Monday 11 October 2021

Menyiasat Tommy Dan Buka Semula kes kes PH Mampu Pulihkan Imej Perundangan Negara

 


Oleh : Sirajuddin Ahmad

Ramai rakyat begitu teruja , terutamanya ahli UMNO sebaik sahaja kabinet Ismail Sabri mengumumkan akan menyiasat bekas Peguam Negara dan seterusnya mencungkil “validity” kes kes yang digugurkan sewenang wenangnya  oleh Tommy Thomas tanpa melalui perbicaraan.

Antara lain yang bakal dibuka siasatan adalah kes pulau Pedra Branca (Pulau Batu Putih) dan juga kes pembunuhan Arwah Adib.

Apa yang menarik tentang siasatan berkaitan bekas AG yang bakal dibuka walaupun pemulanya adalah “Task Force” dan bukan terus kepada RCI, sekurang kurangnya ia memberi persepsi bahawa kerajaan Pakatan Harapan dibawah Tun Mahathir selama 22 bulan banyak berlaku rasuah tetapi telah digugurkan dan dipendam.

Selain itu siasatan dapat seimbangkan pandangan bahawa Pakatan Harapan juga kuat melakukan rasuah dan cuma terlepas dari didakwa sahaja.

Selanjut disini :-Menyiasat Tommy Dan Buka Semula kes kes PH Mampu Pulihkan Imej Perundangan Negara — My NEWS ONLINE (my-news.online)

No comments:

Post a Comment