Sunday 17 November 2013

UFO Datang Mengintai Apa?



Sejak kebelakangan ini semakin banyak kelihatan Unidentify Flying Object (UFO) atau pun Benda terbang yang tidak di kenalpasti.

Negara yang paling banyak terlihat benda ini ada lah Negara China.

Selain negara China, negara Russia juga menjadi tumpuan UFO.



Darimana kah atau apa kah mereka , itu tidak ada siapa yang pasti atau dapat memberi jawapan yang tepat.

Dikata kan kerajaan Amerika sendiri menyimpan banyak rahsia berkenaan perkara UFO ini, dan masih menafikan mengetahui hal berkenaan nya.

Ini berkemungkinan kerana mereka tidak dapat menjelas kan apa kah perkara itu kepada rakyat mereka  lalu mengambil jalan berdiam diri atau menafikan keujudan nya.

Paling kerap ia muncul ia lah dalam bentuk Piring , lalu di gelar sebagai Piring Terbang.

Tetapi sejak kebelakangan ini ia juga datang dalam bentuk curut (cigar) dan seperti satelit yang berkilauan yang berpusing.



Di negara China dan Russia dikabarkan UFO selalu kelihatan dikawasan pengkalan tentera.

Malah tentera Udara Russia pernah menghantar jet pejuang untuk mengejar UFO ini.

Ada kala  nya UFO ini seperti berpura pura bergerak sama laju dengan jet pejuang tentera udara Russia sehingga lah beberapa saat kemudian terus memecut hilang sekelip mata.Seolah olah mempermain kan jet pesawat itu.

Malaysia juga ada pengalaman berkenaan UFO ini.

Pada sekitar tahun 70 han , akbar di negara ini sebuk melaporkan beberapa orang kanak kanak terlihat piring terbang yang amat kecil sebesar dulang di sebuah sekolah.

Kanak kanak itu di asing kan dan di suruh melakarkan bentuk piring terbang itu dan juga apa yang mereka lihat keluar dari prirng terbang kecil itu.

Amat mengejut kan walau pun di soal berasingan dan di suruh mereka melakar kan bentuk makhluk itu secara asing mereka dapat melakar kan apa yang dilihat dengan persamaan lukisan yang siap dengan baju berbintang (macam baju Jockey).

Selain itu di Malaysia ada laporan mengatakan terdapat lebih 140 kes kemunculan UFO di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 30 tahun lalu iaitu dari tahun 1981 hingga 2008. Nah , bukan sedikit.


Blog ini pernah membaca sebuah atikel luar negara berkenaan kenderaan dari langit ini.

Antara petunjuk akhir zaman ada lah kedatangan benda pelik ini.

Di kata kan 2 tanda dari bumi sendiri dan satu datang dari langit.Yang datang dari bumi ada lah Dajjal Al Masih dan Imam AlMahdi, dan yang dari langit ada lah Nabi Isa Alaihisallam.

Dan tiap kali di sebut berkenaan nabi isa di sebut nya "turun".Bermakna dari atas ke bawah.

Dan bagaimana pula Isa almasih akan "turun"? seperti Superman kah atau dengan kenderaan?
Jika dengan kenderaan tentu nya seperti piring terbang.

Apa pun ia nya hanya andaian penulis itu.Walau pun terfikir juga mesti dengan sesuatu dan tak mungkin seperti Superman.Ini semua masih andaian.



Nabi kita juga naik kelangit dengan sebuah kenderaan yang pantas.

Kita bebalik semula kepada hal benda dari angkasa ini.

Jika di lihat pada lakaran yang di buat pada bangunan bangunan dan tapak lama seperti di Mexico dan Peru serta Chile, kesemua nya di lakar untuk dilihat dari udara.Dan bukan untuk di lihat secara mendatar.

Buku buku kajian oleh Erich Von Daniken pula banyak memgupas berkenaan ukiran di dinding berkenaan makhluk memakai seperti topi angkasawan dan juga sejauh kedalam hutan di Papua New Guinea pun mereka menari dengan memakai seperti helmet angkasawan.

Selain itu lakaran seolah olah seorang sedang memandu pesawat pada dinding lakaran kaum Maya.



Adakah datuk nenek mereka pernah di lawati oleh makhluk tersebut? atau hanya imaginasi kuat mereka sahaja?

Apa pun amat menarik untuk di fikir kan apa yang di mahu oleh kenderaan misteri ini dan apa yang ingin di intai nya di bumi atau pun apa misi nya kesini.



8 comments:

  1. Saya harap admin pun tidak terpegaruh dengan propaganda barat dengan ufo2 ni...cuba kita lihat filem hollywood skrg bnyk kisah pasal makhluk asin dari luar... ni semua bukan apa semuanya nak perdaya manusia yang ufo ni wujud. Kalau ada orang yang percaya maksudnya dia dah terpengaruh dgn agenda barat. Siapa pernah tgk cerita independence day? Lihat macam mana licik nya orang barat ni buat cerita alien menyerang bumi dan yang menjadi penyelamat dia siapa? Tentulah Amerika dan siapa yg genius dapat tahu kelemahan alien tu? Watak seorang yahudi jugak yang genius tu. Jadi alien tak wujud itu semua propaganda zionis nak pengaruh orang percaya ufo tu wujud. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. saya tak mau caya, tapi tetap bertanya, apa kah dia?

    ReplyDelete
  3. Admin cuba tgk youtube the arrivals part 31 mungkin dekat situ boleh terang sikit macam mana alien tu blh wujud

    ReplyDelete
  4. anon 04:15,
    saudara bersikap inferior kerana begitu menyalahkan barat dalam serba serbi. di satu sudut memang iya, barat menjuarai dalam bidang filem yg mengupas isu alien. di satu sudut yg lain, takkanlah segala benda nak kata konspirasi yahudi/barat sampai menutup ruang utk manusia mengkaji adakah benar alien wujud? saudara saya nampak seolah2 menjadikan islam sebagai modal menutup perbincangan atau kajian. kalau rasa barat salah, kita pergi la kaji cari kebenaran.

    ReplyDelete
  5. Saya x kata pun jangan kaji...saya cuma bagi tahu ja sebab ada budak2 skrg yg percaya alien tu wujud sebab percaya dengan filem2 barat...nak kaji kaji la...sedangkan kita nk pergi angkasa lepas pun dok trkial2 lagi ni nak kaji pulak makhluk asing yang memang x wujud...saya cakap ja...

    ReplyDelete
  6. Tp bnyk ufo kt negara china bukan barat, mcm mana nk kata pengaruh barat

    ReplyDelete
  7. object yg dianggap sebagai "UFO" bagi saya adalah salah satu project ketenteraan iran pernah menembak jatuh UFO ini di ruang udaranya dan ia milik amerika(sebuah dron yg berbentuk seakan piring).. selain dari itu ia mungkin adalah dari golongan jin

    ReplyDelete
  8. Ya, ufo dan alien x wujud.....dalam berbilion billion alam semesta ni kita je manusia yang hidup......planet bumi ni je yg ada org....planet lain ada debu je....kita yg paling berkuasa skali....hahahhaha

    ReplyDelete