Friday 14 February 2014

Nama 2 Tentera Indonesia Cetus Ketegangan Singapura & Indonesia


2 nama yang sudah meninggal dunia berpuluh tahun lalu tetap menghantui Singapura.


Usman bin Haji Mohamad Ali dan Harun Bin Saat sudah lama meninggal tetapi nama mereka tetap mahu diabadikan pada sebuah kapal perang  Frigate Tentera Nasional Republik Indonesia sebagai “KRI Usman Harun 359”namun mendapat bantahan dari Republik Singapura.


Indonesia pula nampak nya teguh dengan pendirian, mungkin kerana Indonesia tidak ditimpa nasib seperti Malaysia.Tiada talibarut Singapura di Indonesia.
Di Malaysia , tentunya  talibarut seperti DAP, PKR atau pun PAS pasti dengan tabii mereka mahu ambil hati orang Cina , akan membantu kehendak jiran  akan muncul dengan pelbagai alasan untuk membangkang perkara ini dari berjaya di laksana kan.
Kini ketegangan sudah pun ujud tetapi menurut kata Ketua Tentera Indonesia Gen Moeldoko “ini hanya perkara enteng dan hubungan dengan Singapura akan tetap seperti biasa" kata nya.
Tetapi Nampak nya pada Singapura pula ia tidak kelihatan begitu dan dari laporan Jakarta Post bertajuk “Row with Singapore Escalates as TNI Chief Defends Usman and Harun”.


Indonesia melalui Gen Moeldako tidak dapat menrima kenyataan Sgt Usman dan Cpl Harun Said di anggap teroris oleh Singapura sedang mereka ada lah marin dan pelaku untuk Negara, kata Gen Moeldako.
Mari kita imbas kembali apa yang sudah di buat oleh kedua insan ini yang menyebab kan Singapura membantah penamaan kapal frigate Indonesia kepada 2 orang ini penerima Bintang Sakti Indonesia ini.
Pada tahun 1965 10 hb March kedua marin ini dalam operasi diberi nama “Kommando Operasi Tertinggi” dengan arahan mengebom mana mana station kuasa atau pun apa apa bangunan. Dan mereka ini memilih Macdonald House dan meletak sebuah bag “Malaysian Airways” maka terletup la bangunan itu mengakibatkan kematian dan kecederaan.
Mereka menaiki bas dan lari dari tempat kejadian tetapi dapat dikenal pasti oleh pemandu bas dalam sesi kawat cam.
Walaupun mereka mahu didakwa dibawah Geneva Convention tetapi mahkamah mendapati mereka tidak berpakaaian tentera ketika di tangkap dan pelbagai alasan lain.
Mereka telah di executed pada tahun 1968 di Singapura.Begitu ringkasan kisah nya walau pun blog ini ada kisah secara detail tetapi mahu memudahkan.
Dalam tindakan terbaru Singapura menarik semula jemputan airshow yang bakal di adakan di Changi kepada Indonesia kerana hal ini.
Begitu lah kisah tentera Indonesia ini di mana seorang berasal dari tanah Jawa dan seorang dari tanah Bawean yang pada pandangan Indonesia ada lah hero tetapi pada Singapura ada lah Villian atau pun teroris.
Kita saksi kan lanjutan hal ini dan jika ada perkembangan baru akan kita kabarkan di blog ini.

14 comments:

  1. nasib baik ditangkap.. kalau tidak tentu Malaysia yg dituduh.. bacul punya indon

    ReplyDelete
  2. Allah swt melindungi msia bro.

    ReplyDelete
  3. Bro waktu dorang bom, Singapore dan malaysia belum berpisah. Indon antar commando pasal tak puas hati dengan malaysia. Sarawak dan sabah dah jatuh kat tangan malaysia. So dorang aim Singapore yang ketika itu adalah sebahagian dari Malaysia.

    ReplyDelete
  4. mane link kisah full 2 tentera tu??

    ReplyDelete
  5. Bingai punya spore, kira kes ganyang msia bukan ganyang spore. Patutnya msia masih marah tp lain pulak. Saja nak cari perang almaklumlah armada US ada 60% kekuatannya dirantau asia pacific

    ReplyDelete
  6. Kalau betul betul Malaysia patut marah. Tetapi disebabkan MY dah terpisah dengan SG so MY pedulik apakan. Walau macam maner pun TNI memang bangang.

    ReplyDelete
  7. Xde links ke tentang peristiwa pengeboman tu?

    ReplyDelete
  8. Dorang x lpas lari sebab enjin bot rosak kat laut

    ReplyDelete
  9. bodoh punya indon...puuiiiii

    ReplyDelete
  10. malon.,maid of london,muslim country slave western..

    ReplyDelete
  11. us.m.news.viva.co.id/news/read/480114-kisah-heroik-usman-dan-harun

    ReplyDelete
  12. Link Full KKO ( Korps Komando Operation ) Usman & Harun

    us.m.news.viva.co.id/news/read/480114-kisah-heroik-usman-dan-harun

    ReplyDelete
  13. apakah anda pemerhati tentera???, jika anda pemerhati tentera cuba bandingkan kehebatan dn prestasi tentera malaysia vs tentera indonesia???, bercakaplah yg sebenarnya jgn byk bicara kyk anak kecil!!!

    ReplyDelete
  14. Hanya 2 jam singapore bisa tenggelam ke dasar selat malaka jika berperang dengan indonesia, dan maling yg Rakyat hanya 30juta mau lawan rakyat 260juta ? Tak perlu semua rakyat indonesia ikot berperang, cukup seluruh orang jakarta saja lawan maling, musnah semua negara yg di kuasai cina dan india ini.

    ReplyDelete