Tuesday 11 March 2014

Kisah 2 Pesawat - MH653 & MH370




Seluruh rakyat Malaysia kecoh dan huru hara kerana kehilangan sebuah pesawat milik MAS. Entah kemana pergi nya , buat masa ketika atikel ini di ketuk ia masih diperingkat misteri.


Misteri kerana dari segi teknikal selalu nya masih ada tanda tanda sebelum apa apa terjadi dengan laungan Mayday Mayday, tapi kali ini lenyap gitu sahaja itu lah misteri nya.


Malah sebuah badan aviation luar negara menyebut kes ini sebagai “unprecedented”, tiada pernah berlaku semacam ini.


Bukan sahaja kecoh kerana pesawat ini hilang, malah kewarasan orang Malaysia pun sama hilang. Sudah tidak tentu arah.


Tiba tiba negara mendapati ramai pakar aviation dan sistem trafik udara yang tak bergaji dan tak di jemput memberi pendapat masing masing..Bidan terjun.


Kalau pesawat hilang pukul 6 pagi, laporan lengkap siap dengan semua alasan dan jawapan teknikal harus siap pukul 9 pagi, begitu agak nya pendapat pakar tak dijemput ini.


Keadaan bertambah buruk kerana yang menyibuk bagi pendapat dan kritikan itu berpaksi kan politik.Ruang mahu tembak kerajaan diambil semaksimum.


Mujur lah sedikit musabab kerana terdapat info membabitkan orang penting pesawat juga orang sebelah sana maka nak serang berlebihan takut “backfire” kembali.


Seharus nya perkara ini kekal sebagai tragedi rakyat dan bukan nya tragedi politik.


Dahulu pun ada kapal terbang jatuh terhempas.Lagi dasyat , ramai yang mati.Tahun 1977.
Peristiwa terhempas di Tanjung Kupang menjadi berita besar selama beberapa bulan seluruh negara.





Ketika itu peminat FB dan FB sendiri belum ujud.Maka tukang kritik dan bidang terjun tak dapat lah kasi komen dan luahan toyah nya.





Selain tu kisah menteri yang “kebal” yang tidak mati apabila pesawat nya terhempas, Ketika tu sebuk orang ramai bawa mulut mengata kan menteri ini ada “memakai”. Apa tidak nya yang duduk sebelah nya mati tetapi menteri ini tidak. Ketika usaha mencari ramai sudah anggap beliau tiada harapan.





Dalam negara semacam Malaysia yang mana semua rakyat tertumpu kepada satu perkara maka pasti nya semua bual perkara sama.


Dalam kedua kes peswat MAS ini pasti ada kisah misteri nya, cuma yang terjadi pada tahun 1977 lebih kepada cerita hantu dan benda pelik pelik dikawasan kejadian beberapa lama selepas semua nya selesai.


Yang berlaku pada pesawat MH370 lebih kepada “mana dia pergi” , “Jatuh kat mana” dan selain itu persoalan oleh semua orang dan andain yang di buat mengikut selera masing masing.


Ada yang berteori sendiri, ada yang kawan punya kawan kata, ada yang “aku dengar” ada yang “kau tau tak?”.


Tapi yang sah nya hingga kini belum ada apa apa kepastian.


Dengan izin Allah , insyallah jawapan nya akan didapati tidak lama lagi.
“Dan kami ada kan tutupan didepan mereka dan tutupan dibelakang mereka , lalu tidak lah dapat mereka melihat”.

3 comments:

  1. baguslan cite ko chulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

      KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


      KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

      Delete
  2. Chulan..kawan aku kata MH370 tu bocor bila hujan
    .... Hee hee

    ReplyDelete