    ReplyDelete
  3. Artikel yang sangat menarik bagi orang yang mahu berfikir...kalau tak nak berfikir jadi la macam puak hangguk sahaja... lepas ni kuar la artikel cepat sikit lambat nk tunggu la...dahaga nak baca pasal2 benda ni kalau boleh buat la artikel mengenai sejarah2 dan kisah nabi macam sebelum ni

    ReplyDelete
  4. Entri terbaik...

    ReplyDelete
  5. tambah koleksi istri ea haha UAI la tu, sunnah katenye kuang kuang

    ReplyDelete
  6. Mohon maaf. Sambil saya membaca dan menganalisa pandangan [Penulis], "seakan2" [Penulis] kurang membaca kepelbagaian pendapat selain drp penulis/pemikir2 dari golongan yg [Penulis] sokong. "Seakan2" spt [Penulis] kurang membaca pendapat oleh penulis/pemikir2 golongan yg [Penulis] tentang atau penulis/pemikir2 berkecuali...

    Pada pandangan saya, jika [Penulis] tiada kelapangan untuk membaca tulisan pihak tersebut, [Penulis] boleh lah terus bersemuka dgn salah seorang dari mereka, spt Dr MAZA.
    Saya yakin, [Penulis] akan dpt peluang berbicara secara ilmiah dgn beliau. Moga Allah berkati usaha itu.

    ReplyDelete
  7. Penulis cube menjadi pengadil di tgh 2 pihak tp penulis lbh cenderung kpda sblh pihak.. Apa yg penulis boleh buat untuk mensyumulkn islam di negara malaysia? Boleh kah penulis zuhud spt ulama yg penulis burukkn dgn menolak segala keistimewaan yg disediakn untuk penulis? Sggupkah penulis habiskn saki baki usia penulis bejuang demi agama tanpa mngambil sedikit pn faedah dr titik peluh penulis? Berhentilah penulis

    ReplyDelete
  8. Setuju dgn artikel ni...Mereka yg digelar pejuang agama ni hanya berdegar-degar kononnya memperjuangkan agama padahal hanya kata2 provokasi yang x dtgkan ape2 hasil pun cnth hudud. Alasannya dituding ke pihak lain. Tapi pihak yang kononnya zalim dlm senyap2 menegakkan Islam tanpa kita sedari.

    ReplyDelete
  9. Kita perlu penjelasan macam ni.lagi banyak lagi bagus

    ReplyDelete
  10. Banyak yg jelas ... tp kena scroll banyak! Orang Islam ramai engkar kepada Allah ... Sudah jelas ayat Quran tidak boleh dilagukan ... mereka tetap melagukan. Guna hadis manusia mempertahankan. Muslim melebihkan hadis dpd Quran. Islam melebihkan nabi dpd Allah.

    Menghantar anak belajar Islam ke negara yang kian hancur seperti Mesir dan negara Arab yang lain. Ikut budaya Arab yang gemar memusnahkan kejadian dan ciptaan Allah. Melayu Islam memang buta mata, hati dan akal ///

    ReplyDelete