Thursday 9 April 2020

Skandal Penyelewengan PH Jadi Viral


Berikut ada lah kisah yang dipetik dari posting Fb saya "Chu Lan" pada 7 April yang menjadi viral.

Sehingga tarikh 10 April ia sudah di kongsi oleh hampir 1,600 facebookers dgn 731 komen dan mendapat 1,700 like.
Kisah di petik dari Fb milik Paveanthan Ramachandran.





Segera siasat.
PH dan LGE penuh skandal.
Dar FB Paveanthean Ramachandran
SKANDAL PENJUALAN ASET BIOTEKNOLOGI STRATEGIK KERAJAAN KEPADA PIHAK SWASTA.(Part 1)
Bio-XCell Malaysia merupakan anak syarikat Bioeconomy Corporation di bawah Kementerian Kewangan Malaysia(MOF INCORPORATED). Bio-XCell Malaysia ialah sebuah kluster industri bioteknologi yang terletak di kawasan Perindustrian SiLC Nusajaya. Bio-XCell Malaysia ini ditubuhkan 10 tahun yang lalu oleh kerajaan Malaysia untuk membangunkan industri bioteknologi tempatan supaya beribu2 para graduan biotek negara ni boleh dapat kerja yang sesuai dengan bidang pembelajaran mereka. Kerajaan pada waktu itu telah membuat pelaburan strategik kira-kira RM 500 juta untuk membangunkan projek ini pada waktu itu.

Aset Bio-XCell Malaysia terdiri daripada kira-kira 100 ekar tanah dan juga sebuah CUF (central utility facility). CUF ialah pusat untuk proses utiliti seperti steam, chill water dan water treatment. CUF ni aset yang sangat strategik kerana para pelabur dalam bidang biotek ni memerlukan CUF untuk menjalankan proses pengilangan mereka.Business model Bio-XCell Malaysia ialah menjual utiliti/menyewa tanah dan menjual tanah kepada para pelabur di Bio-XCell Malaysia.

Selang beberapa tahun, Bio-XCell Malaysia mula menerima pelaburan asing seperti Biocon yang telah melabur RM 2 billion untuk mendirikan kilang pemprosesan insulin(medical biotech). Selain itu pelbagai syarikat asing dan tempatan seperti Pelangi Alternatif Sdn Bhd, Namz PTE LTD, Enaq Sdn Bhd dan sebagainya turut melabur jutaan ringgit di Bio-XCell Malaysia.Namun begitu,CUF masih menerima subsidi daripada Kementerian Kewangan Malaysia sementara menunggu pelabur2 lain untuk turut masuk dan melabur di Bio-XCell Malaysia supaya demand untuk CUF bertambah dan seterusnya subsidi kerajaan dapat dihentikan kepada CUF.

Pada hujung tahun 2018, lepas kerajaan Pakatan Harapan ambil alih kerajaan persekutuan, sebuah syarikat bumiputera tempatan telah menghantar sebuah voluntary proposal untuk menaik taraf CUF dan menjadikan CUF sebuah "profit center" yang boleh membawa keuntungan yang berlipat ganda tanpa perlunya kerajaan untuk keluarkan satu sen pun. Proposal tersebut membolehkan dana subsidi oleh kerajaan dapat dihentikan serta merta. Pengurusan Bio-XCell Malaysia telah bersetuju dengan proposal tersebut setelah dibentangkan di 'board meeting" Bio-XCell Malaysia. Tetapi tiada surat rasmi yang dikeluarkan kepada syarikat bumiputera tersebut. Selepas beberapa hari, sebuah "emergency board meeting" telah diadakan atas arahan kuasa ghaib. Dalam mesyuarat tu tiba2 ada satu proposal baru daripada UAT sdn bhd, sebuah syarikat bukan bumiputera yang tidak menjanjikan apa2 keuntungan malah memerlukan dana tambahan daripada Kementerian Kewangan Malaysia pada waktu itu.
Seperti yang korang boleh agak, ahli lembaga pengarah Bio-XCell Malaysia memutuskan untuk batalkan proposal syarikat bumiputera tadi dan sebaliknya menganugerahkan kontrak kepada UAT Sdn Bhd yang memerlukan jutaan ringgit subsidi kewangan daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Satu company terkejut dengan keputusan tu.

Selepas 4 bulan peristiwa tu berlaku, lepas duit kerajaan turun kepada UAT iaitu pada awal tahun 2019, Kementerian Kewangan Malaysia bawah pimpinan Lim Guan Eng pada waktu itu dan ahli lembaga pengarah Bio-XCell Malaysia telah membuat keputusan untuk declare bankrupcy. Bio-XCell Malaysia pun jatuh muflis dan telah dilelongkan kepada syarikat swasta. Bio-XCell Malaysia sekarang ni hanya tinggal facebook page. Bio-XCell Malaysia jatuh muflis sebab ada hutang dengan Maybank sebanyak RM 140 juta tapi nilai aset tanah dan CUF sahaja dah melebihi RM 700 juta dan boleh cecah hingga RM 1 billion sebab Bio-XCell Malaysia ni kedudukan dia strategik dari segi logistik, nak pergi Singapore naik kereta 20 min je, airport dekat, port pun dekat. Kalau buat simple restructuring, atau bagi kontrak tadi dekat company yang betul,sekejap je setel hutang tu Tapi board still buat keputusan untuk declare bankruptcy,itu yang Pelik.

Benda sedih yang aku nak share is pada waktu Bio-XCell Malaysia dijahanamkan oleh kuasa ghaib ni, dah ramai lagi syarikat gergasi asing seperti Amore Pacific - 시그니처타워, Hydroemmision dan BioAyzia telah pun commit untuk invest berbilion bilion di Bio-XCell Malaysia. Amore Pacific commit untuk invest RM 700 juta untuk mendirikan kilang cosmeceutical. Akibatnya beribu ribu peluang pekerjaan yang bakal muncul untuk graduan biotek tempatan kita lenyap begitu sahaja. Aku akan expose apa lagi yang kuasa ghaib ni buat lepas syarikat Bio-XCell Malaysia dilelongkan kepada syarikat swasta dengan harga yang sangat murah dalam next post.

Semua information yang aku share kat sini public domain, boleh rujuk link kat bawah atau google untuk verify.
Sekian.

Khairy Jamaluddin Muhyiddin Yassin PMO Malaysia Viral Media Johor Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Kementerian Kewangan Malaysia Barisan Nasional Pakatan HarapanAbdullah Ahmad Badawi SPRM SPRM Putrajaya Najib Razak

No comments:

Post a Comment