Huru hara nampak nya satu negeri , boleh dikata kan sampai nun duduk hujung semenanjung pun atau sampai Borneo pun terganggu.
Yang di Borneo terganggu sebab yang membuat kalam kabut Di Selangor ini ada lah juga yang sedang buat kerja mengapikan disana.
Ia lah mana boleh perintah negara kalau 2 negeri ni asik kasi undi kepada BN.
Ada orang kata baik perintah negeri Selangor sepenggal dari perintah negeri Kelantan 100 penggal .
Kalau perintah negeri Selangor boleh buat macam macam kerja sebab banyak duit, kalau perintah negeri Kelantan boleh buat ceramah hari hari sebab tak ada duit nak kasi, maka kasi ceramah saje yang mampu.
Orang yang diceramah tu pun esok belum tentu ada , mana tau abang adik yang kerja di KL dapat lubang melalui network “ore kito”.
Kamelut negeri Selangor menunjuk kan siapa itu Anwar dan apa itu PKR.
Selain itu ia juga menunjukan apa jadi dengan PAS. The biggest casualty.
Orang lain dapat jadi MB , PAS hanya mampu jadi labu labi.
Sebelum Azmin naik jadi MB, PAS gaduh siang malam sama sendiri. Londeh melondeh.
Sekarang satu dunia tahu PAS amal sumpah Baiah. ia amalan dalam PAS. Ok juga jika dulu PAS tak hina sumpah Laknat.
Tapi dulu PAS jahil, orang nak buktikan pemimpin itu kaki meliwat , PAS ejek, bukan nya nak kebenaran , tapi orang yang di tuduh itu duduk dalam satu pakatan , itu sahaja sebab nya PAS membela.
Nah Presiden PAS umum ada malaun 1barua dan 1 broker, dan kedua nya langgar sumpah yang menyebut nama Allah kerana lebih akur kepada surat akujanji SD.
Nak buat macam mana sekular hidup nya sekular juga, memang dari dulu pun mereka sekular yang pakai kulit Islam, sama macam PAS juga.
Dalam PAS semua ada , Syiah, orang sekular, liberal malah agak nya paderi yang sembunyi pendirian pun ada sebab pantang usik Kristian dia lah dulu melalak macam “dog”.
Kalau Islam yang di ganggu dia slow sikit. Ia lah nak buat macam mana hidup atas undi orang kapir kena lah jaga tuan kapir nya.
Kini orang yang paling bersih antara yang kotor sudah jadi MB. Syabas.
Jika keluar itu ini berkenaan nya tentu ramai pembela akan berkata “itu dosa lama buat apa ungkit. Atau pun ala semua orang pun buat silap , sekrang dia dah berubah.
Cuma kalau dengan UMNO yang pernah buat silap sahaja lagu mereka lain sikit , tiada maaf dan tiada istilah mungkin sudah bertukar. Sekali salah selama nya salah.
Ada orang kata ini semua wayang, ada yang kata DAP kena tipu, ada yang kata ini mainan Anwar, apa pun PAS tidak kena main , sebab PAS tidak perlu di main kan.
Mana mungkin “hamba” perlu di main kan. Parti Hamba hanya perlu di suruh arah itu ini sahaja. Bakul sampah kerja nya kutip sampah sahaja.
Cuma dengan orang Islam dan melayu sahaja dia garang, sesama Pakatan dia taraf hamba sahaja.
Ahli sendiri pun jadi kan pemimpin parti komponen lain sebagai ketua, apa punya maruah daaa.Presiden sendiri kalah dengan kehendak orang luar.
Mungkin ini bala kepada PAS yang selama ini suka bohong rakyat dengan cerita agama. Tetapi bila buat tindakan utama kan untung rugi politik dari kepentingan agama.
Parti yang percaya manusia boleh membantu nya dan bukan nya Allah.
Akhir nya pecah 3. 1 ikut Presiden dan Ulama, 1 ikut Anwar sekular dan satu ikut Mat Sabu al taqiyyah yang bertuan kan DAP.
Apa kesudahan nya selepas Azmin dilantik? tiada kesudahan, ada musuh nya dalam parti, ada musuh nya dalam komponen.
Ada desakkan suruh tutup kedai mesin , rumah urut dan kilang arak.
Hendak buat takut kena maki dengan kawan komponen, tidak buat rakyat memerhatikan pula.
Ini semua akhir nya sandiwara datang dari orang yang cuba elak dari masuk penjara.
Orang yang berkata orang bodoh sahaja sokong UMNO tentu sekarang mencari alasan untuk menafikan diri sendiri pun bodoh kerana menyokong anti Islam, sokong lbgt, sokong maksiat dan judi DAP.
Akhir kata rakyat tersepit akibat kerja bodoh pemimpin,
Itu sebab ditanam awal awal sipat kebencian. Supaya membenci tanpa fikir.
Jadi bila benda sebegini berlaku , kebencian lah yang membela, kerana terlalu benci , maka tidak lagi dapat berfikir. Salah betul tolak tepi, yang confirm sudah sokong yang salah, maka kena lah mati mati cari sebab musabab menyokong nya.
Hanya jawatan Mb sesama sendiri , hanya 1 negeri , tapi hampir setahun. Rugi rakyat tak dapat di layan atas sebab kena melayan pemimpin bernafsu, tapi tetap tak di anggap kerja bodoh sebab dia dari Pakatan Rakyat, kalau dia dari Bn atau UMNO, siap lah lain cerita nya, baru lah tahu eja apa nepotisma apa kronisma.
Mohon SPRM buka siasatan perolehan harta dan saham Azmin yang dulu diperapkan oleh KP BPR.
ReplyDelete