Monday 24 June 2019

Zahid Hamidi - Hero Tak Di Dendang



Ini lah Hero yg tak di dendang.

Nama nya Ahmad Zahid Hamidi.
Terpilih dari tangan ahli UMNO.

Beliau juga tercatit dalam sejarah sebagai Presiden UMNO yang pertama yang tidak mewarisi jawatan Perdana Menteri.

Selain tidak memegang jawatan Perdana Menteri beliau juga menjadi Presiden UMNO yang tidak miliki dana kerana telah di curi dan di bekukan oleh pihak yang takut kepada kebangkitan UMNO.

Dalam erti kata lain beliau meneraju dalam keadaan tangan terikat.

Ketika mantan Presiden UMNO di fitnah dan di serang beliau ini memilih untuk pertahan dan teguh menyokong dan tidak ambil kesempatan untuk menjatuhkan nya.

Selepas itu beliau di tekan dengan pelbagai tuduhan hanya kerana beliau enggan membubarkan UMNO.

Ada juga suara sumbang.dari dalam UMNO mahu beliau berehat terus kerana di dakwa di mahkamah.

Persoalan nya, apa jaminan pula pengganti nya tidak akan di kenakan dakwaan rekaan dari pihak yang semua pun tahu busuk hati nya.

Senang sungguh tukar Presiden UMNO hanya sebab pihak luar ada kan dakwaan.

Parti lawan miliki pemimpin yang kotor dan jijik dengan macam2 skandal tetapi.penyokong mereka terus menyokong tanpa syarat.

Namun ada ahli UMNO baru di uji sikit sidah mahu tukar Presiden yang di lantik.

Ketika mantan Presiden miliki kuasa dan mampu beri pelbagai dana dan jawatan pun ada ahli songsang yang mahu Presiden berundur ini kan pula DAZH yang tidak mampu tawar jawatan dan dana di beku dan di curi.

Dewasa lah orang UMNO dengan kedudukan parti yang kian kukuh sehingga yang sedang berkuasa pun ketar lutut dan mencari jalan mengharamkan nya.

Ia bukan kerana 1mdb tetapi kerana khuathir jika UMNO berkuasa kembali pihak mereka tidak dapat tidur lena dengan pelbagai isu dan skandal

Kekuatan UMNO pada abang2 kakak2 makcik pakcik yang berada di bawah dan bukan pada orang atasan.

Kekuatan UMNO bukan pada jutawan atau hartawan tetapi pada ahli biasa sahaja dan atas sebab itu parti UMNO kukuh.

Ramai juga jutawan dan hartawan yang UMNO bantu tidak boleh di harapkan.

Kemenangan parti lawan bukan atas sebsb UMNO lemah tapi atas sebab rakyat terpedaya dengan fitnah dan janji palsu.

Mereka membuat janji bernilai puluhan billion ringgit di masa yang sama mereka kata negara muflis.

Tentu ramai sudah lupa. Itu lah tipu daya mereka.

Jadi orang UMNO jangan lah dengar cakap musuh dan wakil musuh ysng ada dalam parti

DAZH telah pilih jalan hulur tengkok dan bukan abandon Presiden di mana ramai juga orang atasan UMNO pilih kedudukan selamat.

Pertahankan Presiden kita bukan sebab tubuh badan dia tapi kerana jawatan yang dia wakili.

Fahami lah kedudukan pegang jawatan Presiden UMNO tanpa kuasa Perdana Menteri.

If you cant defend your own elected President , you surely cant defend your party or your religion.

Sekian.

3 comments:

  1. Hahahahah.......ni je

    ReplyDelete
  2. ZAHID HAMIDI ‘BOSS KITA’ PEGANG REKOD NEGARA?Ini bermakna, selepas pertuduhan esok dan lusa, bekas Timbalan Perdana Menteri itu bakal mengumpul sebanyak hampir 90 kes mahkamah melibatkan dirinya.

    Berdasarkan jumlah pertuduhan itu, Zahid Hamidi barangkali akan mencatat rekod sebagai pemimpin politik yang menghadapi pertuduhan makamah paling banyak sekali sejak merdeka.

    ReplyDelete
  3. Ini mentaliti lanun. Proud to be called bogey man. Fatwa baru mencuri itu halal. Rasuah itu harus. Hanya makan babi itu haram.

    ReplyDelete