Tuesday 7 March 2017

Tentera Amerika Dan Britain Berkumpul Di Sempadan Russia , Akibatkan Keadaan Tegang


Hampir sejumlah 8,000 tentera NATO yang terdiri dari kalangan pasukan Marin dari Amerika dan dan tentera Brittain telah mula berkumpul di Norway yang bersempadan dengan negara Russia.
Mereka berkumpul dalam satu latihan yang di nama kan Latihan Joint Viking yang bertujuan memahirkan tentera masing masing dengan perang dalam salju.

Hal ini telah menyebabkan ketegangan negara Russia dengan negara terbabit. Latihan ini juga bertujuan merancang bagaimana negara Norway boleh di selamatkan jika di serang oleh Russia.
Latihan dijangka mengambil masa 10 hari keseluruhan nya dengan menggunakan  pelbagai aset yang di kira sesuai untuk perang dalam bentuk terrain sebegini.

Selain itu ia juga membabitkan pesawat jet pejuang , helikopter , kenderaan salji dan juga drone.
Kawasan seluas 80 batu per segi telah di gunakan termasuk lereng bukit, tanah rata dan kawasa hutan.

Kerajaan Norway telah memberi amaran kepada rakyat nya untuk tidak berada di kawasan yang di designated kan sebagai kawasan perang.

Walaupun kerajaan Russia telah dimaklum kan oleh kerajaan Norway namun pihak Russia tetap mengangap nya sebagai satu ancaman dan cubaan menyerang nya dimasa hadapan.




No comments:

Post a Comment