Wednesday 22 May 2013

“Tuan Ni Tak Abis Abis Dengan Hak Melayu" - Story From Prof Malik Munip




Di satu Kelas Seorang pensyarah sedang bersungguh sungguh memberi hujah berkenaan melayu dan hak hak melayu kepada sekumpulan pelajar universiti. Kata nya “kita sebagai melayu hendak lah sentiasa mempertahan kan hak kita.di bumi malaysia ini sebagai tanah melayu, kita harus jaga dan pertahan kan kedaulatan nya sambil memperjuang kan hak kita” dan dia mahu menerus kan hujah nya, tiba tiba seorang murid mengangkat tangan dan mahu bercakap lalu di beri izin oleh sang pensyarah untuk bertanya.

Maka pelajar itu pun berkata “tuan pensyarah ini asik asik hak melayu melayu , asik asik hak melayu kita islam la , mana ada melayu melayu ni, semua hak allah mana ada hak melayu. Bumi negara ini semua hak allah tak ada hak melayu melayu semua hak allah “Lalu pelajar itu pun duduk.

Seluruh kelas terdiam sejenak ,mata memandang satu sama lain dan kemudian nya semua mata tertumpu kepada sang pensyarah apa kah yang akan di jawap oleh si pensyarah ini kepada pelajar yang bertanya?. Pelajar yang pasti nya sudah di “brainwash” oleh para lebai nya kelihatan agak bangga dapat memerangkap sang pensyarah .”Melayu melayu ni semua permainan UMNO, padan muka tak dapat jawap” mungkin itu lah yang di kata nya dalam hati.

Beberapa ketika kemudian sang pensyarah bertanya “kamu berasal dari mana?” ,”saya dari Trengganu” jawap pelajar. ”siapa yang ada di trengganu sana? Tanya nya lagi. ‘ayah dan ibu saya lah siapa lagi”. Terus pensyarah tanya lagi “mereka tinggal di rumah siapa?” “rumah ayah saya lah” jawap pelajar dengan selamba. Pensyarah kemudian berkata “baik lah pelajar semua esok kita akan ke rumah nya di Trengganu dan kita ambil rumah ayah nya untuk kita jadi kan kelas kita” kata Pensyarah. Pelajar itu bangun dan menjawap “mana boleh rumah itu ayah saya yang punya ” pelanduk sudah masuk perangkap , Lantas sang pensyarah menjawap “ eh tadi awak kata semua hak Allah macam mana boleh jadi hak ayah awak?’ lalu terdiam lah pelajar itu.Pelajar yang lain semua ketawa.


Maka sang lecturer terus berhujah “walau pun semua benda hak dan milik Allah tetapi Allah telah mengamanah kan kepada kita untuk menjaga nya, misal nya tanah melayu ini kita lah pemegang amanah nya (sambil jeling kepada pelajar tadi ) dan rumah ayah nya itu , ayah nya lah yang menjaga nya walau pun semua milik Allah.Masing masing telah di beri amanah untuk menjaga bahagian nya”. Dan kelas pun di terus kan.

4 comments: