Friday 21 June 2013

Nuh A.s - Kisah Dari Kitab (4)



Maka belayarlah bahtera nabi Nuh A.s sekian lama menunggu air yang turun dari  langit dan air keluar dari bumi itu reda dan surut.Oleh sebab agak lama juga  berada didalam bahtera maka kesemua makhluk yang berada didalam bahtera mula resah dan gelisah serta mula berasa tidak selesa.Apa yang Nuh mampu lakukan hanya lah menyuruh mereka berdoa dan bersabar.

Oleh sebab tinggal didalam bahtera begitu lama maka sudah mula lah bau yang amat busuk mula keluar dari tingkat bawah dimana binatang binatang menjalar dan berkaki ditempatkan.Bau busuk ini naik ketinggkat atas di mana sekian manusia ditempat kan.Mereka mula mengadu kepada Nabi Nuh akan bau ini.

Apa pula yang patut dilakukan oleh nabi Allah ini? Maka dia pun mengadu kepada Jibril, lalu Jibril mendapat arahan dari Allah menyuruh Nuh mengusak dan geletik belakang gajah lalu gajah ini pun terasa semacam geli lalu mengangkat belalai nya lalu bersin, maka dari bersin itu terkeluar lah se ekor babi , lalu babi ini pula tanpa disuruh terus memakan semua najis dan kotoran yang ada didalam bahtera nabi Nuh itu.
Tetapi perbuatan Nuh mengosok belakang gajah ini di[perhatikan oleh Iblis lalu dia pun meniru Nuh dengan mengosok belakang babi itu, lalu babi juga bersin dan  terhasil keluar pula tikus dari mulut sang babi tadi.

Maka berkeliaran lah pula tikus ini dengan banyak nya dalam bahtera Nuh.Selain berkeliaran mereka juga membiak dengan banyak nya.Oleh sebab terlalu banyak nya tikus ini maka mereka kekurangan bahan untuk dimakan dan di gigit, lalu tikus tikus ini mula lah menggigit kayu papan bahtera Nuh. Atas perbuatan tikus ini manusia dialam bahtera Nuh mula mengadu kepada Nuh perbuatan tikus ini boleh membuat lubang pada bahtera dan boleh membocor kan nya dan ini pasti nya merbahaya.

Kemudian Nuh mengadu kepada Allah dan Allah melalui Jibril menyuruh Nuh mengosok belakang se ekor Singa.Apa pula yang terhasil dari gosokan belakang singa oleh Nabi Nuh? Maka terkeluar lah pula binatang kucing.Apa lagi kucing ini tanpa disuruh mengejar dan memakan semua tikus didalam bahtera lalu terselamat lah makhluk dalam bahtera itu dari penyakit “vermin”.

Walaupun tikus telah dihapuskan oleh sikucing namun gigitan para tikus itu semua sempat menyebab kan lubang terjadi disisi bahtera nabi Nuh.Dan atas sebab ini air sudah masuk sedikit kedalam bahtera Nuh A.s.

Oleh kerana bahtera Nabi Nuh terancam dengan lubang ini , maka muncul lah si ular menawar kan diri untuk menutup lubang ini, berkata ular itu “jangan takut pada ku, biar aku menyumbat lubang ini dengan ekor ku” kata nya. Lalu Nuh mengizin kan nya maka terselamat lah bahtera dari dimasuki air hasil perbuatan sang ular ini.Maka disitu lah duduk nya ular sehingga bahtera berlabuh.

Ketika didalam bahtera Nuh telah memberi arahan baha tiada siapa manusia atau bintang yang boleh bersengkama.Kerana perbuatan bersetubuh ini tidak wajar dikala bala Allah sedang diturunkan.Ini lebih lagi kerana tempat didalam bahtera begitu terhad maka penambahan makhluk tentu tidak boleh dterima.

Namun dari semua makhluk dan binatang yang ada, anak Nuh yang bernama Ham pula yang melanggar arahan itu dan melakukan persetubuhan, Nuh amat marah dan mendoa kan nya bersama kemarahan.Oleh sebab doa Nuh maka wajah Ham menjadi hitam dan kemudian dari ini semua keturunan nya menjadi orang hitam.Maka boleh lah dikata kan semua manusia berkulit hitam ada lah berasal dari darah daging Ham.

Selain dari Ham binatang anjing juga telah melanggar arahan ini, dan si kucing telah melihat nya lalu mengadu kepada Nuh.Lalu Nuh pun memanggil si anjing dan bertanya , namun si anjing menafikan nya dan berkata “si kucing itu berbohong wahai Nuh”. Maka disatu waktu si kucing melihat lagi si anjing sedang bersengkama lalu si kucing berdoa agar perbuatan si anjing ini mendapat bukti untuk dibawa kepada Nabi Nuh, doa nya diterima Allah lalu sebaik sahaja si anjing bersegkama maka melekat lah ia bersama pasangan nya.Dan si kucing dengan segera mengadu kepada Nuh untuk menyaksikan nya.

Maka Nuh marah kepada si anjing lalu si anjing merasa amat malu kepada Nabi Nuh, dan berasa amat marah kepada si kucing, dengan kemarahan nya dia berdoa kepada Allah memohon agar tiap kali si kucing bersengkama bersama pasangan nya biar lah ia menjadi satu perkara bising dan riuh supaya semua orang boleh tahu apa si kucing sedang melaku kan .Doa si anjing juga di makbul kan oleh Allah. Sehingga kini bising lah keadaan nya tiap kali kucing dengan pasangan nya mahu  berseronok.

Atas sebab hal ini semua sehingga hari kiamat ah si anjing tidak suka kepada si kucing dan begitu sebalik nya.

Bahtera yang bermula belayar pada bulan Rejab dan seaborne selama enam bulan mula akan berakhir pelayaran nya menghadapapi banjir bala dari Allah ini.Mereka yang di dalam sudah mula tidak tertahan seolah olah seperti penjara.Nuh pun membuka tingkap kecil bahtera dan melihat keadaan di luar.

Hujan bala semakin reda lalu Nuh memanggil burung Gagak lalu mengarah kan nya “pergi kamu sejuah mungkin dan cari akan tanda dan tempat kita boleh berlabuh” kata nya.Dikabar kan air banjir ini melebihi 40 kaki atas gnung tertinggi.

Maka terbang lah si gagak mencari kawasan tempat tanda sama ada air sudah surut untuk diberitahu kepada Nuh.Tetapi gagak tetap gagak, sebaik sahaja dia melihat bangkai terapong maka terhenti lah dia mahu melahap nya lalu dia terlupa arahan nabi Allah Nuh.Oleh sebab sekian lama tidak pulang maka Nuh sudah risau dan menyuruh  burung merpati terbang mencari kawasan yang boleh menjadi tanda untuk berlabuh.

Sambil si merpati ini terbang dia terlihat dahan pokok zaitun lalu cuba mendapati nya untuk dijadi kan bukti kepada Nabi Nuh, maka dia terpaksa “wade” di atas air untuk medapati nya.Dahulu kala burung merpati mempunyai bulu (feather) pada kaki nya, tetapi ketika dia “wade” pada air itu maka kaki nya terkena air bala lalu terbakar kaki nya lalu menjadi merah dan tidak berbulu sehingga kini.

Si Merpati ambil sehelai dahan zaitun di mulut nya lalu terbang kembali kepada bahtera Nuh, dalam perjalanan pulang dia terlihat si gagak sedang makan bangkai. Sebaik sahaja tiba dibahtera dia memberi Nuh dahan zaitun itu lalu Nuh mendoa kan kebaikan untuk nya.Dan si merpati pun mengkabar apa yang di lihat nya di dalam perjalanan pulang berkenaan si gagak.

Nuh amat marah kepada si gagak lalu “curse” nya sehingga menjadi hitam dan suara nya menjadi buruk dan kini burung gagak amat di benci oleh manusia, jika terdapat banyak maka akan ditembak oleh manusia.Dan burung merpati pula akibat doa Nuh maka sehingga kini menjadi kesayangan manusia selain menjadi lambang perdamaian malah menjadi logo keamanan dengan dahan di mulut nya.

Maka ujud lah Tiga jenis perempuan selepas bahtera Nabi Nuh berlabuh.



11 comments:

  1. Interesting :)

    ReplyDelete
  2. very interesting ^.^
    thanx :)

    ReplyDelete
  3. Cerita bohong tanpa dalil ini, diakui sebagai cerita Islam?

    Apa ada dasar Al Quran, Hadits atau setidaknya Hikayah Israilliyah saja?

    Memalukan sekali anda ini?

    Tak malukah kepada Allah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengar pasal Israeli at?

      Delete
    2. https://youtu.be/05D7RY0bmNI
      Boleh rujuk link video tu ye tuan! Saya juga rasa tuan seorang yang berpengetahuan luas....
      Utk pengetahuan tuan cerita tu ,
      tafsir dr IBNU KASIR yang datang daripada IMAM ABU JAFFAR IBNU JARIN AL TOBARI (IMAM TOBARI) ,kene paham ini adalah sebuah asar yg ghorib,
      maksud 'ghorib' ialah luar biasa,luar akal manusia,pelik dan aneh,
      IMAM TOBARI bawa satu riwayat yang 'ghorib',
      melalui
      hadis ALI BIN ZAID BIN JUD'AN dari YUSUF BIN MAHRON
      dari riwayat IBNU ABBAS.
      Itu je blh saya cakap dari link video diatas... selebihnya Tuan boleh tgk video tu...
      Tapi igt point asas utama ye iaitu riwayat "asar yg ghorib"

      Delete
    3. Israel bukan sebuah negara..
      Tapi hanyalah sebuah bangsa yg diberi gelaran 'israel'

      Delete
  4. I rated ★☆☆☆☆ for this great and trustable story. *☆☆☆☆☆ actually

    ReplyDelete
  5. Ya. Tidak pasti sama ada cerita ini tepat berdasarkan sebetul-betulnya yang berlaku. Kemungkinan ada tokok tambah atau diubah sama sekali. Wallahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://youtu.be/05D7RY0bmNI
      Boleh rujuk link video tu ye tuan! Saya juga rasa tuan seorang yang berpengetahuan luas....
      Utk pengetahuan tuan cerita tu ,
      tafsir dr IBNU KASIR yang datang daripada IMAM ABU JAFFAR IBNU JARIN AL TOBARI (IMAM TOBARI) ,kene paham ini adalah sebuah asar yg ghorib,
      maksud 'ghorib' ialah luar biasa,luar akal manusia,pelik dan aneh,
      IMAM TOBARI bawa satu riwayat yang 'ghorib',
      melalui
      hadis ALI BIN ZAID BIN JUD'AN dari YUSUF BIN MAHRON
      dari riwayat IBNU ABBAS.
      Itu je blh saya cakap dari link video diatas... selebihnya Tuan boleh tgk video tu...
      Tapi igt point asas utama ye iaitu riwayat "asar yg ghorib"

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete