Tuesday 1 August 2023

Di Mekah pun Haji Hadi sanggup menipu , kata Zahid

 


Semakin hangat dirasai apabila PRN Enam negeri semakin hampir.

Semua pihak mahu menonjolkan kesilapan dan kesalahan pihak lawan.

Dalam hal ini, UMNO ada kelebihan kerana kesemua keburukan dan kesalahan UMNO sudah pun menjadi pengetahuan umum dan, tiada benda baru yang pihak lawan dapat dedahkan.

Sebalik nya pendedahan  demi pendedahan baru berkenaan kepimpinan PAS pula yang terdedah dan terlondeh.

dI SINI :-Di Mekah pun Haji Hadi sanggup menipu , kata Zahid - My TV ONLINE (my-tv.online)

5 comments:

  1. Penipu tegar sijebuk wakpono ngapusi opo yo iki dino?
    sopo ek gelem cancoyo karo wak pono?
    dino2 ora ono kerjo yach? ngapusi ngapusi ngapusi...

    ReplyDelete
  2. Mudah2an semua calon umno dalam prn enam negeri ini kalah semuanya.
    Amin.

    ReplyDelete
  3. "DS Dr Ahmad Zahid tidak pernah berkata "no anwar no dap" dalam perhimpunan agong UMNO, jadi tidak timbul yang dia menipu", kata peminat setia DS Dr A. Zahid.
    Tambah dia lagi bahwa pada PAU tersebut seluruh perwakilan telah mendesak supaya UMNO bekerjasama dengan DAP dan Anwar, jadi oleh itu maka DS Zahid pun bekerjasamalah dengan DAP dan Anwar." ujar jurukempen PRN UMNO itu lagi.


    ................
    Entahlah.. aku pun tak tahu,


    Copy & Paste
    _____________

    hmmm..

    ReplyDelete
  4. APA YANG RAKYAT DAPAT SELEPAS NAJIB DIJATUHKAN?

    a) Prestasi ekonomi menjadi lebih baik?
    Tidak! Lima tahun terkini jauh lebih melingkup berbanding prestasi ekonomi 9 tahun di bawah Najib.

    b) Pasaran saham menjadi lebih teguh?
    Tidak! Pasaran saham kita tidak pernah memulih ke paras tertinggi dalam sejarah yang dicatat sebelum PRU14. Malah, bursa kita adalah merupakan antara pasaran saham paling teruk di dunia sepanjang tempoh 5 tahun terakhir ini.

    c) Nilai mata wang kita lebih mengukuh?
    Tidak! Mata wang kita juga tidak pernah pulih ke paras seperti sebelum PRU14. Pada masa kini, nilai Ringgit adalah kira-kira 70sen lebih rendah berbanding USD (RM4.55 vs RM3.83 dan 46 sen lebih rendah berbanding Dolar Singapura (RM3.38 vs RM2.92)

    d) Dividen KWSP, TH, ASB, LTAT jadi lebih tinggi?
    TIDAK jugak! Purata dividen untuk dana-dana ini sejak 5 tahun lepas adalah jauh lebih rendah berbanding 9 tahun di bawah Najib. Malah, TH, ASB dan LTAT telah mencatatkan dividen terendah dalam sejarah untuk 5 tahun berturut-turut.

    e) Kurangkan defisit bajet kerajaan?
    Tidak! Defisit berkurangan selama 9 tahun berturut-turut di bawah Najib sebelum meningkat semula sejurus selepas PRU14 dan kini adalah 3 kali lebih tinggi untuk tahun ini berbanding 2017.

    f) Hutang negara yang lebih rendah?
    Tidak! Hutang negara sebenarnya semakin bertambah dan menjadi dua kali ganda dalam tempoh 5 tahun lepas (RM392.8b) berbanding 9 tahun Najib.(RM380.4b). Tetapi kerana ekonomi kita berkembang perlahan macam siput babi dalam tempoh 5 tahun terakhir ini, nisbah hutang kepada KDNK telah melonjak dengan ketara dari 50% kepada 64% dan kita terpaksa menaikkan nilai siling hutang negara sebanyak dua kali di parlimen.

    g) Inflasi menjadi lebih rendah?
    Tidak! Inflasi tahun lepas - terutamanya inflasi makanan telah melambung tinggi walaupun tanpa GST.

    h) Penjanaan Aset dan kekayaan negara yang lebih pantas?
    Tidak, aset bersih Petronas meningkat RM188.1b, Khazanah meningkat RM84b, KWAN meningkat RM11.4b dan KWAP meningkat RM88.8b selama 9 tahun di bawah Najib. Berbanding Petronas berkembang hanya RM11.8b, Khazanah merosot RM35b, KWAN meningkat ciput sebanyak RM0.15b manakala KWAP berkembang pada kadar lebih perlahan RM34.3b dalam tempoh 5 tahun selepas Najib dijatuhkan.

    i) Bantuan tunai yang lebih tinggi untuk golongan miskin?
    Tidak! BR1M zaman Najib yang bernilai RM2,000 pada 2018 (bagi mereka dalam kategori pendapatan RM3k) adalah dua kali ganda lebih banyak dari STR hari ini yang memberi bantuan sekitar RM500 (tiada anak) hingga RM1,250 (5 orang anak dan ke atas).

    j) Tiada lagi lebuh raya bertol?
    Tidak! Najib telah memansuhkan 10 tol semasa beliau berkuasa, memiliknegarakan PLUS di bawah Khazanah/KWSP dan meninggalkan dua legasi lebuh raya utama bebas tol iaitu Lebuhraya Pan Borneo dan lebuh raya CSR. Tetapi dalam tempoh 5 tahun yang terakhir ini, konsesi tol PLUS dan jambatan Pulau Pinang kita telah dilanjutkan selama 20 tahun (dari 2038 hingga 2058) sebagai balasan untuk diskaun ciput 18% manakala tempoh konsesi lebuh raya Karak/Lebuhraya Pantai Timur kita telah dilanjutkan secara mendadak selama 37 tahun dari 2032 ke tahun 2069!

    k) Hubungan antarabangsa menjadi lebih baik?
    Tidak! Hubungan antarabangsa negara kita berada di kemuncak selama 9 tahun Najib berkuasa yang mana presiden AS mengunjungi Malaysia (dua kali), presiden China mengunjungi Malaysia (dua kali) dan Raja Saudi mengunjungi Malaysia.

    Sambung sini siall

    ReplyDelete
  5. sini siall

    Hari ini ia jauh lebih teruk dan tiada sebarang lawatan oleh mana-mana pemimpin dunia yang penting dalam tempoh 5 tahun ini.

    l) Prestasi sukan lebih baik?
    Tidak! Malaysia telah mencatat prestasi terburuk dalam sejarah sukan SEA sebanyak DUA KALI berturut-turut dalam temasya Sukan Sea 2021 dan 2023.

    Dan ini adalah soalan khusus untuk golongan bukan Melayu yang bantah Najib pada PRU13 dan PRU14 atas hasutan berbentuk perkauman:

    Setelah dua kali Ubah, apa yang kamu sudah dapat?

    1. Sudah bolehkan anda semua melabur dalam ASB?

    2. Adakah anda mendapat kerajaan yang mengiktiraf UEC?

    3. Adakah anda berjaya menggunakan Kalimah Allah?

    4. Adakah anda berjaya memansuhkan kuota bumiputra untuk perniagaan dan diskaun bumiputra untuk membeli rumah?

    5. Adakah anda berjaya mendapat sebarang kenaikan kuota bukan Melayu untuk ke IPTA?

    6. Adakah anda berjaya mendapat sekolah menengah Cina yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan?

    7. Adakah anda dapat suasana kurang retorik kaum/agama, konflik dan kurang politiking perkauman?

    Jadi, apa yang anda semua dapat setelah dua kali Ubah?

    Lima tahun bukan satu tempoh yang singkat. Jadi,apa yang kawan-kawan dapat dalam tempoh masa 5 tahun lalu itu?

    ReplyDelete