Seluruh Negara Australia pernah kecoh satu waktu dulu sekitar tahun 1983/1986.
Apa tidak nya , 2 rakyat mereka bakal ke tali gantung kerana memilki heroin.
Ketika itu akta dadah itu baru sahaja dilaksana kan.
Pelbagai cara diguna kan oleh negara Australia termasuk lah individu mereka menggunakan pelbagai pengaruh untuk menekan kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Mahathir Bin Muhamad untuk masuk campur didalam kes berkenaan.
Bak kata bahasa Inggeris “Mahathir Government wont budge”.
Brian Geoffery Chambers dan Kevin John Barlow di tahan pada bulan November 1983 di Bayan Lepas International Airport dan hukuman untuk ke tali gantung di buat setelah mahkamah mendapati mereka bersalah.
Jika ita melayari Wikipedia kita boleh dapat sedikit maklumat seperti ini-
They were imprisoned in Penang Prison for all of 1984 and most of 1985. The prison was overcrowded. Barlow and Chambers were locked in a two by three-metre square cell together with up to three other prisoners for 22 hours a day, with an exercise period being allowed only if all cellmates had behaved that day. Chambers was well liked in prison; however, Barlow had trouble adjusting, and was described as being a "lunatic" and "cracking up".[14]
Barlow attempted to excuse his actions by claiming that he had been forced to take the trip and his girlfriend threatened to leave him if he refused.
Walaupun pelbagai rayuan dibuat namun kedudukan nya tetap sama.
Kes kedua warga Australia ini mendapat perhatian seluruh dunia, sehingga lah kepada kerajaan Brittain.
Keluarga kedua pesalah turut membabitkan Perdana Menteri UK dan juga kerajaan nya.
Barlow's family made appeals to UK Prime Minister Margaret Thatcher to make a protest about the impending execution, and an appeal for clemency to the Malaysian government from Australian politician Bill Hayden was made.[2]The executions caused public outcry and strained political relations between Australia and Malaysia at the time.
Namun kerajaan di pimpin oleh (Tun) Mahathir tidak berganjak dan stood his ground. Salah tetap salah.
Agak nya ini sebab nya hubungan Malaysia bersama Brittain bertambah tegang kerana walaupun Australia memohon campurtangan Brittain yang mereka sangka boleh “pressure” kerajaan Malaysia namun gagal.
Agak nya juga atas sebab ini Perdana Menteri Australia yang selepas Hayden mula merasakan (Tun) Mahathir seorang yang keras kepala walaupun dalam isu lain ia itu tidak mahu menghadiri persidangan Commonwealth.
(Tun) Mahathir di gelar “Recalcitrant” - kepala batu , keras kepala oleh PM Australia Paul Keating.
Ini ada lah salah satu gelaran kepada (Tun) Mahathir selain panggilan “anti-semite”.
Gelaran ekslusif kepada mereka yang benar didapati membenci Israel dan zionisma.
Berbalek ke pada tajuk di atas , walau pun pelbagai tekanan dan rayuan di buat , Kerajaan Malaysia tetap meneruskan hukuman gantung kepada kedua warga Australia tanpa ambil endah kepada pressure dan kritikan.
Pendirian kerajaan Malaysia pesalah tidak di lihat dari negara mana atau latar belakang apa selain kesalahan yang di lakukan.
Kini kerajaan Malaysia menerima tekanan yang sama akibat seorang peliwat yang enggan menerima hukuman dan menggunakan pengaruh politik nya untuk membebaskan diri.
Kerajaan DS Najib juga enggan melayani karenah ini kerana jika mencampuri urusan kehakiman dan cuba membebaskan Anwar Ibrahim, maka selama lama nya akan di tuduh ada kuasa pengaruhi keputusan mahkamah.
2 kali kerajaan Malaysia akan tewas, sekali bila tunduk pada tekanan, dan kali kedua kerana akan di tuduh ada kuasa campur tangan dan memang boleh campur tangan.
Itu lah perangkap yang cuba di gunakan.
Jadi lah seperti kerajaan diwaktu Zaman Tun Mahathir kerana tidak tunduk kepada sesiapa pun.
Ketika Australia mahu melaksana kan apa yang mereka panggil sebagai tindakan “pre-empt” kepada mana mana negara yang mereka syaki ada melindungi pengganas sama seperti tindakan Amerika, kerajaan Tun Mahathir menjawap dengan nada sini “ they will get a bloody nose”
Begitu lah kisah 2 warga Australia yang menyebabkan keteganggan 3 negara , dan itu juga lah kisah seorang pemimpin Malaysia di waktu itu, tidak tunduk kepada tekanan dan tidak endah pada ugutan.
Seseorang tidak akan di sanjungi atau dipandang tinggi Seperti Tun Mahathir jika bukan kerana perkara perkara seperti ini.
Hanya mereka yang baru naik dan baru hidup sehari 2 sahaja yang tidak tahu apa apa tapi menyibuk nya lebih.
Ya, tepat sekali. Tun M buktikan negara yang dipimpinnya ada maruah dan benar-benar merdeka. Dia negarawan ulung.
ReplyDeletezaman mahathir masih ada ISA, pembangkang tak boleh ganggu sgt kerja kerajaan dan tin dakan kerajaan
ReplyDelete