Mengapa diam?
Begitulah pertanyaan dari Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia RS Thanenthiran kepada kerajaan berkaitan kes Hakim Nazlan Ghazli yang sudah pun selesai disiasat oleh kedua PDRM dan SPRM.
RST menyuarakan pertanyaan sebagai hak seorang rakyat negara ini untuk mengetahui isu keadilan yang berlaku dalam negara melalui laman Facebook nya.
Nantikan Pelan B yang akan menyusul yang hendak dilaksanakan UMNO nnti..!!?
ReplyDeleteSumber memberitahu, Pelan B yang dimaksudknya sangat berisiko besar dan boleh menyebabkan situasi politik negara bergolak semula kerana ia melibatkan sokongan parti itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pelan B tersebut kepada umum kerana menyifatkan ia sebagai strategi parti yang perlu dirahsiakan, bagaimanapun beberapa pemimpin melihat langkah menarik sokongan hanya satu-satunya jalan untuk memaksa RoS mengikut telunjuk UMNO.
“Pelan B itu adalah menarik sokongan terhadap Ismail Sabri lah, apa lagi… Sebab itu UMNO tidak mahu mendedahkan kerana rancangan itu sangat ekstrem dan boleh menyebabkan perpecahan dalaman parti lebih teruk,” kata sumber.
Menurut sumber, senario sama sebelum ini pernah berlaku di Melaka sehingga menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diadakan dan disebabkan itu UMNO berani untuk mengambil langkah sama semasa seperti yang berlaku di Melaka.
“Di Melaka kerajaan negeri dijatuhkan sendiri oleh UMNO, tapi akhirnya bila diadakan PRN nampaknya UMNO semakin kuat.
“Langkah sama boleh berlaku di pusat dengan harapan UMNO akan menang besar seperti di Melaka nanti,” kata sumber.
Untuk rekod sebelum ini UMNO bersedia untuk menjalankan perancangan lain sekiranya tidak mahu mengikut arahan RoS supaya menjalankan pemilihan parti.
KHALAS